apa entry saya kali ni yea...oh yea kita sambung entry saya semalam...dari Dubai Airport... Flight kami alhamdulillah mengikut jadual..pukul 7.30 dah masuk flight dan take off.. kali ni berlepas pagi.. Areena dan Amsyar seperti biasa good kids.. Belakang sit kami ada pasangan mat saleh.. I guess British.. Bila Amsyar tengok diaorang tersengeh2... Kami juga dapat stewardess(British) yang sporting..dia rajin layan Areena dan Amsyar.. Sanggup dia dukung Areena bawa jalan2 dalam flight.... oh lupa nak bagitahu..kami menaiki flight Emirates.. Dalam flight memang best.. makanan Emirates memang sedap.. bila free time.. diaorang amik gambar guna polaroid kamera.. so ada la gambar Amsyar diambil dan juga toys diberi percuma... Areena dan Amsyar dapat satu.
Day 1
Journey kami dari Dubai Ke Heathrow Airport mengambil masa lebih kurang 7 jam.. Tiba di Airport lebih kurang 12.00 tengahari waktu London.. Alhamdulillah.. masa kami di imigresen, pegawai imigresen beri kami potong queue sebab barang banyak n bawa budak2.. dan tak de masalah bila mereka check kemasukan kami.
Lepas saja melepasi imigresen, ambik luggage n terus tahan teksi untuk kami ke Reading.. Perjalanan dari London ke Reading mengambil masa 45 minit
Sempat bergambar dalam teksi... Teksi mereka luas... Pemakaian seat-belt kat sini telah lama dikuatkuasa... kalau tak pakai kena saman...huhuhu
Sampai di Reading, kami disambut oleh Ibu kawan kami, makcik zainon dan Pak cik Zakaria. Masa tu hari jumaat.. saya kira musafir..kan.. menurut pakcik Zakaria.. Solat Jumat di sini dibuat sebanyak 2 kali kerana tempat solat yang terhad.. kalau hari raya pula sebanyak 3 kali...
hari pertama kami penuh dengan tido sahaja,kami bangun masa makan malam..segan pun ada, sebab tak tolong pun mak cik..malam baru kami jumpa kawan kami..Yati n man.. budak2 jet lag...termasuk kami...hehehehe.. tido sampai ke pagi.
Day 2
Hari kedua di Reading.. walaupun kami jet lag.. kami tak lepaskan peluang untuk melihat bandar Reading dengan menaiki bas.. Reading adalah kawasan elit bagi sesetengah orang seperti seksyen 2 shah alam, rumah berdekat dengan Universiti.
Anak mat saleh tu suka main dengan areena masa kami duduk di kawasan rehat di tengah2 town. Cuaca masa ni panas tetapi suhu 12 darjah celcius.
Amsyar duduk kat UK dah tak berpeluh, n dia nampak happy macam pernah sampai sini..(balik kampung..hehehe)
Next entry... day 3... visit car boot sales n bertolak semula ke London
1 comment:
seronok nyer cuti2... nk souvenir..huhuhu
Post a Comment