Friday 30 May 2008

Sinus

Dah lama tak update entry dalam blog ni. Pada 21hb Mei 2008, kena masuk wad disebabkan ada something blocking in my nose.Doctor kaata sinus(resdung) dalam hidung tetapi bila operate, unexpectedly, banyak nanah yang dah keras ( patutlah selalu sakit kat pipi n gigi)..emmphh. lepas operate, doctor bagi nanah tu nak tunjuk kat aku, macam tak percaya dia boleh berada kat dalam pipi sebelah kiri. Pengalaman masuk dalam OT memang tak dapat dilupakan. First time, nurse bawa masuk holding room sementara para nurses sediakan bilik OT. Perasaan berdebar pun ada, semasa tunggu nak masuk OT room, pakar bius jumpa aku, he gave me explanation tentang apa nak dibuat..emmpph, gementar jugalah.
Tepat kul 10.30 pagi, doktor yang nak bedah tu datang jumpa aku. Doktor ni yang tolak aku masuk dalam bilik bedah bersama seorang nurse( rasa macam aku ni orang terkenal pulak)..Bilik tengok bilik OT, berdebar jugak la, mereka suruh baring di tempat pembedahan, Then, Pakar bius datang dan bius aku, since then dah tak sedar sampai kul 2.00 petang,..Alhamduillah, operation berjalan lancar, dan mereka bawa aku naik wad..tapi, disebabkan bius masih ada dalam badan, aku muntah2 sampai ke petang.. Darah juga keluar dari hidung... memang tak boleh bernafas, gunakan mulut masa tu....tak selesa.
Esoknya, doktor datang untuk keluarkan Spongne dalam hidung yang disumbat semasa operation. bila spongne tu keluar dari hidung, darah memancut-mancut keluar tetapi alhamdulillah, darah tu cepat kering..dan petang tu aku discharge dan balik rumah..
Di sini, aku nak ucapkan kepada Doktor Hazim yang melakukan pembedahan ke atas hidung aku.( dia seorang doktor yang bagus- siap blh buat marketing, heheheh)..Juga nak ucapkan kepada isteri ku yang sanggup cuti untuk jaga aku walaupun dia tengah sarat mengandung. Terima kasih aku ucapkan( nasib baik la dah kahwin, kalau tak duk sorang2 aku kat wad tu, huhuhu) tak dapat aku balas cuma tenaga dan kasih sayang terhadap dia n anak-anak.
Begitu juga mak aku, tanpa leteran dia, aku tak akan buat check up dan operate hidung ni...terima kasih mak
Dan juga my siblings( izad yang temankan aku tido dalam wad), relatives as well as my staffs yang datang melawat aku semasa di wad .
Thanks So much...

Tuesday 20 May 2008

Al-Fatihah

Hari ni 20 Mei 2008, Genap 5 tahun, arwah ayah Ramli Ngah pergi meninggalkan kami. Cuma apa yang kami boleh beri doa untuk roh ayah dicucuri dan dirahmati. Al- Fatihah...

Tuesday 13 May 2008

Happy Mother's day

Kepada Semua Ibu2,

Selamat Hari Ibu


11 Mei 2008

Untuk Ibu Kami, Hajah Che Wa Bte Saleh, We love u

Untuk Ibu Areena, Selamat Hari Ibu, Ayah n Areena Sayang Ibu.

Monday 5 May 2008

Umrah 08

Alhamdulillah, aku dan mak telah mengunjungi Mekah pada 16 April - 27 April 2008. Banyak pengalaman yang diperolehi. Sepanjang di sana, ada beberapa tempat kami ziarah, antaranya Masjid2 di Madinah dan Mekah, tidak lupa juga tempat2 bersejarah semasa zaman Rasulullah. Next Post saya akan ceritakan berserta gambar yang sempat kami ambil semasa melawat di sana.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails