Wednesday, 17 June 2009

UK 2009 - Part 3

Ini adalah host Family kami semasa di Reading.. Thanks Yati dan Man

Day 3
kami sambung explorasi kami pada hari ketiga.. Hari ketiga, our friend bawak ke Car Boot Sales.. Kami ( especially saya) ingat car boot sales seperti di Seksyen 13, Shah Alam..rupanya pure car boot sales dan di atas padang yang besar. Mereka jual dari car boot.. semua barang-barang terpakai tetapi masih boleh digunakan.. compare to malaysia.. dah dikomersialkan.. barangan mainan dan buku-buku cerita masih berfungsi dan elok. dijual dengan harga yang murah.. dari 20pence hingga 3/4 pounds sahaja.. Di sini juga ada jual kereta. Penjualan kereta kat sini berbeza. beli kereta macam beli basikal kat kedai.. harga kereta pun tak la mahal.. boleh dapat serendah 500 pound (if not mistaken), dan sign borang tukar milik... that's it, the car is yours.. cuma insuran kena buat sendiri secara online.. Orang malaysia ramai pergi kat car boot, sbb boleh dapati barang2 keperluan rumah dengah harga murah..baju2 sejuk,, memang berbaloi nak beli.. sbb balik malaysia bukan boleh guna pun. :) . Satu perkara yang menarik hidup di UK ni, mereka ada barang 'free-cycle' so, bagi mereka yang baru nak belajar di sini. tak perlu bawa banyak barang.. di free-cycle.. boleh ambil secara percuma.. contohnya.. sekiranya kita memerlukan peti sejuk, dapur, tv dan barang keperluan rumah... kita boleh mohon di free-cycle group dan dapat secara percuma..




Lepas balik dari car boot, kami lepak saya di rumah. petang pula, kami dijemput barbeku di belakang yard di salah seorang student di sana. terasa janggal pula nak bergaul sbb kami datang sebagai pelancong, mereka dah berada di situ bertahun2..so diaorang ramah sesama sendiri. Malam kami pack barang2 untuk kami menjelajah ke kota Metropolitan, London.

ini gambar bunga yang sempat kami rakamkan semasa di Reading


tunggu entry seterusnya..

1 comment:

Mimioww@mimilo said...

Tak sabar nak baca ur next entry... 30 June 2009 insyaallah aku gi tpt ko... ada alwatan ke UiTM Perak.. apa barang...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails