Day 7
Lama betul rentetan perjalanan kami di blog... insyaallah, entry kali ni yang terakhir untuk percutian kami kali ini...entry kali ini, kami bertolak dari Kota London ke Liverpool.. sebelum ke Liverpool, kami menuju ke Airport Heathrow untuk mengambil kereta Sewa, Hertz.. harga sewa boleh la.. kami booking secara online di internet.. sampai sana kami lebih kurang pukul 2.30 petang. Ding dong ding dong.. pukul 3 lebih kami bertolak ke Liverpool.. Kami kat sini guna GPRS (navigator) namanya tom2.. memang senang, sbb bagi direction yang betul.. tapi bila kami terlajak jalan, ataupun berhenti di RnR, tom2 di bercakap..pandai betul tom2 tu.. Di RnR, sungguh kondusif...rasa macam kat shopping complex...
Perjalanan kami mengambil masa 4 jam.. highway di UK, camera bersepah, dan kawan2 kata, kalau ada construction di highway kena jaga2 speed-trap, kat sini pun, jam dari selatan Birmingham ke utara Birmingham.. Dikatakan Birmingham is the second big city in UK.. no wonder la jam sepanjang jalan... Perjalanan kami di kelilingi tanah yang luas dengan bunga2 sekeliling berwarna warni n ada yang seluruh padang berwarna kuning.. cantik..
Kami sempat singgah factory oulet di Bicester .. tempatnya menarik.. tetapi harganya tidak menarik perhatian kami.. mahal2.. tapi kami lihat orang Malaysia bershopping..dahsyat... berbundut2 begnya.. memang diaorang kaya sebab Bicester ni tempat high end product..
Tiba di Liverpool, jam pukul 8 lebih di rumah kawan kami, belum masuk magrib lagi ketika itu, rumah di sini kebanyakkan dah moden.. structure di luar dan di dalam lain dari rumah di Reading, sheffield. Sampai2.. kami dihidang dengan Mee Bandung bermeekan spagetti.. sedap juga.. dah diversified makanan tersebut.. hari itu, kami rehat dirumah.. Cuaca di Liverpool sejuk sangat... di antara 8 - 10 darjah celcius.
.
Day 8
Hari ni, kawan kami membawa kami sekitar liverpool.. Liverpool terletak di Pantai Barat utara UK.. Bertentangan dengan Laut Antlantik... memang sejuk.. Kami dibawa ker Elbert dock( lupa nama sebenar).. tapi ia lebih kurang Pelabuhan di Liverpool.. Di sini terletak Memorial The Beatles.. kami tak masuk la kerana berbayar... cuma bergambar di depan je.. Lepas jalan2 di town.. Kami dibawal ken Anfield Road di mana terletaknya stadium Liverpool, sama seperti di Chelsea, Stadium ini terletak di celah2 kawasan perumahan.. dengar kata stadium ni akan berubah tempat.. tapi tak pasti...
Hari ni, kawan kami membawa kami sekitar liverpool.. Liverpool terletak di Pantai Barat utara UK.. Bertentangan dengan Laut Antlantik... memang sejuk.. Kami dibawa ker Elbert dock( lupa nama sebenar).. tapi ia lebih kurang Pelabuhan di Liverpool.. Di sini terletak Memorial The Beatles.. kami tak masuk la kerana berbayar... cuma bergambar di depan je.. Lepas jalan2 di town.. Kami dibawal ken Anfield Road di mana terletaknya stadium Liverpool, sama seperti di Chelsea, Stadium ini terletak di celah2 kawasan perumahan.. dengar kata stadium ni akan berubah tempat.. tapi tak pasti...
Selesai je jalan2 di Liverpool, kami pulang ke rumah..lepas makan tghari... kami CeShire Oat (kalau tak silap)..Factory Outlet.. Kami pernah ke sini 2 tahun lepas.. barang2nya not bad...murah dari Bicester. Sempatlah kami beli2 untuk buahtangan untuk family... tapi untuk kawan2..tak sempat.. masa tak de n ber-budget..sori ye kekawan..Balik dari CeShire Oat.. kami pulang ke rumah, nak kemas2 untuk kami ke Heathrow Airport sebab nak balik Malaysia... sekejap je masa berlalu..huhuhuhu
.
Day 9
Hari ni hari terakhir kami di Bumi penjajah kita..flight kami malam.. tetapi perlu bertolak awal kerana kami nak singgah Reading.. nak pulangkan tom2 dan kereta di Heathrow..
Perjalanan kami, alhamdulliah, sampai ke Reading, lebih kurang pukul 4, rehat, solat lebih kurang 1/2 jam.. kami ke Hertz, pulangkan kereta...kami tersesat sekejap, kerana dah tak de tom2... berpandukan map jer... aduh.. nasib baik sampai, on time... Tiba di Airport... orang lain ramai dah Check in.. kami terlewat.. tapi sempat check in.. dan ready nak balik ke Malaysia..
Flight kami sepatutnya on time, tetapi disebabkan ada penumpang yang physco.. di menjerit2 dalam flight... dia kata, I dont wanna die... banyak kali pulak tu, sampai polis airport pun campur tangan... flight delay 1/2 jam..aduh...Lepas take off... perjalanan kami smooth dan sampai Malaysia malam.. dan my sister jemput kami di Airport..
.
.
Percutian kami kali ni, memang mencabar.. dengan membawa 2 infants bersama.. tapi kami bersyukur kami tak terkena H1N1, cuma perubahan cuaca.. kami selsema sikit.. sebelum tu, kami pergi hospital.. tapi doktor tidak berkata apa2 tentang selsema kami..
Kami rindu untuk ke UK semula.. sebenarnya.. banyak tempat kami plan... tapi tak menjadi.. insyaallah, 2-3 tahun lagi... kami sampai lagi... UK, tunggu kami yea...
tapi kami dok pikir2 kami nak kemana tahun depan???????
The ends
No comments:
Post a Comment