Thursday, 12 June 2008

Firas Amsyar


12 Jun 2008, jam 12.50 tengahari, saya dikejutkan oleh panggilan dari my wife. Dia mengatakan dia dah ada tanda nak bersalin.(tanda darah). Saya semacam tidak percaya kerana due date sepatutnya awal bulan Julai dan hari sebelum itu, my wife sakit, tetapi doktor cuma katakan ada infection. Dalam nampak cool, tapi dalam hati betul ker dah nak bersalin. Apa-apapun saya minta isteri saya ke hospital bersama kawan dia supaya apa2 pun yang terjadi dia berada di hospital..

Jam 1.30 tgh, saya pulang ke rumah, untuk bersiap pulang ke Perak dan ajak mak jika dia hendak ikut saya. Jam 2.00 ptg, semasa nak start engine, wife sekali lagi called, doktor checked and said ''You're going to Labor. It's 4cm'.. Apalagi bila saya dengar berita macam tu.. Terus memandu ke Perak bersama mak..

Di dalam perjalanan, sekali lagi dikejutkan panggilan dari kawan my wife, dia kata dah buka 8 cm..masa itu saya masih di Bidor.Terasa lama pula perjalanan kali ini. tetapi alhamdulillah kerana perjalanan saya berjalan lancar tanpa traffic jam... Saya sampai 4.30 di Hospital Pantai Putri dan terus masuk di dalam Labor room. Saya lihat wife dalam kesakitan. saya comfort dia. Saya nampak Doktor begitu tenang menunggu untuk menyambut kelahiran anak kami..Nurse di sana juga ramah dan sungguh cooperative. Saya puji dengan sifat professionalisme mereka. Tepat pukul 4.58ptg, lahirlah seorang baby lelaki yang sihat. Alhamdulillah. Kami namakan bayi lelaki ini sebagai Firas Amsyar bermaksud cerdik dan cergas..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails