Tuesday 28 January 2014

Rupanya

Rupanya bila aku flashback balik,luahan hati aku di entry  http://mhairi-r.blogspot.hk/2014/01/luahan-hati.html adalah kesinambungan entri aku pada 2009..http://mhairi-r.blogspot.com/2009/01/348-pagi.html

memang org yang sama, dengki mendengki... semalam dia cakap dengan aku walaupun aku tak de hati nak bercakap dengan dia...

Dia kata kalau orang nak pencen,walaupun cuti banyak...kita tak boleh cuti..sebab tak kan nak biarkan orang lain nak buat kerja kita dan kita dapat gaji... ( aku berpendapat betul) Tapi.... hal kebajikan, dia kena pikirkan.. aku nak tengok dia nak pencen.. dia amik cuti tak...kalau dia amik cuti walaupun dia ada kerja banyak... so ludah dia, dia jilatlah balik... so.. akhirat lah dia jawab..


Rindu...

Walaupun baru beberapa hari emak berada di Mekah.. Rindu dengar suara beliau... Setiap petang, rutin aku menelefon emak.. semalam seolah2 ada benda yang aku tak buat.
Aku doakan emak dan along sekeluarga dimudahkan urusan mengerjakan umrah dan selamat pulang ke Malaysia...

Terasa aku ingin mengerjakan umrah, last sekali,,,tahun 2008.. dah lima tahun..mungkin banyak perubahan di sana..Insyaallah, sekiranya Allah izinkan aku ke sana, aku ingin betulkan perkara-perkara yang rasa macam tidak sempurna semasa tahun 2008

Monday 27 January 2014

Umrah

Alhamdulillah, ibu ku dapat mengerjakan umrah tahun ni bersama kakak sulung ku dan keluarga.
Semoga segala urusan mengerjakan umrah ini dipermudahkan..Amin

Wednesday 22 January 2014

Bosan nak kerja

Kalau lah aku ada duit berjuta-juta dalam akaun... mau aku berhenti dan duduk kat masjid.

Sebenarnya aku  bosan kerja sebab kebanyakan pekerja yang gila kuasa dan untuk mendapatkan sesuatu atau mempertahankan diri untuk duduk ditempat yang selesa.jadi orang bawah yang jadi mangsa. aku bosan.
Ini semua dunia politik punya pasal.. lantik orang  yang bukan2.

Monday 20 January 2014

New Look


These are my kids... Areena has started primary school and Amsyar at Montessori School. May Allah bless two of them.. Areena is starting with new look of wearing Hijab..She wanted to without any coersion..
Hope she comfort with this hijab.

Friday 17 January 2014

merajuk

Apa yang aku boleh simpulkan dengan event semalam... sebagai ketua..tidak patut menunjukkan sikap merajuk di khalayak ramai...kena professional..ndak tak nak..you are public figure in your organization..be professional rather than sulking of nowhere.. people will disrespect you.. if there is not right with that event..you could tell the organizer itself.

Monday 13 January 2014

Luahan Hati

Sejak minggu lepas, aku tak berapa ada perasaan nak bekerja di sini, bukan kerana kerja tapi kerana perangai seorang ketua di dalam pentadbiran. Aku rasa terkilan kerana prestasi aku turun semata-mata aku menolak menjadi AJK di bawah skop keje dia. Aku sebenarnya bukan menolak, tetapi pada masa itu, aku ingat tiada orang yang menjadi AJK kewangan, so aku buatlah surat kepada dia secara baik. tetapi pemohonan aku tidak diluluskan dan aku menerimanya dan membuat kerja yang sepatutnya. aku ingat hal ini seperti selesai kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan aku menerima AJK tersebut utk seterusnya.

Minggu lepas, bila appraisal, ketua tersebut menghentam aku seolah2 aku tak buat kerja, meninggalkan kerja dan sebagainya. aku pulak tidak dipanggil untuk membela diri. Aku rasa aku telah dianiaya kerana kerja yang aku tolak bukan kerja hakiki aku tetapi hakiki dia walaupun tiada complain terhadap kerja yg aku buat.

Cuma aku tak paham,...appraisal dia tidak pulak ditimbulkan semasa meeting tu.. seolah2 kerja2 dia begitu perfect. kalau aku berada di tempat meeting tu. aku boleh buktikan di mana dia tidak layak menjadi ketua dan boleh dikenakan tatatertib, kerana kebanyakan kerja dia tidak berintegriti, membeli barang tanpa mengikut peraturan,( barang dah sampai tetapi proses kemuadian) dan surat  justifiasi yang aku hantar tersebut, dia suruh aku musnahkan semata-mata untuk menyelamatkan diri dia. manakala staf yang dia suruh tu terpaksa membayar sendiri barang yang diterima. dia lepas tangan.

Jangan risau, surat itu masih berada di dalam genggaman aku.dan aku boleh heret dia ke tatatertib.

Aku tahu, dia berkuasa masa sekarang tetapi ingatlah, tak selamanya dia akan berada di atas.

Di sini aku ingin meluahkan apa yang terbenak di dalam jiwa aku..kusut kalau aku pikirkan... kalau aku bersemuka dengan dia, pasti dia akan berdendam pada aku lagi. dan akan menjadi isu di dalam meeting dan aku rasa aku akan kalah. sebab aku tahu perangai dia.

Apa2 pun aku berdoa supaya Allah memberikan perlindungan kepada aku dan membuka petunjuk kepada dia kerana aku golongan yang teraniaya.AMIN.

Friday 10 January 2014

Kisah Semalam

Areena pergi sekolah macam biasa, aku hantar pagi dan balik sekolah naik van. Sekolah agama pun macam tu, van sekolah ambik dia di rumah babysitter dalam pukul 2.45 sbb kelas kul 3.00. balik sekolah, sampai umah babysitter pukul 6.00.

Semalam aku balik awal pukul 6.00 dah sampai rumah babysitter, Areena belum sampai, dia sampai rumah pukul 6.05 malam tu.

Keluar van, dia terus menangis macam kena pukul..

Areena     : (dalam menangis)...pakcik van ambil lambat.
Aku         :  kenapa ambil lambat, ayah tengok sampai pukul 6 juga.
Areena    :  Tak, tak, dia ambil lambat. Areena tunggu dia tak datang, areena nak jalan kaki
                  Areena tengok, semua ibubapa ambil anak kat sekolah.. tapi areena, ibu ayah tak ambil ... ( sambil menangis)

Dalam hati aku, kesian areena, dia masih tak paham lagi, lagi pun , kalau nak pandai , kena susah dulu baru
boleh berjaya...

Thursday 9 January 2014

This is my life

Daily routine.. 
Wake up at 6.00a.m,
 get ready to office
, and get out from home at 7.00a.m.
send Areena to School.
Reach office at 7.30a.m..
emmmph this is my life routine
but 
I am HAPPY

Wednesday 8 January 2014

Sesi Persekolahan 2014 Bermula

Seperti Ibubapa lain, sekarang sibuk dengan urusan anak-anak ke sekolah, bagi aku dah wife merupakan pengalaman baru menghantar anak ke sekolah.. Sekarang kalau nak pergi bercuti, kena tengok kalender sekolah. dulu boleh lah cuti kan budak2.. 


Sebelum sekolah bermula, Sekolah Areena mengadakan placement test, (ujian saringan) . Tujuan saringan ini untuk melihat anak - anak yang boleh membaca dan tidak. bukan nak merendahkan motivasi anak-anak, cuma mungkin ada kelas khas bagi anak-anak yang belum pandai membaca..
Alhamdulillah, Areena ditempatkan di kelas A, tetapi aku dah ingatkan Areena, ujian hari tu adalah ujian pertama, lebih banyak ujian yang akan datang dan juga lebih susah, so dia kena belajar dari sekarang.


Ini kedudukan Areena, tetapi kedudukan ini boleh berubah, yang penting Areena kena belajar bersungguh-sungguh

Areena duduk di tengah2, yang beg 'pink' tu... itu kelas PJ dia.

Amsyar pulak, masih continue kelas montessori. Sekarang dia dah jadi senior. Alhamdulillah, Amsyar dah pandai sesuaikan diri di sekolah, cuma harapan aku kepada Amsyar, lebih banyak membaca dari bermain.
Observation aku kepada Amsyar.. dia dah boleh membaca, cuma dia kena berusaha lagi.. tapi kalau bab-bab matematik, dia memang cekap. dari 4 tahun lagi boleh kira 1 - 100. sekarang ni, dah mula berjinak2 kira duit... siap kumpul duit sebab nak beli jam harga RM6.00

Tuesday 7 January 2014

Sambungan Entry semalam

April 2013

Bulan ini aku dapat keputusan interview..alhamdulillah, aku berjaya dinaikkan gred.. macam tak percaya..sepatutnya gred aku ni di Shah Alam..tetapi..bos besar letakkan aku juga kat sini... tak
pe la ada hikmah disebaliknya...

Oh yea..lupa nak bagi tahu..umah baru kami dah dapat kunci.. tahun 2013 tahun renovation...tapi hampeh..sampai tahun 2014 ini pun masih 99% siap... aku dah minta invoise kat kontraktor..tapi dia belum bagi lagi...nak kira LAD la tu...lambat kena denda...hahahaha.

Mei 2013

Bulan Mei 2013 ni tak de apa2 yang berlaku kat aku,.cuma kat Malaysia jer..Pilihanraya ke 13 (PRU 13)
kali ni memang sengit jugat persaingan...semua parti ada kebaikan dan keburukan... bak kata orang
kampung... the best man wins.. so Federal-- orang BN ler...cuma tak dapat majoriti 2/3, yang state,, ada BN dan ada PR... lantok la dema... yang kaye dema2 gak.. sebab elaun banyak...kita ni kena laah bekerja
keras... dah dah stop bab politik... i am not politician...

Jun 2013

Bulan jun ni bulan istimewa.. Hari perkahwinan aku ( 10/6) , Birthday Areena (06/06) Birthday Amsyar (12/06). aku cuma celebrate family jer... Areena dan Amsyar progression...quite impressive.. Areena dah boleh baca walaupun sebenarnya umur 2 tahun lagi areena dah kenal huruf.. Amsyar tak kurang hebat... dah boleh membaca tapi cuma kita jangan paksa dia, nanti dia retaliate...melawan tak nak buat.

Julai 2013

Bulai julai ni pun istimewa... Besday wife aku.... (15/7)... tak de kata2 lain la yang aku boleh bagi... I LOVE U.. Boleh aku tak bagi hadiah kat dia yek... tapi nantilah aku kumpul2 banyak..then aku bagi..hehehehe...
Kasih Sayang aku mungkin dah cukup untuk aku bagi hadiah selama-lamanya.

Ohh lupa.. Bulan ini bulan puasa... Areena dan Amsyar started belajar posa.... Areena hampir sebulan (27 hari) Amsyar ( 7 hari)..

Ogos 2013

Bulan Puasa ini happening skit.. kami berposing sakat bergambar kat luar...Raya biasa la penat skit... tapi kali ni tak banyak rumah aku beraya... mampos aku kena umpat sedara mara...hehehehehe tahun 2014 insyaallah pegi,
Photo


September 2013

Bulan september ini...harga minyak naik dari RM1.90 kepada RM2.10. ramai orang bantah... aku pun.. tapi nak buat macamner bukan aku yang ruling Malaysia ni...ndak tak nak.... kena ikut jer...

Minyak naik pun... aku tetap gi Hong Kong tahun 2013... ini kali ke dua aku gi hong kong dan aku nampak hong kong with another angel... anyway...it was fun to visit Disneyland again.. masa aku gi 2010, budak2 kecik lagi... so diaorang tak appreciate...kali ni.. diaorang enjoy... lupa pula...tahun ni juga aku gi Legoland... tapi tak ingat bila...gambar pun macam tak de jer... nanti la aku upload gambar.


    Photo

    Photo
    Photo



    Oktober 2013

    Emmpph... aku tak ingat aku buat apa... tapi. tahun ini..aku berjaya membuat kek pelangi, aiskrim seperti wall ice cream dan juga pavlova... aku buat sebab aku tension...tapi tak ingat tension kerana apa...
    yang penting sedap masakan aku..hehehehe ..**perasan***

    November 2013

    Bulan ini birthday aku.. (12/11)... adik beradik bagi aku jam, wife bagi aku jam fossil.. thank u guys..


    Photo: got birthday card early this morning
    Ini Areena dan Amsyar buat...cantik..

    Bulan ini juga penat.... sebab cousin dan adik aku kawin... pergi menghantar ke nun jauh kat utara tu... Kangar... then reception di shah alam... memang penat..


    Photo: #family #weddingaku #171113
    Gambar di Perlis... Mantop..

    Disember 2013..

    Bulan closing akaun, so tak buat apa2 planning...cuma aku ada amik gambar family di luar.... memang best dan cantik


    Photo: Say something about this...


    Photo: one big happy family! :D

    Itu la criter tahun 2013... semoga tahun 2014 memberi lagi sinar kebahagian antara kami..dimurahkan rezeki
    kewangan, batin dan zahir.kesihatan.
    dan ampuni dosa kami dan kedua ibubapa kami, adik beradik kami, keluarga kami dan muslim dan muslimat.
    amin...

    Monday 6 January 2014

    Year 2014

    Lama dah aku tak menulis di dalam blog ini... setahun lebih aku tinggalkan dunia blogging..al maklum lah
    media social lain telah menarik minat aku ..berfacebook, berinsatgram dan lain-lain ke'busy'an.

    Anyway... aku can recap balik apa yang berlaku di tahun 2013..banyak kenangan manis dan pahit sepanjang tahun lepas...

    Januari 2013
    ehh apa yang aku buat yea...pejam celik, pejam celik...setahun lepas...ooo..lupa la..
    aku ada hadir interview kenaikan pangkat..masa tu, tak confident pun...jawab jer masa temuduga tu..tapi jawapan aku pun ada fakta..banyak aku dah buat semasa aku berada di gred sekarang..antaranya...
    keluar SOP sewa, SOP OT, dan banyak lagi aku buat.. tapi ia sebenarnya memerlukan kerjasama staf -staf
    aku untuk melaksanakan. Areena dan Amsyar masing-masing 6 dan 5 tahun... masih masuk montessori pre school...
    Photo: Areena dah buat semua exercise dalam buku ni..
Aduh areena...buku ni baru beli...dia kata '"ayah..areena kena masuk kolej"...darjah satu pun ayah belum daftarkan...ni nak masuk kolej...ayoyo...
    Areena pun dah pandai bermagic2 :-
    Sambil memandu kereta balik umah. 
    Areena bgtau sambil memegang syiling di tangan...
    'Ayah..i can make this coin disappear...aku ckp mcmner..'i'll show you...abbacadabra...'..ting .it s gone....
    Lepas tu..dia buat magic kasi duit tu appear..
    Aku ckp 'wah...areena..make more money..
    Dia balas cannot..only two times...magic gone


    Februari 2013
    Tak berapa ingat pulak...tulah, sapa yang suruh tak update blog bulan ke bulan... kan dah ada masalah ingatan...awak tu dah banyak lupe..

    Photo: Testing
    Wajah Amsyar Feb 2013

    Bulan ini juga Areena kata dia dah tua sebab banyak gigi dah nak cabut...

    Photo: Areena lukis
    Areena Lukis... yang warna kuning tu..expression terbang.. cute kan

    Mac 2013
    Pun tak ingat..hahahaha lupakan jer la ingatan tu..meh ler kita tgk balik dalam FB, kot2 ada update status..hehehehe

    bersambung.... banyak cerita nak diceritakan sepanjang 2013.


    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails