Friday 13 June 2008

Pindah

Dah bertahun2 tinggal, membesar, bekerja dan sebagainya di Shah Alam, sekarang tiba masanya untuk berhijrah. Rasa sedih pun ada nak tinggalkan Shah Alam, tinggalkan mak, adik beradik dan kenangan, tetapi untuk mencari rezeki dan membina keluarga, saya terpaksa mengharungi juga.. Ini semua ada hikmah di sebalik penghijrahan saya ke negeri orang ni


Tempat
What can i say about new place..Emmph cantik. terletak di kawasan jauh dari bandar...A lot places need to be explored, nanti la baru first week masuk office


Environment
First day masuk office baru, bos dah kecoh2, I mean, she is not complaining, What I have been told, She is always kecoh... Saya dah mula pening.. macam ner pulak nak handle bos macam ni. tapi bila saya observe, she is good and fine boss, but might be influenced by top management and others.

Staffs
Not really known them well tapi mereka friendly

Baru seminggu di sini, Banyak lagi pengalaman akan berlaku.so kita tunggu la apa yang akan terjadi nanti.. Mudahan-mudahan semuanya dipermudahkan.

Thursday 12 June 2008

Firas Amsyar


12 Jun 2008, jam 12.50 tengahari, saya dikejutkan oleh panggilan dari my wife. Dia mengatakan dia dah ada tanda nak bersalin.(tanda darah). Saya semacam tidak percaya kerana due date sepatutnya awal bulan Julai dan hari sebelum itu, my wife sakit, tetapi doktor cuma katakan ada infection. Dalam nampak cool, tapi dalam hati betul ker dah nak bersalin. Apa-apapun saya minta isteri saya ke hospital bersama kawan dia supaya apa2 pun yang terjadi dia berada di hospital..

Jam 1.30 tgh, saya pulang ke rumah, untuk bersiap pulang ke Perak dan ajak mak jika dia hendak ikut saya. Jam 2.00 ptg, semasa nak start engine, wife sekali lagi called, doktor checked and said ''You're going to Labor. It's 4cm'.. Apalagi bila saya dengar berita macam tu.. Terus memandu ke Perak bersama mak..

Di dalam perjalanan, sekali lagi dikejutkan panggilan dari kawan my wife, dia kata dah buka 8 cm..masa itu saya masih di Bidor.Terasa lama pula perjalanan kali ini. tetapi alhamdulillah kerana perjalanan saya berjalan lancar tanpa traffic jam... Saya sampai 4.30 di Hospital Pantai Putri dan terus masuk di dalam Labor room. Saya lihat wife dalam kesakitan. saya comfort dia. Saya nampak Doktor begitu tenang menunggu untuk menyambut kelahiran anak kami..Nurse di sana juga ramah dan sungguh cooperative. Saya puji dengan sifat professionalisme mereka. Tepat pukul 4.58ptg, lahirlah seorang baby lelaki yang sihat. Alhamdulillah. Kami namakan bayi lelaki ini sebagai Firas Amsyar bermaksud cerdik dan cergas..

Saturday 7 June 2008

Mekah dan Madinah

Welcome to Jeddah.. Sebelah kiri, Jeddah Airport dan kanan, Bus Stop Jeddah(bersebelahan Jeddah Airport

Sebelah Kiri, Masjid Bir Ali, sekiranyna jemaah dari Madinah, mereka perlu berniat di Miqat di sini. Manakala, gambar sebelah kanan, masjid 2 Kiblat.


Disebelah kiri, jemaah perempuan berkumpul di Miqat Bir Ali sebelum bertolak ke Mekah. Gambar Kanan, Masjid Nabawi.. Sungguh indah masjid ini, saya terpengun bila melihat di dalam masjid ini. Alangkan hebatnya, arkitek Islam membina masjid ini.

Friday 6 June 2008

Happy Birthday Areena

Hari ni 6/6/08, besday anak kami Fatin Areena..Pejam celik, dah 365hari Areena bersama kami.


Wishing you a Happy Birthday Fatin Areena. Semoga Areena beroleh rahmat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disenangi, dan banyak lagi yang baik2...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails