Wednesday 16 April 2014

Mimpi

Malam tadi, aku mimpi pokok tumbang.. aku tak pasti dalam perjalanan ke mana, tapi aku melalui jalan baru. dalam perjalanan, pokok di depan kereta aku tumbang, yang peliknya, aku boleh melepasi pokok tumbang tu, perkara ini berlaku beberapa kali ada yang tumbang di belakang kereta aku, Aku bernasib baik kerana aku melepasi jalan tersebut.
Aku cari lah maksud mimpi aku ni, aku baca seperti yang tidak baik akan berlaku...
Ni tafsir mimpi tersebut : -
Bermimpi melihat pohon roboh. Artinya, kondisi kesehatan kita kurang baik dan bisa menghambat pekerjaan kita.

Kalau benarlah mimpi aku tu, seperti orang tidak berapa suka cara aku bekerja dan ingatkan aku berhenti atau prestasi kerja aku menurun.
Sebelum ni.. aku bermimpi ular tedung yang hinggap kat kaki aku.. aku cari maksud pun perkara musibah/ sihir.. last week, aku ,mimpi ular tedung juga, ular tu dah berdiri sama tinggi pinggang aku, macamner entah aku boleh bunuh dia dengan parang.

 takutnya... minta2 dijauhi lah sebarang kecelakaan kepada diri aku ni.Amin

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails