Tuesday, 28 October 2008

Haji 1429

Bulan syawal semakin hampir di penghujung bulan, bulan depan, insyaallah, ramai jemaah haji akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan rukun islam itu.. Aku terasa sebak jer bila terkenangkan Mekah dan Madinah.. rasa tak puas untuk pergi ke sana walaupun aku pergi sekadar menunaikan umrah, tapi aku rindu dengan keadaannya di sana... bayangkan Mekah dan Madinah adalah tanah haram, semua kawasan adalah bersih dari sebarang kotoran... Apabila masuk waktu, berduyun2 umat Muhammad keluar dan menuju ke masjid.. kalau la kat Malaysia seperti di sana, memang seronok nak beribadah... Aku juga mengingatkan diri aku supaya tidak lalai... kekadang itu,,ada juga yang lalai... emmmpphh.. mengeluh juga... aku rasa banyak dosa yang aku lakukan.. Semoga Allah menerima taubat hambaNya ini..Amin... Bagi sesiapa yang bakal ke Tanah suci... bolehlah layari web rakan saya untuk mengetahui tips haji... dari sudut emosi atau pun keperluan semasa berada di sana... http://ridzwan-bakar.blogspot.com/ selamat melayar.... Bagi sesiapa yang telah dijemput ke Makkah, saya doakan semoga selamat pergi, selamat mengerjakan ibadah, dan selamat pulang ke tanah air.. Kirimkan salam saya kepada Nabi junjungan kita...Nabi Muhammad S.A.W...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails