Saturday, 10 January 2009

Quality Time

Do I have Quality Time?.... It is difficult to answer such question. I, personally, do not know whether I have quality time.. It's very subjective matter to discuss.. But.. need my quality time in any manner... for me, for my family... and the rest of my life...huhuhuhu..

Ketua Unit Kualiti...Part 3

Last week, staf aku dapat panggilan dari Bekas Ketua Unit Kualiti(BKUK)...dia bertanyakan pasal segala payment yang pernah dapat selama ini supaya dia nak counter check kot..Staf aku ni memang baik dengan BKUK ni, so staf aku ni tanya la kat dia kenapa dia berhenti tiba2.. so dia cerita kan la kenape, at least kitaorang dengar dari mulut dia sendiri.. Dia beritahu dia kecewa dengan orang sekeliling.. sebab publisiti luar lebih menonjol dari publisiti tempat sendiri.. so dia nak betulkan la keadaan, dia tak nak la program tenggelam dengan publisiti lain.. bagi aku..betul juga tindakannya... tapi disebabkan adalah beberapa orang yang cakap sumting dengan big boss dan nasihat dia kepada big boss tak diambil peduli.. tu yang dia kecewa... lagi pun juga la beberapa perkara pasal dia, orang bercakap yang tak baik tentang dia.. dia betulkanlah statement tu(aku rasa tak perlu la aku elobrate details..).. tapi kesian dengan dia..
.
Aku rasa BKUK ni bagus sbb dia ni banyak ilmu.. dia pun tak lokek nak bagi.. cuma satu perkara je ramai yang tak suka sikap miliatary dia tu.... bayangkan kerja dalam kem askar.. itu jer..
menurut dia, dia dah bukak syarikat sendiri dah..so lagi lumayan returns yang dia dapat dari bekerja di sini. dia di sini cuma nak menolong.. bukan along..hehehehe
.
Anyway...aku doakan selamat maju jaya kepada BKUK.. doa selamat sejahtera dan dimurahkan rezeki... amin...
.
morale : jangan dengar hanya di sebelah pihak... cuba dengar dua2 pihak.. dan kita boleh menilainya dengan baik.. sebagai ketua.. kita jangan cepat melatah dengan orang.. tapi kena digest apa yang betul atau salah.. supaya tindakan akan menjadi lebih rasional...dan anak buah akan respect kita...(aku juga beringat kepada aku juga)

Gunting Rambut..

Semalam aku gi kedai gunting rambut depan umah aku tu... kawasan rumah kedai banyak tetapi belum ramai yang buka kedai(kosong).. so adalah satu kedai gunting rambut yang terang benderang buka.. disebabkan rambut aku panjang dan tebal... tak tahan pulak rasa..terpaksa potong...
.
aku masuk kedai tu.. barber ni tgh gunting rambut seorang chinese ni.. cheh...speaking london si barber ni... aku tak la amik pot untuk dengar apa yang diperkatakan.. aku layan newspaper... bila time aku gunting.. aku cakap melayu.. fasih jugak....so aku tanya la dia orang mana... dia bagitau dia india utara.. berhijrah ke sini.. dia kata, kalau orang cina gunting, dia cakap english atau cina, kata india, dia cakap tamil, kalau melayu, dia cakap melayu, dia pun pandai cakap hindi.....wah dalam hati aku..pandai pulak orang ni... tapi dia cakap melayu tak berapa paham sbb macam berdenggung.. dia cakap... aku mengiya kan jer... malas nak balas membalas... tapi aku pelik.. macam ner dia boleh buka kedai? samaada dia digajikan atau memang kedai dia sendiri.. itu aku tak tanya...
.
tapi sebenarnya yang best gunting kedai dia,... macam gunting rambut di kedai kat india sana tu... style dia gunting...lepas gunting..urut kepala, leher aku dipatah2 bagi meletup2.. bahu aku diurutnya... best gila gi gunting rambut kat situ...
.
Lepas habis gunting rambut..time nak bayar la.. aku aspect mahal la, kot belasan ringgit.. aku bawak duit skit... risau pulak aku...
aku tanya dia... "berapa"..
dia jawab "5",
aku tak puas hati hati,
aku tanya lagi... " berapa"...
dia jerit... "5 ringgit"...
terus..aku bagi 5 ringgit...
dalam hati aku, murah la sebab tak ramai yang gunting..nanti kalau dah ramai gi gunting kedai tu, mesti mahal la..
Seronok gunting rambut kat sini murah... kalau kat shah alam.. tu dah lebih 10 ringgit...
.
p/s : bila teringat kes ini..tanya berapa kali... aku teringat masa aku gi UK, aku pun buat tanya macam ni, sebb tak percaya yang harganya.. bayangkan.. beg tangan 'clark'.. hanya 3 pounds jer.. kalau kat Malaysia, dah tentu beratus2 hinggit.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails