Dah lama aku tak update entry ini..Disebabkan mak aku menjalani pembedahan mata kerana ada katarak.. Pembedahan, Alhamdulillah, berjalan lancar..dan mak aku pun dah keluar hospital pada hari jumaat.. Aku sebenarnya risau pada mulanya sebelum pembedahan kerana sejarah keluarga arwah atuk aku pergi kerana pembedahan mata... Sekarang mak aku diberi rehat oleh doktor selama 3 bulan( seeloknya) dan bila aku tengok mak aku, dia nampak boring kerana tidak boleh buat apa2, selalunya dia yang beriya2 untuk kemas rumah.. tapi kali ini dia, hanya mampu tengok kami berkemas..
Lagi satu, perkara pertama mak beritahu kami,,emmphh, lepas ni, tak boleh angkat pasu...huhuhu...(mak memang suka ber'gardening') mungkin darah gardening turut kat aku...hehehe.perasan aku nie
Apa2 apapun, Mak, aku dan isteri serta adik beradik, tidak lupa juga ipar duai, kami doakan mak secepat sembuh, dan boleh melakukan kerja-kerja biasa dan boleh beribadah dengan sempurna.Lagi satu, perkara pertama mak beritahu kami,,emmphh, lepas ni, tak boleh angkat pasu...huhuhu...(mak memang suka ber'gardening') mungkin darah gardening turut kat aku...hehehe.perasan aku nie
Hari pertama mak masuk hospital... kami 4 beradik kecuali ijan, datang ziarah. ijan kerja.
ijan control lawa, masa lawat lepas mak operate..