Saturday 31 October 2009

Sepi

macam tajuk filem jer.... tapi realiti keadaan aku sekarang... begitu ...sepi....down..lack of sumting..

Friday 30 October 2009

Argentina Vs Perak Darul Ridzuan

Emmm.. Pagi tadi aku berkesempatan menonton MHI ( Malaysia Hari Ini) yang dihoskan oleh Fitri, Wardina n Marzidol.. Fitri menanyakan apa persamaan Argentina dan Perak Darul Ridzuan...

Marzidol n Wardina.. tak tahu nak kata apa... dia kata pasal bola... tetapi Fitri memberitahu... Maksud Argentina dalam Bahasa Sepanyol... bermaksud Negeri Perak...
Wah... lepas ni, bila orang cakap aku dok mana... nanti aku akan cakap dalam bahasa Sepanyol... Argentina Darul Ridzuan..hehehehehe

Tuesday 27 October 2009

Jamuan vs Doa tahlil

Aku terpanggil untuk berkongsi n minta pendapat kekawan yang membaca blog aku ni.. Kalau aku salah, aku minta maaf... Ada la sorang hamba Allah ni, mengatakan Doa Tahlil tidak sesuai dibaca untuk program makan2 seperti.. sambutan hari lahir, dan sebagainya.Bagi dia, itu program seronok2, tak sesuai untuk tahlil2
..Entahlah..
bagi aku. boleh aje buat doa selamat or kesyukuran dan diselitkan doa tahlil..bagi memperingati orang yang dah tak de... cuma bila orang yang baca doa tu tak perlu membaca nama sorang2, cuma orang yang mendengar aje menyebutnya dalam hati.. mungkin aku yang cetek agama mempertikaikannya.mohon keampunan dari Ilahi
wahuallahualam

Monday 26 October 2009

Bajet.

Mesti korang ingat aku nak komen pasal bajet 2010 yang dibentang jumaat lepas... bagi aku bajet next year ada yang ok n ada yang tak berapa menarik... tapi aku cuma harapkan kerajaan kena kaji balik sistem bajet sekarang...rasa macam dah outdated.. kita perlukan satu mekanisme baru bagi menangani inflasi... defisit semasa dan sebagainya
sekarang ni aku tengok... seronok habiskan bajet...tapi hasilnya ada yang jadi gajah putih... tiada perancangan dan sebagainya..
tapi mungkin orang ramai tak tahu n tak kaji sedalam2nya... income yang kerajaan dapat... kurang dari perbelanjaan... so untuk mengekalkan tahap maksimum duit kerajaan.. perlu la kot kaji semula sistem bajet.. instead of non-profit... kena look for profit making pulak kot... so rakyat jelata dalam kerajaan tak perlu mengharapkan subsidi semata2 untuk dapatkan bonus n sebagainya.... kita sendiri usaha... baru rasanya adil..
tak tahu la.. cadangan ni rasanya perlu diperincikan..
contohnya...
macam tempat aku kerja...mungkin boleh diberikan bonus dari income n titik peluh sendiri supaya masing2 menghargai n dihargai.. tidak hanya kepada orang2 yang diberikan cemerlang.. tetapi... orang2 yang menyumbang kepada organisasi....
wahuallahualam..
sekadar untuk dikongsi..

Tuesday 20 October 2009

Emir Syauqat

Tiba2 jer semalam aku mimpi yang kitaorang ni ada anak sorang lagi.... siap dah ada nama lagi...
Emir Syauqat.... buat masa ni aku tak le plan nak ada sorang lagi... insyaallah, kalau Allah bagi rezeki.. aku terima... kebetulan semalam aku mimpi.. wife aku pregnant n lahirkan sorang lagi... then terus aku bagi nama tu... sampai la ni masih terdengar2 di telinga nama tu... so pagi ni... terus buka laman web n tengok maksudnya..

Emir ------> to command
Syauqat----> kekuasaan...

Mungkin mimpi semalam ada hikmah supaya aku namakan anak aku tu sedemikian..wahuallahualam...
minta petunjuk dari-Nya

1 Zulkaedah.

Rasa sedih bila ramadhan pergi, begitu juga syawal ( sebb tak dapat makan free lagi..hehehehe)... Hari ini bermula bulan baru dalam tahun hijrah..dan juga bermula la umat Islam di Malaysia dibawa ke tanah Arab untuk mengerja haji di Mekah dan ziarah Madinah.. Bila menonton Astro Oasis mengenai ibadah Haji... Memang menyeronokkan tetapi bila aku tengok... banyak juga cabaran yang akan dihadapi.. Mudah2 an para jemaah haji yang mendapat seruan Mekah... Aku doakan selamat pergi, selamat mengerjakan ibadah, dan juga selamat kembali. semoga mendapat haji mabrur.
.
Special dedicate to my relatives yang pergi...
.
Bulan ni juga... bulan tua aku...sebab aku dilahirkan pada 19 Zulkaedah... kalau ikutkan usia kita sebenarnya mengikut kalendar hijrah.. mesti plus 1 tahun for every 11 years in gregorian calender..... contohnya si A, umur 11 tahun... so maka, plus 1 tahun...sebenarnya umur dia 12 tahun... kalau si B, umurnya 28 tahun... plus 2 tahun lagi... (11 +11 = 22 years equals to extra 2 years).. kalau macam aku ni...33 tahun ni... (so aku kena tambah lagi 3 tahun la..) jadinya umur aku .. 36tahun sebenarnya... huhuhu... dah tua aku...

Monday 19 October 2009

Alhamdulillah

Hafarifu ifitufu... afakufu terferkefejutfut... tenfengokfok Afareefeenafa cafakapfap 'alhamdulillah' sefelefepasfas berfersinfin.... mungfungkinfin babysitter akukufu afajarfar or difiafa tenfengokfok, kifitafaoforangfang kotfot... enfentahfah... it's hard to explain... anyway...praise to Allah for giving us a such lovely and intelligent kids.
p/s...uishhh susah betul bahasa ni... dah lama tak praktikkan... betul la mimi... bahasa budak dolu2...anyone...knows this language?
to my wife... boleh ke belajar bahasa ni... ini bahasa orang kampung...hehehehe

Thursday 15 October 2009

Tengah Lasak

Aku tak tahu apa ntah entry aku kali ni... cuma nak mengadu.... penatnya jaga budak2...aku tak le rasa apa... tapi budak2 tengah lasak.. penat dibuatkan.. yang si Amsyar asyik nak memanjat jer, pantang nampak tempat tinggi,.. memang dia nak mencuba.... jenuh cakap dengan dia, jangan panjat... nah... dapat benjol kat kedua2 dahi kiri kanan.. tapi masih nak memanjat...
.
lasak betul di Amsyar ni, mungkin budak lelaki memang macam tu.
.
semalam, dah pukul 11, dok main lagi... dia gi dapur... geledah dapur.. ntah apa2 dia buat..rupanya dia keluarkan beras dari bekas... aduh...nah.... penangan kat tangan hinggap la... masa tu ..melalak je la dia tahu... aku tak dapat bayangkan babysitter tu jaga Amsyar. Amsyar ni aku tengok karakter dia lain dengan kakak dia, Amsyar suka test kesabaran orang, n dia suka explore benda2 baru..
Manakala si kakak pulak Areena., tak banyak ragam.. sebab dia suka tengok tv, tapi bila dia merajuk.. dia nak suruh orang yang marah dia pujuk...
.
Satu lagi,, Areena ni, dia akan kata 'sorry' bila dia tahu dia buat salah.. tapi bila kita marah dia, n minta dia say sorry, she refuses... dia kata... dont want...
so, ayah lah selalu sorry kat dia, sebab ayah selalu pukul dia...hehehehe
.
Areena ni, bila aku tengok, dia cepat tangkap apa yang orang cakap.. dia boleh paham.. hari itu, my wife dok mengata Areena kat my sister... tapi my wife spoke english la dengan my sister...
.
Areena faham maksud dia... bila cakap dengan dia... dia cakap..'dont want'
satu lagi, masa kat klinik... doktor tu spoke english dengan dia, dia buat apa yang doktor suruh.. so, kalau nak mengata areena kena cakap bahasa.... afakufu..., baru dia tak paham..

Monday 12 October 2009

Kereta Ku dah sihat

Criter ni memang dah lama... raya ke tiga hari tu, amik kereta yang kena langgar bulan 5.. lama sungguh kat dalam ICU... rasa rindunya kat kereta ni tak boleh gambar... ... aku dah test kereta ni.. alhamdulillah, back to normal... n penggunaan minyak sekarang...16sen/km..tapi ada la kesan2 accident here n there...contoh.. kat seat..kesan tanah merah ada...n sbgnya.. tapi apa2 pun... kereta ku dah sihat...yeaaahhh

tension

Tension.... betul.. dengan staf yang incompetence....tapi officer..urrrrrgggghhhh

Tuesday 6 October 2009

'Tan Ku'...( Thank you)

Minggu lalu, my family came to visit us... best dah lama tak berkumpul macam ni... dengan adanya anak2 buah ( 4 orang, tak ramai pun) n anak sendiri.. plus.. my aunty n family. tu yang riuh rendah dibuatnya... nasib baik la tak de insiden yang tak elok berlaku... A day before they came... kami dok kemas umah.. re-arrange meja makan, kemas bilik baju, bilik Areena n bilik amsyar supaya mereka boleh berehat n letak barang kat bilik... my wife masak rendang n kuah kacang..nasi himpit as well, kami jugak buat marinade kambing sebab nak buat barbeku esok malam....kami keletihan, malam tu kami tido... almost 3 o'clock..
.
Esok pulak... kami continue masak n berkemas.. sampai tengahari...
.
Menu tengahari (Malaysian style)
.
Nasi himpit
Kuah lodeh
Kuah kacang
Sambal Sotong
Rendang Daging
Lemang n serunding ( sponsored by A. Fareh n along)
.
My mum n siblings arrived petang... so kami jamu nasi himpit...
petang pulak kami prepare bahan2 untuk barbeku.
aku minta my wife mushroom sup n bakar roti untuk appetizer (special request)...
.
Menu makan malam ( western )
.
Appetizer
Mushroom room ( homemade)
Bread ( homemade)
.
Main Dish
Grilled Lamb
Grilled Beef
Grilled Chicken
Grilled sosej
Grilled Fish
Grilled Prawn
Grilled Squid
.
Side dishes
Potatos
Baked Bean
Corn
Mixed fruits with seasoning
Salad with coleslaw
.
Desserts
Fruits
Cakes
.
Drinks
Lime juice
Coffee
Soft Drinks
.
Malam tu, lepas barbeku... kami lepak2, penat makan.. masing2 berlabuhkan badan.. n zzzzzz
.
Pagi Ahad.. Breakfast...
(combination of western n malaysian)
Mee hoon goreng
Roti Canai ( sponsored by A.Hamdan..10q)
Mushroom sup ( balance last nite)
Bread.
Coffee..Kopi che nah
( hanya di perak je ada...memang sedap...nanti cuba la sendiri)
Nescafe susu..
.
Lepas breakfast
Budak2 nak main kolam plastik.. Aina ( anak buah) dok berasak2 nak main kolam.. then decided, bagi budak2 ni mandi..

yang best tu.... si Amsyar .... dah boleh cakap 'tan ku'(thank you) masa boleh jatuh kat luar, then beri kepada dia... kami masing2 gelak... budak sekecik tu dah pandai speaking london... sejuk hati kami.... minta2 n berdoa biar la Amsyar n Areena cerdik n pandai...
.
Pukul 11 pagi, kami bersiap2, n bertolak ke rumah induk di Trolak.
.
Gambar2 yang sempat diambil semasa mereka di rumah kami..
Roti yang belum dibakar

Nie la hasil roti lepas dibakar
Sementara di luar rumah

Ni tempat bakar lamb n sbg

Ni group pembakar daging... aku tolong tengok.hehehehe...alasan pegang anak...heheheh

Ni la anak2 buah aku n Pak Ngah...seronok dema main kolam

Dari Kiri, cousin, angah, mak, acik n along

Monday 5 October 2009

M back

Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya..Maaf zahir batin untuk semua yang singgah di blog ini... Aku dah lama tak coretkan sesuatu di 'when i start to write''.. bukan kerana apa, mayang... berkebun tu dah lama tak buka.. since my office dah block fb.. n slow sangat internet... tu yang dah lama tak buat2 story... tapi.. lepas raya ni..mood baru dah kembali...bermula la 'when I start to write.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails