Thursday, 18 June 2009

UK 2009 - Part 4

ishk2, banyaknya entry trip ke UK kali ni..untuk pembaca dan untuk kami juga sebagai memori perjalanan semasa ke sana.. Entah bila lagi berpeluang melancong ke sana lagi...
Day 4

Masa dalam train dari Reading to London..

Pada hari ni, kebetulan UK cuti umum, Bank Holiday, mereka tidak sambut Labor day tetapi menyambut Bank Holiday pada 4th of May. Kalau nak bershopping, masa bank holiday la, banyak barang2 yang murah.. Bank Holiday seperti Boxing day selepas krismas..So, banyak la boleh shopping...hari ke 4 ni juga kami bertolak dari Reading ke London menaiki train menuju ke Paddington Station.

Semasa sampai di Paddington Station

Paddington Station ni seperti KL central... tube n train station dalam satu kawasan. Perjalanan kami kira-kira 1 jam. Sampai ke London, kami terus menuju ke Sussex Garden untuk check in Hotel - Royal Chambridge Hotel..Hotel ini adalah hotel milik rakyat Malaysia..Dato' Khalid ( bukan Dato' K yea). Beliau juga ada hotel di Johor dan beberapa tempat di Malaysia. Bilik Hotel ni luas compare dengan Berjaya Eden, London..masa kami sampai di sini 2 tahun lepas.

Semasa sampai di Hotel

Sussex Garden juga tidak jauh dari Paddington Station, lebih kurang 5 minit. Di Sussex garden ni ada sejarah kami 2 tahun lepas. Dua tahun lepas, bila kami sampai di sini, masa musim sejuk.. so malam panjang.. lebih pukul 5 dah gelap..masa tu kami lapar, dan nak pergi la ke Mara house.. tapi tutup.. kami pun tak tahu nak beli makanan apa.. cari punya cari, terjumpa satu restoran paki, so kami masuk.. tengok menu... semua menu al -carte n mahal2.. so kami cakap dengan pelayan tu kami nak makan goreng2 jer.. dia cakap boleh, kami goreng.( walaupun tak de dalam menu).. rupanya diaorang goreng nasi biriani..goreng macam tu jer.. so pelayan tu tengok kami nak makan murah... dia belanja kuah dalca n sayur..on house... malu pun ada.. tapi tak pe la, kami pun kat tempat orang...belasah jer.

Kali ni, kami tengok restoran tu, masih tak berubah, tapi kami segan nak masuk sebab terkenang kisah dulu.

Berbalik kisah sekarang la kan..

Plan asal kami sepatutnya menyewa kereta di London.. tetapi disebabkan London mengenakan congestion charge sebanyak 8 pound untuk setiap kereta yang masuk pada waktu bekerja. so kami postpond sewa kereta dan akan mengambilnya semasa kami akan bertolak ke Liverpool nanti..

Petang di London, kami sempat ke Talfagar Square menaiki Big Bus Tour.. Ticket Big Bus valid 24 jam dan bernilai 25 pound seorang... berbaloi sebenarnya naik Big Bus nie...Boleh tengok permandangan.. Kami naik last bus dan sampai di Talfagar Square, hari nak hujan... kami takut budak2 tak tahan sejuk.. dari Talfagar square, kami balik menaiki tube sampai ke Paddington.. Malam kami stayed dalam bilik jer... sejuk... Di London, kami terlupa bawa susu areena, so kami terpaksa belikan dia ribena dan jus..susu...kena pakai susu cap gantung je...tapi kesian n menyesal pun ada sebab tak check last packaging ke UK. Makan kat London tak begitu susah... banyak restoran Malaysia di sini as well as restoran paki.. Mc D pun ada... tapi boleh beli Fillet of fish jer.

Areena suka tgk merpati...tapi sekarang dah tak banyak.. n banyak monumen under construction.. so permandangan tidak cantik sangat

So. next entry, jalan-jalan di fulham... Stadium Chelsea..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails