Thursday 27 February 2014

Kembali..

Dah seminggu lebih, blog ini tak terusik... emmmppp...hari ni baru dapat buat write up skit (cehhh). sebenarnya dah 2 minggu lebih bz jer,,, soalan audit query tak habis2, audit dalam pulak datang untuk audit harta, dia kata hingga selesai.. aku pun tak tahu bila nak selesai... tahun depan pun boleh selesai kot..tak habis audit dalam , audit autonomi plak nak datang, kena bagi input... aduhhhh...sakit keje macamni,,, itu semua nak capai KPI diorang, nanti KPI aku tak capai... kena buat tunjuk sebab.. tu la, bosan.. environment macam ni... baik jadi operator jer,,, paling sibuk...angkat telefon, then balik tak pikir soal keje,, tapi sebenarnya itu la pengalaman yang tidak boleh beli dengan wang... boleh lah citer kat anak cucu... atuknya keje teruk...( cewah...anak baru umur 7 thn, verangan ada cucu...hehehe)

Friday 14 February 2014

Repair..

First week of school day, my car was kissed by someone who admires mine..LoL.... Yesterday, I managed to send my car to workshop.My bumper was broken.. the person who hit my bumper is my father of my daughter's classmate..luckily, He paid the damaged of my broken bumper... Thank you...

Wednesday 12 February 2014

Semangat...

Semangat untuk bekerja dah kurang skit...mungkin beban kerja atau mungkin aku dah tua.. dok mengira lagi 12 tahun nak pencen awal....silap2 haribulan, lepas dua tahun ni, aku pikir nak pencen pilihan sebab kerja pun dah lebih 10thn dan umur pun dah boleh melepasi umur pencen pilihan.
,,, tak pe lah kalau dapat pencen bulanan umur 60 thn,.. tapi kena cari kerja lain atau buat business yang ada free time...macam freelance.. tp aku kenal diri aku ni...emmmphhh tak boleh pakai punya..hangat2 taik ayam, tapi tak buat pun...hehehehehe

Tuesday 11 February 2014

Kan....

Kan.. dah retak... itulah jangan dok aniaya orang dan bersikap sombong. Allah maha mengetahui dan Allah yang menentukan Qada' dan Qadar' manusia.. Manusia pulak banyak terikut dengan sifat iblis yang selalu ingin memesongkan kita.. Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara.. Kalau kita pegang prinsip itu dan ingatkan Allah selalu, insyaallah, hidup kita berkat. 
'Kita makan makanan halal untuk menghabiskan masa untuk Ibadah.. Ibadah bukan sahaja solat, perkara sunat sahaja, tetapi kerja kita, perbuatan kita adalah ibadah, Apa ibadah yang kita buat adalah untuk mendapat keberkatan hidup dan untuk dicintai oleh Allah.
Ingatan ini juga untuk aku, kekadang aku lalai dalam pikul tanggungjawab aku sebagai manusia dan hamba Allah.

Monday 10 February 2014

Tangan yang mengoncang...

Entri aku kali ini bukan lah nak menidakkan kemampuan kaum wanita / ibu untuk menjadi ketua. Wanita ini lebih beremosi bila dia buat keputusan, cepat melatah, suka cepat mengadu. kekadang apa yang dicakap tidak diperasan telah membongkar rahsia/peribadinya .. sepatutnya dalam sebarang keadaan wanita perlu bersikap terbuka dan berfikiran secara rasional. Aku lebih selesa bekerja dengan ketua lelaki ( untuk menerajui syarikat dan organisasi yang besar) dan aku lebih suka kalau wanita menjadi ketua dalam kumpulan yang kecil. di situ sifat keibuan tersebut dapat di applikasi. Wallahuallam.


Friday 7 February 2014

Salam Jumaat

Salam Jumat, hari ini dengar motivasi pagi di IKIM. isi yang cukup baik untuk rujukan kita. Apa yang disimpulkan '
'MAKAN UNTUK HIDUP, HIDUP UNTUK IBADAH, IBADAH UNTUK DICINTAI OLEH ALLAH S.W.T.

Simple dan penuh pengertian, dan kita kena fikirkan, apa tujuan kita hidup. 
Firman Allah, 'Tidak Aku jadikan Jin dan manusia melainkan beribadah kepadaKu. 

Semua perbuatan kita di dunia ini adalah semata-mata kerana Allah, Tuhan yang menciptakan seluruh alam, baik dari cel( zarah yang kita tidak nampak) sehingga ke cakerawala. In order untuk kita hidup, kita perlu makan, makan dengan makan yang halal dan berkat.. Insyaallah ibadah kita akan diredhai oleh Allah dan Allah akan mencintai kita. Insha Allah.

Tuesday 4 February 2014

Nyaman...

Hari ini cuaca yang baik.. suhu pagi ni 20 darjah celsius.. terasa seperti di Cameron Highlands... Cuaca sekarang kat sini sejuk waktu pagi, aku pun tidak sekarang, on air cond sekejap then tutup...sejuk sampai ke pagi.. Alhamdulillah, mungkin Allah nak tolong hamba dia supaya kurangkan penggunaan elektrik.

Tengahari pula, lately ni, boleh dikatakan suhu sekira 29-32 darjah.. tak begitu panas.. berangin jer..

Monday 3 February 2014

New Week Of February

The time flies very fast. January 2014 has said Goodbye to us. But for me... I have not changed yet. Working environment still the same.. I am trying to get a new job.. might be in somewhere in middle east.. Hope I can get a position there.  Actually, I could not stand with hypocrite kind of people especially who leads us. They seem don't understand people down them who play every important role. Without us, they can't be somebody, can't get better grade of appraisal. BUT who are we? Are we slave or team? Where does the human touch in them.. Are they give us right welfare.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails