Monday 1 October 2012

Penat

Dah lama aku tak masuk dan update entry ni. Sejak aku pindah kerja tempat baru ini, dari pukul 8 hingga 5 aku sibuk, kekadang tak sempat nak lunch, asyik dok kena kacau dengan bos dan yang lain2 benda. Bayangkan semua keje yang melibatkan sistem nak kena melalui aku jugak, bos pulak tidak mahu nak lulus apa-apa dalam sistem. Kalau aku tak de satu hari, dah tinggi menggunung dokumen nak aku luluskan. Nasib baik sign cheque aku dah tolak awal2 sbb keje aku dah melambak sekarang. Nak compare kat tempat lama, dulu aku head of department, boleh la aku control dan manage my routine tapi kat sini aku ada ketua, so kena la ikut cakap bos. Bak kata pepatah..."Hujan Emas di negeri orang, Hujan batu negeri sendiri" tapi bila balik rumah, tengok anak-isteri, sejuk jer, penat pun hilang. Itu je la kekuatan aku untuk bekerja di tempat orang ini.

Perkembangan anak-anak aku.....
Areena
Dah susut skit berat badan dia, mungkin dia lasak sekarang, memanjat je keje dia, aktif budak tu. penat juga nak jaga dia. kena marah dengan aku, dia menangis, kesian tengok dia. Then pegi minta ibu pujukkan... Sekarang ni, aku and wife kena tido awal. padam semua lampu supaya Areena boleh tido, tapi gelap-gelap pun dia boleh jalan.. Areena ini sayang sangat pada adiknya, asyik2 kiss adik dia. Ada satu hari tu, my wife tengah berkemas dalam bilik, Areena biasala mengacau ibu dia, bila amsyar nangis, ibu dia minta Areena tengokkan Amsyar, dia terkedek2 menuju ke Amsyar, dan duduk kat kepala Amsyar, buai rocking bed suruh adik dia tido.. Cute betul. macam tak percaya budak setahun lebih nak jaga adik.

Budak nakal ni, geledah apa tu?
Give me a big hug
Sayang adik...mmmuah

Amsyar
Adik ni, in contrast dengan kakak dia, badan dah semakin chubby.. just imagine setiap 2 jam, nak minta minum susu... Emmph... biar chubby sekarang jangan dah besar udah ler. Bulan lepas, 26 Julai 2008, alhamdulillah, dapat adakan kenduri kesyukuran dan marhaban untuk Amsyar, cuma Aqiqah saje yang belum. Insyaallah kalau ada rezeki nak Aqiqah masa raya Aidiladha nanti.

Gambar Hitam putih - diambil masa kenduri kesyukuran


He looks like Elvis Presly...hehehe. Si botak.. baru cukur lepas marhaban


Suapan manisan ke dalam mulut Amsyar oleh ustaz. Mudah-mudahan Amsyar menjadi orang yang anak yang soleh dan beriman

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails