Tuesday 28 July 2009

Piano

I was thinking to get a piano for my kids... and I went through internet and search available piano for sales in Ipoh.. So, found the one which interest me...and decide to survey the condition of that piano, the price quite affordable.. If the piano is good.. I think to grab it...

Picture taken from google ( that the piano we will survey this sunday)



Monday 27 July 2009

Pendamic

Since H1N1 attacked in this country... many institutionS were asked to close their operation for one week.. including mine.. BUT.. many questions arise in my mind..
HOW FAR DOES IT CAN PROTECT OUR NATION FROM GETTING THIS INFLUENZA...? WHAT CAN GOVT DO ABOUT THIS...
IS THERE PROACTIVE ACTION... OR JUST ONLY REACTIVE ACTION...
AND SIMPLY ASK TO CLOSE IT DOWN...UNTIL WHEN? HOW SURE PEOPLE WERE INFECTED THIS INFLUENZA CAN NOT BE INFECTED AGAIN?
I M NOT SURE...
HOW ABOUT THOSE WHO ARE INFECTED AND THOSE WHO (UNINFECTED) LIVE AROUND SOCIETY
... DO THEY ALLOW TO TAKE SELF QUARANTINE AT HOME..
I THINK IT IS IN-EFFECTIVE WAY ASKING STAF TO WORK EVEN THE PANDEMIC STILL EXIST IN OFFICE...
PEOPLE LIVE WITH FEAR...
PHSYCOLOGY EFFECT...
NOT GOOD...
PEOPLE WILL NOT DO THEIR OPTIMUM JOB
THAT' WAS ONLY MY THOUGHT

Friday 24 July 2009

Amsyar : First walk



On 17 Julai 2009, Amsyar started using his leg to walk.. rather than crawling.... Alhmadulillah.. . Lepas ni.. nak kena beli kasut n selipar untuk amsyar... seronok.. see him walk... abisla ibu-ayah, kurusla .. sebb keja anak...

Wednesday 15 July 2009

3P Programmes

First time ever, I am joining 3p Program as fasilitator... I was nervous on the day I facilitated students..but alhamdulillah, I managed to finish all the sessions..

This is one of the my session being conducted.. 'emosi dan tingkah laku'


These are my students

Sunday 12 July 2009

Wednesday 8 July 2009

UK 2009 : Part 6 (Final)

Day 7
Lama betul rentetan perjalanan kami di blog... insyaallah, entry kali ni yang terakhir untuk percutian kami kali ini...entry kali ini, kami bertolak dari Kota London ke Liverpool.. sebelum ke Liverpool, kami menuju ke Airport Heathrow untuk mengambil kereta Sewa, Hertz.. harga sewa boleh la.. kami booking secara online di internet.. sampai sana kami lebih kurang pukul 2.30 petang. Ding dong ding dong.. pukul 3 lebih kami bertolak ke Liverpool.. Kami kat sini guna GPRS (navigator) namanya tom2.. memang senang, sbb bagi direction yang betul.. tapi bila kami terlajak jalan, ataupun berhenti di RnR, tom2 di bercakap..pandai betul tom2 tu.. Di RnR, sungguh kondusif...rasa macam kat shopping complex...


Perjalanan kami mengambil masa 4 jam.. highway di UK, camera bersepah, dan kawan2 kata, kalau ada construction di highway kena jaga2 speed-trap, kat sini pun, jam dari selatan Birmingham ke utara Birmingham.. Dikatakan Birmingham is the second big city in UK.. no wonder la jam sepanjang jalan... Perjalanan kami di kelilingi tanah yang luas dengan bunga2 sekeliling berwarna warni n ada yang seluruh padang berwarna kuning.. cantik..

Kami sempat singgah factory oulet di Bicester .. tempatnya menarik.. tetapi harganya tidak menarik perhatian kami.. mahal2.. tapi kami lihat orang Malaysia bershopping..dahsyat... berbundut2 begnya.. memang diaorang kaya sebab Bicester ni tempat high end product..

Tiba di Liverpool, jam pukul 8 lebih di rumah kawan kami, belum masuk magrib lagi ketika itu, rumah di sini kebanyakkan dah moden.. structure di luar dan di dalam lain dari rumah di Reading, sheffield. Sampai2.. kami dihidang dengan Mee Bandung bermeekan spagetti.. sedap juga.. dah diversified makanan tersebut.. hari itu, kami rehat dirumah.. Cuaca di Liverpool sejuk sangat... di antara 8 - 10 darjah celcius.
.

Day 8
Hari ni, kawan kami membawa kami sekitar liverpool.. Liverpool terletak di Pantai Barat utara UK.. Bertentangan dengan Laut Antlantik... memang sejuk.. Kami dibawa ker Elbert dock( lupa nama sebenar).. tapi ia lebih kurang Pelabuhan di Liverpool.. Di sini terletak Memorial The Beatles.. kami tak masuk la kerana berbayar... cuma bergambar di depan je.. Lepas jalan2 di town.. Kami dibawal ken Anfield Road di mana terletaknya stadium Liverpool, sama seperti di Chelsea, Stadium ini terletak di celah2 kawasan perumahan.. dengar kata stadium ni akan berubah tempat.. tapi tak pasti...


Selesai je jalan2 di Liverpool, kami pulang ke rumah..lepas makan tghari... kami CeShire Oat (kalau tak silap)..Factory Outlet.. Kami pernah ke sini 2 tahun lepas.. barang2nya not bad...murah dari Bicester. Sempatlah kami beli2 untuk buahtangan untuk family... tapi untuk kawan2..tak sempat.. masa tak de n ber-budget..sori ye kekawan..Balik dari CeShire Oat.. kami pulang ke rumah, nak kemas2 untuk kami ke Heathrow Airport sebab nak balik Malaysia... sekejap je masa berlalu..huhuhuhu
.
Day 9
Hari ni hari terakhir kami di Bumi penjajah kita..flight kami malam.. tetapi perlu bertolak awal kerana kami nak singgah Reading.. nak pulangkan tom2 dan kereta di Heathrow..
Perjalanan kami, alhamdulliah, sampai ke Reading, lebih kurang pukul 4, rehat, solat lebih kurang 1/2 jam.. kami ke Hertz, pulangkan kereta...kami tersesat sekejap, kerana dah tak de tom2... berpandukan map jer... aduh.. nasib baik sampai, on time... Tiba di Airport... orang lain ramai dah Check in.. kami terlewat.. tapi sempat check in.. dan ready nak balik ke Malaysia..
Flight kami sepatutnya on time, tetapi disebabkan ada penumpang yang physco.. di menjerit2 dalam flight... dia kata, I dont wanna die... banyak kali pulak tu, sampai polis airport pun campur tangan... flight delay 1/2 jam..aduh...Lepas take off... perjalanan kami smooth dan sampai Malaysia malam.. dan my sister jemput kami di Airport..
.
.
Percutian kami kali ni, memang mencabar.. dengan membawa 2 infants bersama.. tapi kami bersyukur kami tak terkena H1N1, cuma perubahan cuaca.. kami selsema sikit.. sebelum tu, kami pergi hospital.. tapi doktor tidak berkata apa2 tentang selsema kami..
Kami rindu untuk ke UK semula.. sebenarnya.. banyak tempat kami plan... tapi tak menjadi.. insyaallah, 2-3 tahun lagi... kami sampai lagi... UK, tunggu kami yea...

tapi kami dok pikir2 kami nak kemana tahun depan???????

The ends

Sunday 5 July 2009

Kenangan sekitar London

Sebelum kami meneruskan perlajanan kami ke Liverpool.. Kami sempat rakamkan beberapa gambar di sekitar London untuk kami memorikan..Semasa kami jalan2 di Kota London, kami terserempak dengan pelakon terkenal, Bruce willis, beliau tengah buat pengambaran filem rasanya.. tapi tak sempat nak ambil gambar..huhuhu.

Kat London ni, selalu sangat orang buat demonstrasi di depan bangunan Parlimen, masa 2 tahun lepas pun kami sempat tengok demo rakyat britain

Thursday 2 July 2009

UK 2009 - Part 5

Dah lama dah tak menulis rentetan perjalanan kami di UK.Maklumlah dengan kengkangan masa yang ada.. sibuk dengan exam, audit dan sebagainya... dah sampai ke mana yer???? perjalanan kami... oh ye... hari ke 5...
Day 5
Hari kelima, kami cadang untuk ronda2 sekitar London menaiki Big Bus, tiket masih valid lagi sebab 24 jam validity..kami mulakan perjalanan pun dah lewat.. lebih kurang 11 pagi sebab awal pagi breakfast di hotel.. Breakfast halal n simple... sosej, roti, hot bean.. tu jer... Lepas breakfast, kami tengok baju2 banyak nak kena basuh... so kami decided nak hantar self-service laundry.. Di London ni, self-service laundry banyak, so tak payah bawa baju banyak..cuci baju 2 pound untuk normal load selama 45 minutes...n sabun 30 pence n softerner 30 pence.. nasib baik masa kami gi di laundry, pekerjanya orang Malaysia..so,kos sabun n softerner free....laundry di sini juga ada dryer.. so, lepas basuh baju, boleh masuk dalam mesin dryer... 10 minutes untuk baju biasa dah kering.... memang bagus.. tak yah jemur.
Lebih kurang kul 11, kami menaiki big bus.. cuaca nampak ok... tapi bila naik tingkat atas bas, budak2 tak tahan sejuk.. kesia amsyar sampai kena ulser dalam mulut sebab terlalu kering..so, amsyar pun tak berapa sihat..mungkin terlalu sejuk n sakit tekak... lepas pusing2 selama 2 -3 jam..kami pun balik bilik...budak2 dah kepenatan.. sambung perjalanan pada esoknya..

Day 6
Hari ke -6 kami di kota London.. hari ni kami plan nak ke Fulham..nak ke stadium Chelsea... hari ni juga ada perlawanan separuh akhir piala eropah... chelsea vs barcelona.. konon2 kalau ada tiket murah.. nak masuk la... tapi tiket dah habis... dengar orang kat sini kata, kalau nak beli tiket EPL , kena masuk jadi member dulu, baru boleh beli..patutlah susah nak dapat tiket. jalan-jalan kat fulham.. dari stesen paddington ke stesen Fuhlam broadway.. mengambil masa dalam 30 minit.. stadium chelsea terletak betul2 sebelah kiri stesen..


Masa sampai, ada stesen TV barcelona buat rakaman.. mereka dah ready untuk live telecast match petang tu.. Kat Fulham juga. kami terjumpa pegawai polis yang masih menggunakan khidmat kuda untuk rodaan... rasa macam dalam tv jer. Lepas ke stadium Chelsea, kami berpatah balik ke London, untuk pergi ke kedai mainan yang terbesar di sini, hamlet...kat oxford street, liverpool street... mainan2 kat dalam tu... best2..kalau kami tinggal kat sana.. memang kami borong mainan mereka..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails