Monday, 13 January 2014

Luahan Hati

Sejak minggu lepas, aku tak berapa ada perasaan nak bekerja di sini, bukan kerana kerja tapi kerana perangai seorang ketua di dalam pentadbiran. Aku rasa terkilan kerana prestasi aku turun semata-mata aku menolak menjadi AJK di bawah skop keje dia. Aku sebenarnya bukan menolak, tetapi pada masa itu, aku ingat tiada orang yang menjadi AJK kewangan, so aku buatlah surat kepada dia secara baik. tetapi pemohonan aku tidak diluluskan dan aku menerimanya dan membuat kerja yang sepatutnya. aku ingat hal ini seperti selesai kerana program tersebut berjalan dengan lancar dan aku menerima AJK tersebut utk seterusnya.

Minggu lepas, bila appraisal, ketua tersebut menghentam aku seolah2 aku tak buat kerja, meninggalkan kerja dan sebagainya. aku pulak tidak dipanggil untuk membela diri. Aku rasa aku telah dianiaya kerana kerja yang aku tolak bukan kerja hakiki aku tetapi hakiki dia walaupun tiada complain terhadap kerja yg aku buat.

Cuma aku tak paham,...appraisal dia tidak pulak ditimbulkan semasa meeting tu.. seolah2 kerja2 dia begitu perfect. kalau aku berada di tempat meeting tu. aku boleh buktikan di mana dia tidak layak menjadi ketua dan boleh dikenakan tatatertib, kerana kebanyakan kerja dia tidak berintegriti, membeli barang tanpa mengikut peraturan,( barang dah sampai tetapi proses kemuadian) dan surat  justifiasi yang aku hantar tersebut, dia suruh aku musnahkan semata-mata untuk menyelamatkan diri dia. manakala staf yang dia suruh tu terpaksa membayar sendiri barang yang diterima. dia lepas tangan.

Jangan risau, surat itu masih berada di dalam genggaman aku.dan aku boleh heret dia ke tatatertib.

Aku tahu, dia berkuasa masa sekarang tetapi ingatlah, tak selamanya dia akan berada di atas.

Di sini aku ingin meluahkan apa yang terbenak di dalam jiwa aku..kusut kalau aku pikirkan... kalau aku bersemuka dengan dia, pasti dia akan berdendam pada aku lagi. dan akan menjadi isu di dalam meeting dan aku rasa aku akan kalah. sebab aku tahu perangai dia.

Apa2 pun aku berdoa supaya Allah memberikan perlindungan kepada aku dan membuka petunjuk kepada dia kerana aku golongan yang teraniaya.AMIN.

2 comments:

MamaZana Baharum said...

bos... sabar bos.. doa banyak2 sbb selalunya doa org teraniaya ni akan dimakbulkan. I'Allah....

Anonymous said...

zana..memang bersabar zana..tp dh meluat tgk muka dia..mcm kangkung jer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails