Wednesday 21 January 2009

Tag.

Those who have tagged me.. I still owed to them...Lately, I am busy with my quality month in this office.. Yesterday, I did plant a trees..for environmental sake... so...in next 10 years, the trees that I 've planted will grow... n contribute to the greenery area....I 've suggestted to the top mgt, that area if we want them to be useful.. we should develop reflexiologi centre..so everybody can get rest , jog in that area... I dont know that suggestion will be approved...
.

Monday 12 January 2009

First day..

Today...
I am sending my kids to the babysitter....It kinds of worry..many thoughts across in my mind.....
Can they adopt this new environment..
Can they behave..
Is the babysitter treat them well?..
Or...
Is my wife starting cry upon sending them...
emmmphh.. can't really see her tears drop..
Late afternoon, I fetched them.. I asked the kakak.. How were Areena and Amsyar doing? Emmpph.. Areena, as usual, has her own ideas and actively climbing and do something that she likes.. She was trying to be a leader..One time, she turned the TV off as her friends( another kids that kakak babysits as well) sleep...but.. Areena didnt... Emmmphh.. ( I think Areena bored, all this while.. she watches barney.like everyday..but today..no barney maa.) of course she bored... Areena... Let me pesan to you... We cant get what we posses now at another set of environment.. So you have to be grateful what you earn, nak

Amsyar...emmpph, he is, like always, rolling again n again(wonder.. when will he start crawling..huhuhu)...But the kakak could not hold Amsyar for a quite long... to berat for her...hehehe..Kakak..sorry for that feeling...

During back home, I was thinking... one day my kids will leave me and they have to face their own life, one day, they will get marry, set up their own new family..so, I think this is the first step for me to adapt this kind of situation.. The word can decribe.. sacrifice ..it's symbol of love and courage..

Saturday 10 January 2009

Quality Time

Do I have Quality Time?.... It is difficult to answer such question. I, personally, do not know whether I have quality time.. It's very subjective matter to discuss.. But.. need my quality time in any manner... for me, for my family... and the rest of my life...huhuhuhu..

Ketua Unit Kualiti...Part 3

Last week, staf aku dapat panggilan dari Bekas Ketua Unit Kualiti(BKUK)...dia bertanyakan pasal segala payment yang pernah dapat selama ini supaya dia nak counter check kot..Staf aku ni memang baik dengan BKUK ni, so staf aku ni tanya la kat dia kenapa dia berhenti tiba2.. so dia cerita kan la kenape, at least kitaorang dengar dari mulut dia sendiri.. Dia beritahu dia kecewa dengan orang sekeliling.. sebab publisiti luar lebih menonjol dari publisiti tempat sendiri.. so dia nak betulkan la keadaan, dia tak nak la program tenggelam dengan publisiti lain.. bagi aku..betul juga tindakannya... tapi disebabkan adalah beberapa orang yang cakap sumting dengan big boss dan nasihat dia kepada big boss tak diambil peduli.. tu yang dia kecewa... lagi pun juga la beberapa perkara pasal dia, orang bercakap yang tak baik tentang dia.. dia betulkanlah statement tu(aku rasa tak perlu la aku elobrate details..).. tapi kesian dengan dia..
.
Aku rasa BKUK ni bagus sbb dia ni banyak ilmu.. dia pun tak lokek nak bagi.. cuma satu perkara je ramai yang tak suka sikap miliatary dia tu.... bayangkan kerja dalam kem askar.. itu jer..
menurut dia, dia dah bukak syarikat sendiri dah..so lagi lumayan returns yang dia dapat dari bekerja di sini. dia di sini cuma nak menolong.. bukan along..hehehehe
.
Anyway...aku doakan selamat maju jaya kepada BKUK.. doa selamat sejahtera dan dimurahkan rezeki... amin...
.
morale : jangan dengar hanya di sebelah pihak... cuba dengar dua2 pihak.. dan kita boleh menilainya dengan baik.. sebagai ketua.. kita jangan cepat melatah dengan orang.. tapi kena digest apa yang betul atau salah.. supaya tindakan akan menjadi lebih rasional...dan anak buah akan respect kita...(aku juga beringat kepada aku juga)

Gunting Rambut..

Semalam aku gi kedai gunting rambut depan umah aku tu... kawasan rumah kedai banyak tetapi belum ramai yang buka kedai(kosong).. so adalah satu kedai gunting rambut yang terang benderang buka.. disebabkan rambut aku panjang dan tebal... tak tahan pulak rasa..terpaksa potong...
.
aku masuk kedai tu.. barber ni tgh gunting rambut seorang chinese ni.. cheh...speaking london si barber ni... aku tak la amik pot untuk dengar apa yang diperkatakan.. aku layan newspaper... bila time aku gunting.. aku cakap melayu.. fasih jugak....so aku tanya la dia orang mana... dia bagitau dia india utara.. berhijrah ke sini.. dia kata, kalau orang cina gunting, dia cakap english atau cina, kata india, dia cakap tamil, kalau melayu, dia cakap melayu, dia pun pandai cakap hindi.....wah dalam hati aku..pandai pulak orang ni... tapi dia cakap melayu tak berapa paham sbb macam berdenggung.. dia cakap... aku mengiya kan jer... malas nak balas membalas... tapi aku pelik.. macam ner dia boleh buka kedai? samaada dia digajikan atau memang kedai dia sendiri.. itu aku tak tanya...
.
tapi sebenarnya yang best gunting kedai dia,... macam gunting rambut di kedai kat india sana tu... style dia gunting...lepas gunting..urut kepala, leher aku dipatah2 bagi meletup2.. bahu aku diurutnya... best gila gi gunting rambut kat situ...
.
Lepas habis gunting rambut..time nak bayar la.. aku aspect mahal la, kot belasan ringgit.. aku bawak duit skit... risau pulak aku...
aku tanya dia... "berapa"..
dia jawab "5",
aku tak puas hati hati,
aku tanya lagi... " berapa"...
dia jerit... "5 ringgit"...
terus..aku bagi 5 ringgit...
dalam hati aku, murah la sebab tak ramai yang gunting..nanti kalau dah ramai gi gunting kedai tu, mesti mahal la..
Seronok gunting rambut kat sini murah... kalau kat shah alam.. tu dah lebih 10 ringgit...
.
p/s : bila teringat kes ini..tanya berapa kali... aku teringat masa aku gi UK, aku pun buat tanya macam ni, sebb tak percaya yang harganya.. bayangkan.. beg tangan 'clark'.. hanya 3 pounds jer.. kalau kat Malaysia, dah tentu beratus2 hinggit.

Thursday 8 January 2009

3.48

Empphh.. aduihh.. aku tak boleh tido la, lepas bagi amsyar susu, pukul 2.30 pagi, mata aku terkebil2 tengok ceiling..apsal pulak ni tak boleh tido... aku dok ingat kisah pagi tadi aku mempertahankan hak aku..sampai sekarang tak boleh tido...kisahnya pagi semalam.. ada perjumpaan staf2 A dan B,
.
so aku pegi la walhal aku tak tahu pun ada perjumpaan.. tak kisah la tu.. perjumpaan ni bertujuan untuk menyelaras ISO (pensijilan semula)... Aku sebenarnya tak paham,,,bahagian aku dah di ISOkan oleh HQ, tapi orang kat sini dok sibuk perli dan tak puas hati kat bahagian kami... nak jugak suruh involve... aku tak kisah sangat... tapi apa yang aku pelik... diaorang jawatan tinggi2 tapi tak pakai OTAK untuk bekerja. tak boleh berpikir secara rasionalnya..... kerja dua kali... entahla.
.
Berbalik kisah aku... si pegawai ni kata aku tak nak involve aktiviti lain, dia kata kena involve selain keje hakiki... Sebenar kesnya... masa diaorang nak lantik aku sebagai ketua sambutan sewaktu aku dan department aku sibuk nak buat closing... banyak benda nak kena buat... tapi diaorang tak paham.. aku masa tu tolak la... lagi pun aku dah involve baru2 ni..so kenapa pulak kata aku tak involve..
.
tadi masa perjumpaan, dok perli2 aku... aku balas balik, depan orang ramai... aku cakap " Saya tak kisah untuk buat keje2 macam ni... tapi aku ada group..buat la rotation untuk lead AJK, ni tidak... apa yang diaorang buat... kalau orang tu... orang tu je yang buat kerja..."
.
Pegawai ni balas la, aku asyik buat kerja hakiki... Aku jawab balik.....Kerja hakiki aku, kewangan untuk pengurusan... bukan kewangan program anjuran.... Habis...saya pun involve hal kewangan program.. benda tu sapa nak buat... kalau macam tu, suruh dia dan orang dia (pentadbiran) jadi AJK Kewangan.... korang luluskan baucer yang selalu nak cepat... dah terberak... baru nak gali lubang tu... baru tahu... benggang betul kerja kata sini... betul la orang kata... typical malay...(dengki, batu api, iri hati...semuanya ada..complete)...
.
Lupa plak... ada satu perkara si pegawai ni kata... Group A dan B adalah orang penting...dia bagi contoh pasal aku... dia kata kalau aku tak de, bos aku tak de tangan kanan.... ..bagi aku itu tak dinafikan la.... semua staff sama penting... tapi sesuatu syarikat/organisasi tak kan runtuh kalau kita tak de sebab orang lain secara automatik akan amik alih.. buatnya kita mati.. tak kan nak tanya kat kubur.....wei...pegawai tu... pegi belajar balik la.... going concern concept..
.
alamak... jam dah pukul 4.20pagi... esok nak kerja.. kena kuar awal.. nak hantar budak2 ni umah babysitter.. aduih....

Wednesday 7 January 2009

Esok...

Esok bermula la aku hantar anak2 aku di rumah babysitter untuk tempohh...emmmphhh 7 hari... aku pun tak tahu macamner reaksi areena dan amsyar... areena mesti tak selesa sbb tiap2 hari tengok barney... esok... no more barney dear.... ikut saja cakap aunty tu...
be continued.....

Monday 5 January 2009

Mr. Cinderella a.k.a Male maid

ntah apa2 jer entry aku kali ni.... 2 minggu ini maid aku balik kampung jawa tengah, indonesia.. so aku n wife terpaksa cari substitute untuk jaga Areena dan Amsyar.. Alhamdulillah la dapat la ada sorang suri rumah. tapi hari ini kebetulan, hari pertama sekolah, kakak yang nak jaga anak2 aku tu hantar anak dia sekolah asrama.. emmmph.. wife aku pulak tak boleh cuti sebab dia ada course..jadi aku la terpaksa cuti... aku tak kisah lah.. tapi pengalaman nak jaga 2 anak yang tengah lasak. anak2 aku ni, macam kembar, kalau sorang yak2, sorang lagi yak2 juga... hari ni 2 3 kali yak2.. penat nak membasuh... huhuhu.. Areena tak banyak karenah kalau dia tengok barney.. so pagi sampai ke petang, aku pasang barney sampai dia tertido.. adik dia, ok kalau aku pangkukan... dia lena... petang pulak gi lawat umah kakak yang nak jaga tu.. areena macam dah kenal, panjat sana panjat sini.. macam ner la kakak tu nak jaga..aduhhh.. sorry ye kak, anak kitaorang tengah lasak... sekarang ni kami membilang hari, bila la maid nak balik..penat..hehehehee

Thursday 1 January 2009

Recap 2008 dan azam tahun baru

Hari ini dunia melangkau usia tuanya 2009 tahun masihi...tua dah bumi ni tapi, manusia semakin alpha tentang menjaga bumi ini sebaik mungkin... bagi orang islam, 2 hari lepas, umat islam menyambut tahun baru 1430 hijrah.. bila terpikir, adakah aku bersedia untuk menempuh hari2 yang mendatang... emmppph.. aku redha menerima qada n qadar walaupun nanti aku akan mengeluh tentang sesuatu kejadian...apa aku dah mengarut dah.... entry ini cuma aku nak recap apa yang berlaku tentang kehidupan aku ...
Januari 2008..
Aku dan wife gi melancung luar negara... Australia... Waktu tu musim panas, compare dengan UK waktu ni, sana musim sejuk.. Masa pegi Australia memang best, masa tu, bawa Areena naik flight... dia tak tahan sebab telinga dia sakit...
Februari 2008
Aku menghadiri BTN di Mega Kristal Camp di Kuala Selangor.. Sempat juga naik bukit Melawati.. It was my first time been there.. Ok la tempat tu..tempat bersejarah.
March 2008
Aku n wife bawa Areena gi Pesta Buku... Aku nak ajar anak2 aku kenal buku dalam usia muda..supaya dia tak kekok nanti..Sekarang, alhamdulillah dia dah pandai skit2 baca dengan gambar dan tulis. Aku ajar anak2 aku dengan tengok Barney.. at least dia belajar dengan cara melihat dan immitate apa yang barney buat.. Bulan ni juga aku dan wife tukar kereta baru honda Civic 2.0.. memang idaman aku n wife selama ini, alhamdulillah, Allah beri rezeki
April 2008
Alhamdulillah, aku dan mak aku dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, Aku dapat melihat sendiri Kaabah tersergam indah di Masjidil Haram... terasa diri ini kerdil di tengah2 lautan manusia.. Insyaallah aku akan menjejak kaki ni di sana.. kali ni... lakukan ibadah haji pulak.
Mei 2008
Kali pertama aku dimasukkan ke hospital dan lakukan operation hidung kerana sinus dan gumpulan nanah di pipi.. pertama kali juga aku masuk ke OT.. rasa seram sejuk dalam OT tu... aku tak nak masuk lagi...hhuhuhuhu
Jun 2008
Aku dapat bertukar tempat kerja di Perak..dan anak kedua aku lahir... Firas Amsyar, aku berikan namanya supaya dia menjadi anak yang cerdik dan cergas... Bulan ni juga anniversary aku dan besday Areena. Senang nanti sambut sekali
July 2008 - Ogos 2008
Tak de apa2 berlaku, tapi culture shock di tempat keje baru.. macam keje kat military.. tension betul
September 2008
Bulan ni aku macam nak pitam... kalau tengok citer kartun tu, nampak burung n bintang2 berterbangan.. first time kena mcm ni... tak tahu kenapa.. orang kata darah rendah.. tapi tak check pun.
Oktober 2008
Bulan raya... aktiviti raya la... first time raya di Tronoh.. bersalaman dan bergambar.. bulan ni aku dah start menambah entry dalam blog.. rasa kepuasan bila menulis apa yang aku rasa.
November 2008
Bulan ni, aku dilahirkan.. terasa tua huhu... besday kali ni, dapat jam tangan, drill, flip flap.. Satu lagi yg aku belum decide bercuti di luar negara... dok buat perkiraan lagi...huhuhuhu. Bulan ni mak aku masuk hospital, operate mata disebabkan katarak..Alhamdullillah, she is getting better.
December 2008
Bulan-bulan terakhir ni, sibuk nak buat closing account.. bulan ni juga aku start business caramel... alhamdulillah, ada permintaan... dan aku telah diversified caramel aku, ada yang lapis, coklat, strawberry, dan beberapa perisa lain... meh sini order dengan aku..
untuk tahun 2009 /1430 hijrah
Aku berdoa supaya aku dan seluruh keluarga ku beroleh rahmat dari Nya, dimurahkan rezeki (kewangan dan kesihatan). dapat menempuh segala cabaran demi membentuk keluarga aku sendiri.. untuk isteri,Kartini... I love u so much... you bring me a joy and happiness.. For my lovely kids,.. Areena and Amsyar....I love you too...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails