Thursday, 1 January 2009

Recap 2008 dan azam tahun baru

Hari ini dunia melangkau usia tuanya 2009 tahun masihi...tua dah bumi ni tapi, manusia semakin alpha tentang menjaga bumi ini sebaik mungkin... bagi orang islam, 2 hari lepas, umat islam menyambut tahun baru 1430 hijrah.. bila terpikir, adakah aku bersedia untuk menempuh hari2 yang mendatang... emmppph.. aku redha menerima qada n qadar walaupun nanti aku akan mengeluh tentang sesuatu kejadian...apa aku dah mengarut dah.... entry ini cuma aku nak recap apa yang berlaku tentang kehidupan aku ...
Januari 2008..
Aku dan wife gi melancung luar negara... Australia... Waktu tu musim panas, compare dengan UK waktu ni, sana musim sejuk.. Masa pegi Australia memang best, masa tu, bawa Areena naik flight... dia tak tahan sebab telinga dia sakit...
Februari 2008
Aku menghadiri BTN di Mega Kristal Camp di Kuala Selangor.. Sempat juga naik bukit Melawati.. It was my first time been there.. Ok la tempat tu..tempat bersejarah.
March 2008
Aku n wife bawa Areena gi Pesta Buku... Aku nak ajar anak2 aku kenal buku dalam usia muda..supaya dia tak kekok nanti..Sekarang, alhamdulillah dia dah pandai skit2 baca dengan gambar dan tulis. Aku ajar anak2 aku dengan tengok Barney.. at least dia belajar dengan cara melihat dan immitate apa yang barney buat.. Bulan ni juga aku dan wife tukar kereta baru honda Civic 2.0.. memang idaman aku n wife selama ini, alhamdulillah, Allah beri rezeki
April 2008
Alhamdulillah, aku dan mak aku dapat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah, Aku dapat melihat sendiri Kaabah tersergam indah di Masjidil Haram... terasa diri ini kerdil di tengah2 lautan manusia.. Insyaallah aku akan menjejak kaki ni di sana.. kali ni... lakukan ibadah haji pulak.
Mei 2008
Kali pertama aku dimasukkan ke hospital dan lakukan operation hidung kerana sinus dan gumpulan nanah di pipi.. pertama kali juga aku masuk ke OT.. rasa seram sejuk dalam OT tu... aku tak nak masuk lagi...hhuhuhuhu
Jun 2008
Aku dapat bertukar tempat kerja di Perak..dan anak kedua aku lahir... Firas Amsyar, aku berikan namanya supaya dia menjadi anak yang cerdik dan cergas... Bulan ni juga anniversary aku dan besday Areena. Senang nanti sambut sekali
July 2008 - Ogos 2008
Tak de apa2 berlaku, tapi culture shock di tempat keje baru.. macam keje kat military.. tension betul
September 2008
Bulan ni aku macam nak pitam... kalau tengok citer kartun tu, nampak burung n bintang2 berterbangan.. first time kena mcm ni... tak tahu kenapa.. orang kata darah rendah.. tapi tak check pun.
Oktober 2008
Bulan raya... aktiviti raya la... first time raya di Tronoh.. bersalaman dan bergambar.. bulan ni aku dah start menambah entry dalam blog.. rasa kepuasan bila menulis apa yang aku rasa.
November 2008
Bulan ni, aku dilahirkan.. terasa tua huhu... besday kali ni, dapat jam tangan, drill, flip flap.. Satu lagi yg aku belum decide bercuti di luar negara... dok buat perkiraan lagi...huhuhuhu. Bulan ni mak aku masuk hospital, operate mata disebabkan katarak..Alhamdullillah, she is getting better.
December 2008
Bulan-bulan terakhir ni, sibuk nak buat closing account.. bulan ni juga aku start business caramel... alhamdulillah, ada permintaan... dan aku telah diversified caramel aku, ada yang lapis, coklat, strawberry, dan beberapa perisa lain... meh sini order dengan aku..
untuk tahun 2009 /1430 hijrah
Aku berdoa supaya aku dan seluruh keluarga ku beroleh rahmat dari Nya, dimurahkan rezeki (kewangan dan kesihatan). dapat menempuh segala cabaran demi membentuk keluarga aku sendiri.. untuk isteri,Kartini... I love u so much... you bring me a joy and happiness.. For my lovely kids,.. Areena and Amsyar....I love you too...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails