Tuesday, 28 January 2014

Rupanya

Rupanya bila aku flashback balik,luahan hati aku di entry  http://mhairi-r.blogspot.hk/2014/01/luahan-hati.html adalah kesinambungan entri aku pada 2009..http://mhairi-r.blogspot.com/2009/01/348-pagi.html

memang org yang sama, dengki mendengki... semalam dia cakap dengan aku walaupun aku tak de hati nak bercakap dengan dia...

Dia kata kalau orang nak pencen,walaupun cuti banyak...kita tak boleh cuti..sebab tak kan nak biarkan orang lain nak buat kerja kita dan kita dapat gaji... ( aku berpendapat betul) Tapi.... hal kebajikan, dia kena pikirkan.. aku nak tengok dia nak pencen.. dia amik cuti tak...kalau dia amik cuti walaupun dia ada kerja banyak... so ludah dia, dia jilatlah balik... so.. akhirat lah dia jawab..


Rindu...

Walaupun baru beberapa hari emak berada di Mekah.. Rindu dengar suara beliau... Setiap petang, rutin aku menelefon emak.. semalam seolah2 ada benda yang aku tak buat.
Aku doakan emak dan along sekeluarga dimudahkan urusan mengerjakan umrah dan selamat pulang ke Malaysia...

Terasa aku ingin mengerjakan umrah, last sekali,,,tahun 2008.. dah lima tahun..mungkin banyak perubahan di sana..Insyaallah, sekiranya Allah izinkan aku ke sana, aku ingin betulkan perkara-perkara yang rasa macam tidak sempurna semasa tahun 2008

Monday, 27 January 2014

Umrah

Alhamdulillah, ibu ku dapat mengerjakan umrah tahun ni bersama kakak sulung ku dan keluarga.
Semoga segala urusan mengerjakan umrah ini dipermudahkan..Amin

Wednesday, 22 January 2014

Bosan nak kerja

Kalau lah aku ada duit berjuta-juta dalam akaun... mau aku berhenti dan duduk kat masjid.

Sebenarnya aku  bosan kerja sebab kebanyakan pekerja yang gila kuasa dan untuk mendapatkan sesuatu atau mempertahankan diri untuk duduk ditempat yang selesa.jadi orang bawah yang jadi mangsa. aku bosan.
Ini semua dunia politik punya pasal.. lantik orang  yang bukan2.

Monday, 20 January 2014

New Look


These are my kids... Areena has started primary school and Amsyar at Montessori School. May Allah bless two of them.. Areena is starting with new look of wearing Hijab..She wanted to without any coersion..
Hope she comfort with this hijab.

Friday, 17 January 2014

merajuk

Apa yang aku boleh simpulkan dengan event semalam... sebagai ketua..tidak patut menunjukkan sikap merajuk di khalayak ramai...kena professional..ndak tak nak..you are public figure in your organization..be professional rather than sulking of nowhere.. people will disrespect you.. if there is not right with that event..you could tell the organizer itself.

Monday, 13 January 2014

Luahan Hati

Sejak minggu lepas, aku tak berapa ada perasaan nak bekerja di sini, bukan kerana kerja tapi kerana perangai seorang ketua di dalam pentadbiran. Aku rasa terkilan kerana prestasi aku turun semata-mata aku menolak menjadi AJK di bawah skop keje dia. Aku sebenarnya bukan menolak, tetapi pada masa itu, aku ingat tiada orang yang menjadi AJK kewangan, so aku buatlah surat kepada dia secara baik. tetapi pemohonan aku tidak diluluskan dan aku menerimanya dan membuat kerja yang sepatutnya. aku ingat hal ini seperti selesai kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan aku menerima AJK tersebut utk seterusnya.

Minggu lepas, bila appraisal, ketua tersebut menghentam aku seolah2 aku tak buat kerja, meninggalkan kerja dan sebagainya. aku pulak tidak dipanggil untuk membela diri. Aku rasa aku telah dianiaya kerana kerja yang aku tolak bukan kerja hakiki aku tetapi hakiki dia walaupun tiada complain terhadap kerja yg aku buat.

Cuma aku tak paham,...appraisal dia tidak pulak ditimbulkan semasa meeting tu.. seolah2 kerja2 dia begitu perfect. kalau aku berada di tempat meeting tu. aku boleh buktikan di mana dia tidak layak menjadi ketua dan boleh dikenakan tatatertib, kerana kebanyakan kerja dia tidak berintegriti, membeli barang tanpa mengikut peraturan,( barang dah sampai tetapi proses kemuadian) dan surat  justifiasi yang aku hantar tersebut, dia suruh aku musnahkan semata-mata untuk menyelamatkan diri dia. manakala staf yang dia suruh tu terpaksa membayar sendiri barang yang diterima. dia lepas tangan.

Jangan risau, surat itu masih berada di dalam genggaman aku.dan aku boleh heret dia ke tatatertib.

Aku tahu, dia berkuasa masa sekarang tetapi ingatlah, tak selamanya dia akan berada di atas.

Di sini aku ingin meluahkan apa yang terbenak di dalam jiwa aku..kusut kalau aku pikirkan... kalau aku bersemuka dengan dia, pasti dia akan berdendam pada aku lagi. dan akan menjadi isu di dalam meeting dan aku rasa aku akan kalah. sebab aku tahu perangai dia.

Apa2 pun aku berdoa supaya Allah memberikan perlindungan kepada aku dan membuka petunjuk kepada dia kerana aku golongan yang teraniaya.AMIN.

Friday, 10 January 2014

Kisah Semalam

Areena pergi sekolah macam biasa, aku hantar pagi dan balik sekolah naik van. Sekolah agama pun macam tu, van sekolah ambik dia di rumah babysitter dalam pukul 2.45 sbb kelas kul 3.00. balik sekolah, sampai umah babysitter pukul 6.00.

Semalam aku balik awal pukul 6.00 dah sampai rumah babysitter, Areena belum sampai, dia sampai rumah pukul 6.05 malam tu.

Keluar van, dia terus menangis macam kena pukul..

Areena     : (dalam menangis)...pakcik van ambil lambat.
Aku         :  kenapa ambil lambat, ayah tengok sampai pukul 6 juga.
Areena    :  Tak, tak, dia ambil lambat. Areena tunggu dia tak datang, areena nak jalan kaki
                  Areena tengok, semua ibubapa ambil anak kat sekolah.. tapi areena, ibu ayah tak ambil ... ( sambil menangis)

Dalam hati aku, kesian areena, dia masih tak paham lagi, lagi pun , kalau nak pandai , kena susah dulu baru
boleh berjaya...

Thursday, 9 January 2014

This is my life

Daily routine.. 
Wake up at 6.00a.m,
 get ready to office
, and get out from home at 7.00a.m.
send Areena to School.
Reach office at 7.30a.m..
emmmph this is my life routine
but 
I am HAPPY

Wednesday, 8 January 2014

Sesi Persekolahan 2014 Bermula

Seperti Ibubapa lain, sekarang sibuk dengan urusan anak-anak ke sekolah, bagi aku dah wife merupakan pengalaman baru menghantar anak ke sekolah.. Sekarang kalau nak pergi bercuti, kena tengok kalender sekolah. dulu boleh lah cuti kan budak2.. 


Sebelum sekolah bermula, Sekolah Areena mengadakan placement test, (ujian saringan) . Tujuan saringan ini untuk melihat anak - anak yang boleh membaca dan tidak. bukan nak merendahkan motivasi anak-anak, cuma mungkin ada kelas khas bagi anak-anak yang belum pandai membaca..
Alhamdulillah, Areena ditempatkan di kelas A, tetapi aku dah ingatkan Areena, ujian hari tu adalah ujian pertama, lebih banyak ujian yang akan datang dan juga lebih susah, so dia kena belajar dari sekarang.


Ini kedudukan Areena, tetapi kedudukan ini boleh berubah, yang penting Areena kena belajar bersungguh-sungguh

Areena duduk di tengah2, yang beg 'pink' tu... itu kelas PJ dia.

Amsyar pulak, masih continue kelas montessori. Sekarang dia dah jadi senior. Alhamdulillah, Amsyar dah pandai sesuaikan diri di sekolah, cuma harapan aku kepada Amsyar, lebih banyak membaca dari bermain.
Observation aku kepada Amsyar.. dia dah boleh membaca, cuma dia kena berusaha lagi.. tapi kalau bab-bab matematik, dia memang cekap. dari 4 tahun lagi boleh kira 1 - 100. sekarang ni, dah mula berjinak2 kira duit... siap kumpul duit sebab nak beli jam harga RM6.00

Tuesday, 7 January 2014

Sambungan Entry semalam

April 2013

Bulan ini aku dapat keputusan interview..alhamdulillah, aku berjaya dinaikkan gred.. macam tak percaya..sepatutnya gred aku ni di Shah Alam..tetapi..bos besar letakkan aku juga kat sini... tak
pe la ada hikmah disebaliknya...

Oh yea..lupa nak bagi tahu..umah baru kami dah dapat kunci.. tahun 2013 tahun renovation...tapi hampeh..sampai tahun 2014 ini pun masih 99% siap... aku dah minta invoise kat kontraktor..tapi dia belum bagi lagi...nak kira LAD la tu...lambat kena denda...hahahaha.

Mei 2013

Bulan Mei 2013 ni tak de apa2 yang berlaku kat aku,.cuma kat Malaysia jer..Pilihanraya ke 13 (PRU 13)
kali ni memang sengit jugat persaingan...semua parti ada kebaikan dan keburukan... bak kata orang
kampung... the best man wins.. so Federal-- orang BN ler...cuma tak dapat majoriti 2/3, yang state,, ada BN dan ada PR... lantok la dema... yang kaye dema2 gak.. sebab elaun banyak...kita ni kena laah bekerja
keras... dah dah stop bab politik... i am not politician...

Jun 2013

Bulan jun ni bulan istimewa.. Hari perkahwinan aku ( 10/6) , Birthday Areena (06/06) Birthday Amsyar (12/06). aku cuma celebrate family jer... Areena dan Amsyar progression...quite impressive.. Areena dah boleh baca walaupun sebenarnya umur 2 tahun lagi areena dah kenal huruf.. Amsyar tak kurang hebat... dah boleh membaca tapi cuma kita jangan paksa dia, nanti dia retaliate...melawan tak nak buat.

Julai 2013

Bulai julai ni pun istimewa... Besday wife aku.... (15/7)... tak de kata2 lain la yang aku boleh bagi... I LOVE U.. Boleh aku tak bagi hadiah kat dia yek... tapi nantilah aku kumpul2 banyak..then aku bagi..hehehehe...
Kasih Sayang aku mungkin dah cukup untuk aku bagi hadiah selama-lamanya.

Ohh lupa.. Bulan ini bulan puasa... Areena dan Amsyar started belajar posa.... Areena hampir sebulan (27 hari) Amsyar ( 7 hari)..

Ogos 2013

Bulan Puasa ini happening skit.. kami berposing sakat bergambar kat luar...Raya biasa la penat skit... tapi kali ni tak banyak rumah aku beraya... mampos aku kena umpat sedara mara...hehehehehe tahun 2014 insyaallah pegi,
Photo


September 2013

Bulan september ini...harga minyak naik dari RM1.90 kepada RM2.10. ramai orang bantah... aku pun.. tapi nak buat macamner bukan aku yang ruling Malaysia ni...ndak tak nak.... kena ikut jer...

Minyak naik pun... aku tetap gi Hong Kong tahun 2013... ini kali ke dua aku gi hong kong dan aku nampak hong kong with another angel... anyway...it was fun to visit Disneyland again.. masa aku gi 2010, budak2 kecik lagi... so diaorang tak appreciate...kali ni.. diaorang enjoy... lupa pula...tahun ni juga aku gi Legoland... tapi tak ingat bila...gambar pun macam tak de jer... nanti la aku upload gambar.


    Photo

    Photo
    Photo



    Oktober 2013

    Emmpph... aku tak ingat aku buat apa... tapi. tahun ini..aku berjaya membuat kek pelangi, aiskrim seperti wall ice cream dan juga pavlova... aku buat sebab aku tension...tapi tak ingat tension kerana apa...
    yang penting sedap masakan aku..hehehehe ..**perasan***

    November 2013

    Bulan ini birthday aku.. (12/11)... adik beradik bagi aku jam, wife bagi aku jam fossil.. thank u guys..


    Photo: got birthday card early this morning
    Ini Areena dan Amsyar buat...cantik..

    Bulan ini juga penat.... sebab cousin dan adik aku kawin... pergi menghantar ke nun jauh kat utara tu... Kangar... then reception di shah alam... memang penat..


    Photo: #family #weddingaku #171113
    Gambar di Perlis... Mantop..

    Disember 2013..

    Bulan closing akaun, so tak buat apa2 planning...cuma aku ada amik gambar family di luar.... memang best dan cantik


    Photo: Say something about this...


    Photo: one big happy family! :D

    Itu la criter tahun 2013... semoga tahun 2014 memberi lagi sinar kebahagian antara kami..dimurahkan rezeki
    kewangan, batin dan zahir.kesihatan.
    dan ampuni dosa kami dan kedua ibubapa kami, adik beradik kami, keluarga kami dan muslim dan muslimat.
    amin...

    Monday, 6 January 2014

    Year 2014

    Lama dah aku tak menulis di dalam blog ini... setahun lebih aku tinggalkan dunia blogging..al maklum lah
    media social lain telah menarik minat aku ..berfacebook, berinsatgram dan lain-lain ke'busy'an.

    Anyway... aku can recap balik apa yang berlaku di tahun 2013..banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun lepas...

    Januari 2013
    ehh apa yang aku buat yea...pejam celik, pejam celik...setahun lepas...ooo..lupa la..
    aku ada hadir interview kenaikan pangkat..masa tu, tak confident pun...jawab jer masa temuduga tu..tapi jawapan aku pun ada fakta..banyak aku dah buat semasa aku berada di gred sekarang..antaranya...
    keluar SOP sewa, SOP OT, dan banyak lagi aku buat.. tapi ia sebenarnya memerlukan kerjasama staf -staf
    aku untuk melaksanakan. Areena dan Amsyar masing-masing 6 dan 5 tahun... masih masuk montessori pre school...
    Photo: Areena dah buat semua exercise dalam buku ni..
Aduh areena...buku ni baru beli...dia kata '"ayah..areena kena masuk kolej"...darjah satu pun ayah belum daftarkan...ni nak masuk kolej...ayoyo...
    Areena pun dah pandai bermagic2 :-
    Sambil memandu kereta balik umah. 
    Areena bgtau sambil memegang syiling di tangan...
    'Ayah..i can make this coin disappear...aku ckp mcmner..'i'll show you...abbacadabra...'..ting .it s gone....
    Lepas tu..dia buat magic kasi duit tu appear..
    Aku ckp 'wah...areena..make more money..
    Dia balas cannot..only two times...magic gone


    Februari 2013
    Tak berapa ingat pulak...tulah, sapa yang suruh tak update blog bulan ke bulan... kan dah ada masalah ingatan...awak tu dah banyak lupe..

    Photo: Testing
    Wajah Amsyar Feb 2013

    Bulan ini juga Areena kata dia dah tua sebab banyak gigi dah nak cabut...

    Photo: Areena lukis
    Areena Lukis... yang warna kuning tu..expression terbang.. cute kan

    Mac 2013
    Pun tak ingat..hahahaha lupakan jer la ingatan tu..meh ler kita tgk balik dalam FB, kot2 ada update status..hehehehe

    bersambung.... banyak cerita nak diceritakan sepanjang 2013.


    Monday, 1 October 2012

    Penat

    Dah lama aku tak masuk dan update entry ni. Sejak aku pindah kerja tempat baru ini, dari pukul 8 hingga 5 aku sibuk, kekadang tak sempat nak lunch, asyik dok kena kacau dengan bos dan yang lain2 benda. Bayangkan semua keje yang melibatkan sistem nak kena melalui aku jugak, bos pulak tidak mahu nak lulus apa-apa dalam sistem. Kalau aku tak de satu hari, dah tinggi menggunung dokumen nak aku luluskan. Nasib baik sign cheque aku dah tolak awal2 sbb keje aku dah melambak sekarang. Nak compare kat tempat lama, dulu aku head of department, boleh la aku control dan manage my routine tapi kat sini aku ada ketua, so kena la ikut cakap bos. Bak kata pepatah..."Hujan Emas di negeri orang, Hujan batu negeri sendiri" tapi bila balik rumah, tengok anak-isteri, sejuk jer, penat pun hilang. Itu je la kekuatan aku untuk bekerja di tempat orang ini.

    Perkembangan anak-anak aku.....
    Areena
    Dah susut skit berat badan dia, mungkin dia lasak sekarang, memanjat je keje dia, aktif budak tu. penat juga nak jaga dia. kena marah dengan aku, dia menangis, kesian tengok dia. Then pegi minta ibu pujukkan... Sekarang ni, aku and wife kena tido awal. padam semua lampu supaya Areena boleh tido, tapi gelap-gelap pun dia boleh jalan.. Areena ini sayang sangat pada adiknya, asyik2 kiss adik dia. Ada satu hari tu, my wife tengah berkemas dalam bilik, Areena biasala mengacau ibu dia, bila amsyar nangis, ibu dia minta Areena tengokkan Amsyar, dia terkedek2 menuju ke Amsyar, dan duduk kat kepala Amsyar, buai rocking bed suruh adik dia tido.. Cute betul. macam tak percaya budak setahun lebih nak jaga adik.

    Budak nakal ni, geledah apa tu?
    Give me a big hug
    Sayang adik...mmmuah

    Amsyar
    Adik ni, in contrast dengan kakak dia, badan dah semakin chubby.. just imagine setiap 2 jam, nak minta minum susu... Emmph... biar chubby sekarang jangan dah besar udah ler. Bulan lepas, 26 Julai 2008, alhamdulillah, dapat adakan kenduri kesyukuran dan marhaban untuk Amsyar, cuma Aqiqah saje yang belum. Insyaallah kalau ada rezeki nak Aqiqah masa raya Aidiladha nanti.

    Gambar Hitam putih - diambil masa kenduri kesyukuran


    He looks like Elvis Presly...hehehe. Si botak.. baru cukur lepas marhaban


    Suapan manisan ke dalam mulut Amsyar oleh ustaz. Mudah-mudahan Amsyar menjadi orang yang anak yang soleh dan beriman

    Tuesday, 28 August 2012

    Selamat Hari Raya

    Wish you..Selamat Hari Raya... I am sure you guys had wonderful momment during Hari Raya. As usual, me, family went back to Shah Alam and Klang... as well as my kampung... This year, Areena and Amsyar are grown,,, they like Hari Raya so much... They started fasting during school session untill noon..to encourage them. I wont force them until they ready to be forced...Let them learn something interesting about fasting rather to be harsh... Back to Hari Raya, it reminds me what did areena said to me....
    The dialog were
    Areena : Ayah..where are we going?
    Ayah : we r going to my kampung..
    Areena: oh...your kampung..so, we have to speak kampung language..
    Ayah : what? Kampung language???
    Areena : (laughing)...
    When we reached kampung.. Areena did not speak english... but she spoke malay but the slang was english.. She speaks english but a few people which she comfortable with.

    That was funny scene what was Areena said...

    Tuesday, 24 July 2012

    Alhamdulillah

    Syukur...Alhamdulillah, 1 Ramadhan membawa Rahmat kepada aku, wife dan family.... Insyaallah ada rezeki baby baru.... this week nak reconfirm dengan doktor dan ambil ubat..tapi aku masih macam bermimpi... macam tak percaya..tapi apa-apa pun aku berdoa semoga baby nanti sihat, sempurna,dimurahkan rezeki,diberikan hidayah, cerdik, pandai, menyenangkan dan disukai oleh semua orang...

    Friday, 25 May 2012

    Feeling Down

    I am not sure whether I should feel down... but there's no appreciation for what have I done... it just temporary mode... I would overcome sooner..

    Wednesday, 23 May 2012

    Alhamdulillah

    Alhamdulillah...aku dah boleh buka blog ni.... dah lama tak buka...password pun boleh lupa...hehehehe

    Thursday, 16 June 2011

    Areena and Amsyar


    Sekarang Areena dan Amsyar masing-masing 4 ( 6/jun) dan 3 ( 12/Jun) tahun..


    Areena


    banyak progress yang aku nampak pada Areena sejak dia sekolah di Montessori sini... Dia banyak converse dalam English...dan slang dia pun dah macam orang putih... kalau orang tak tahu parents dia siapa... pasti diaorang ingat Areena ini anak kacukan cina/mat saleh( perasan)... dia baca doa pun in english( translation).... Areena sekarang dah pandai menulis nama dia dan aku... amaze juga sebab dia boleh tulis alpabet A - Z... Areena juga pandai calculation dah... setakat plus dan minus... dia dah boleh kira... Bab Iqra' pulak.... dia dah pandai baca sampai huruf ra'... dan combine any huruf dari alif sampai ra'.. aku ingat dia hafal... tapi bila aku test dia secara rambang baca dalam buku iqra... dia sebenarnya paham dah..


    Alhamdulillah... Areena pun dah pandai berdikari sendiri... buat susu/ribena... tak perlu kita buat...tapi biasa la...parents ...dia anggap anak masih kecik lagi...so...kitaorang je yang buatkan..


    .Amsyar..


    hmmm... Amsyar ini sebenarnya cerdik tapi dia tak suka concentrate...mungkin dia tak suka belajar benda yang sama berulang kali... bila kita suruh dia count 1-10.. dia boleh.. dan test randomly huruf tu...boleh... tapi kita buat sekali lagi...dan2 tu dia kata...tak tahu. sama juga alphabet.... mancabar jugak nak jaga amsyar ni... dia ni banyak soalan...kenapa, mengapa, apa, siapa, macamner... .. kalau WH question tu...suma la dia guna... dia banyak curiousity... sampai nenek dia pun tak larat nak jawab soalan dia... Amsyar juga dah start guna perkataan english.. tapi sebb dia cakap pelat... kami kurang tangkap apa dia maksudkan... huruf K...sebut T.... aduh...macamner nak buat pun tak tahu...Bab agama pulak... dia dah boleh ikut2 solat... baca al - fatihah...dah boleh la...tapi tak la lancar... selawat dan tasbih..memang excellent... satu hari...satu tesco dengar dia bertasbih.... kitaorang pulak rasa malu....hehehehe... apa2 pun amsyar banyak progress...


    Aku berdoa agar Areena dan Amsyar dimurahkan rezeki, kesihatan yang baik, cerdik akal (pandai) senang terima pelajaran.. anak yang soleh..taat pada Allah, Ibupada.


    btw... Aku nak ucapkan happy anniversary buat isteri pada 10/Jun ...dah 5 tahun aku berkahwin... Alhamdulliah... Sayang... terima kasih segalanya... I always love you...

    Wednesday, 15 June 2011

    Sejenak

    Dah lama aku tak meng update blog ini... rasa rindu pulak nak kembali menulis.... 6 bulan pertama ni banyak kenangan... ada yang manis, pahit, tawar2...heheheh

    yang manis...
    1. aku dapat gi singapore.... pegi USS ( universal studio singapore..)
    2. aku dapat simpanan untuk promotion...harap2... aku dapat promotion ni...

    yang pahit pulak...
    1. aku sedih, permohonan aku untuk dapat scholarship belajar kat scotland tidak disokong...
    punya la berangan..dah nak pergi amik IELTS dah.... then my big boss here.. tak sokong dengan alasan... kepentingan universiti... tapi tak per... next year... aku cuba lagi...insyaallah.
    2. kali aku handle akaun... banyak pulak audit query...padahal... query2 ni sepatutnya di query lama dah... tapi aku redha...sebab boleh banyak belajar..

    yang tawar2
    my big boss tu..fussy sangat, kena dengar instruction dia jer...... tak boleh org lebih dari dia... apa2 kena refer dia dulu... she said.... stop referring shah alam...sebb biar dia yag decide nak refer shah alam atau tidak......aku rasa aku ni bukan fav. staf dia....ada aku kesah
    position dia guna term... so... lepas ni.... orang lain pulak... yang penting kami di administration...kejenye tetap... tak de term2...

    itu baru 6 bulan pertama ni... mintak2 ada lagi banyak kenangan manis untuk 6 bulan berikutnya...

    lagi sebulan lebih...kita dah nak puasa.... sesiapa yang tak ganti la... harap... cepat2 buat... nanti kena fidi'ah pulak...

    ok..adjourned now...later i will upload my trip to singapore... and tell my new experience in melion islands....

    Wednesday, 9 February 2011

    Amsterdam + Paris

    My wife did I ask where are we going on vacation this year... I said Ive no idea... my mind was thinking...closing,closing for unclosing account...huhuhu...
    But I know her mind was set something that she wanted to tell.... She asked me which flights are most cheaper to Paris... I searched for it... the answer was... Thai airways... Then she asked, can we go there and she did ask for quotation to Amsterdam and Paris as well...and the price was not to expensive neither cheap...
    Now..I am thinking whether should I or shouldn't I go...
    Guys... could you think it for me...

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails