Monday 29 December 2008

Family Day UTP

UTP - Family Day

28 December 2008, ada Family day tempat keje wife aku di Sungkai.. Hot Spring Sungai Kelah.. tempatnya jauh ke dalam, lebih kurang 10 km dari tol sungkai.. Kami sampai pukul 10.00 pagi.
Hos pada hari tu..Abang Jem... Saleh Yaakob... nice host.. rasa tak la bosan mendengar.. Aku boleh bagi Saleh Yaakob... 4 bintang.. for his enjoyment performance... Family day dari tu ended petang.. tapi aku balik awal sikit..3.00 petang sebab hujan.. risau pulak bawak budak2 dalam hujan... sebelum tu, sempat jugak bawak areena mandi air gunung yang disediakan.. dia suka dan tak nak naik ke atas.. asyik nak main tempat dalam, bila aku tengok areena, dia macam dah biasa mandi dan swimming, bila aku ajar skit, dia dah kuakkan kaki dia mcm orang berenang..... nanti yea areena, ayah bawak gi belajar swimming..Amsyar sian dia, ngantuk sangat tertido kat stroller.. so, tak dapat mandi..huhuhuhu.

Abeng Jem buat show...4 ****

Areena main dengan kekawan..main bola...Gol!!!!!!

Masa Areena main dalam castle..bergoyang2, sbb udara.
Areena main... mcam orang dewasa nak ke tengah..air dalam
Kesian Amsyar..penat...tertido...tak dapat mandi.. seluar mandi dah pakai... huhuhuhu

Friday 26 December 2008

Award lagi

aku dapat lagi award, kali ni pasal frienship dari mayang.. Tenkiu..

Aku panjangkan award ini kepada kekawan yang selalu singgah di blog aku dan it goes back to u mayang..... boleh paste kat blog korang, aku appreciate it...

Cuti 30/35hari vs Cuti 25 hari

Cuti.. Crite pasal cuti memang best... penat bekerja, amik cuti, rehatkan minda..dan boleh spend masa dengan keluarga.. Tapi ini lain pulak halnya... kerajaan bagi kata dua melalui pekeliling perkhidmatan 14/2008 ( banyak sangat pekeliling dalam satu tahun).Sekarang ni kerajaan beri kata putus dengan govenmt servant mengenai cuti antara kekal dengan arahan pekeliling lama atau pilih dengan pekeliling baru..
.
Rasionalnya kerajaan buat begitu kerana
1.memanjangkan hari perkhidmatan dalam setahun kerana kerajaan telah beri cuti hari sabtu... Helloo... cuti hari sabtu telah dikira dengan memanjangkan waktu bekerja...tak ingat ker
.
2.lagi alasan ialah meningkatkan produktiviti staf terhadap perkhidmatan..
Alasan yang aku rasa very subjective, kenapa jadi macam tu.. tindakan kerajaan terutama staf JPA seolah-olah, melepas batuk di tangga kerana mungkin tiada lagi idea untuk keluarkan pekeliling untuk menepati KPI mereka.. kena tanda soal? Bagi aku kalau nak meningkatkan produktiviti bukan dengan menarik cuti rehat kakitangan, adalah tidak munasabah.. bagi aku producitivi boleh ditingkat dengan injection from motivational tools.. adakah staf di sana yang dilantik sekarang tidak mahir atau keja tangkap muat???. Mereka tidak belajar ker tentang HR, motivasi tu yang boleh meningkat produktiviti atau daya saing seseorang pekerja...Pekeliling yang dikeluarkan banyak kekurangan atau mesti ada hidden agenda kepada mereka yang memilih untuk menurunkan 25 hari cuti tersebut.. Kalau betul, di mana dia transparent di dalam government..??? bagi aku, kalau aku yang rangka pekeliling tu, perlu kena ada win-win situasi.. kalau tak mesti pekerja akan pilih tidak opt untuk turunkan jumlah hari cuti...
Cadangan aku...:
.
1. Kalau pekerja yang memilih opt 25 hari, baki cuti yang dikurangkan boleh secara automatik masuk kepada Golden handshake award masa pencen nanti.. so, diaorang tak perlu la pikir tentang tu..
.
2. atau beri gantian cuti tersebut setiap hujuung tahun, at least, bila tak dapat boleh, duit cuti tu boleh dimanafaatkan.
.
Akhir kata, aku bukan nak menentang kerajaan tetapi aku cuma suarakan apa yang aku rasa betul... ..aku minta maaf mana pembaca yang tersinggung.

Wednesday 24 December 2008

Tolong!Tolong!,Api!Api

Entry aku kali macam suspen jer... memang pun, hari ini aku ada kerje di Shah Alam, So semalam aku balik umah mak aku, sampai pulak umah pukul 15minit pukul pukul 12 malam.. lewat aku bertolak sbb nak closing akaun, nak settlekan kerja2 akhir tahun,..

Sampai jer umah aku rehat la, maklum la penat tak hilang dari last weekend, buat caramel, hehehe, alasan jer tu..walaupun penat, aku tak boleh tido, angah pulak baru balik keje petang, amik anak2 terus balik umah, dia kuar umah dalam 2 minit, dia call aku sebab belakang umah aku terbakar.. Api marak dengan cepat.. orang ramai dah kuar, berkumpul.. Call bomba., emmph lambat sampai,walaupun duk dekat area rumah aku, aku pun cuba beberapa kali call bomba, tapi tak berjawab...aduhhhh.. apa dah jadi service awam macam bomba tu boleh lambat... bomba lambat satu hal, polis pun sampai lambat.. aku bukan apa... kebakaran ni bukan main2.. kalau lambat jer, ia cepat merebak. aku dapat saksikan electrik yang meletup2 macam bunga api.. sampai2 jer bomba, rasanya staf baru, masyaallah, lambatnya nak bukak hose... walaupun rumah yang terbakar memang dah terbakar, tapi rumah2 jiran macam ner pulak, sian dia orang, disebabkan salah orang lain, jiran2 yang tak salah, terlibat. Bila aku tanya jiran2, macamner boleh terbakar.. kisahnya, umah tu didiami oleh keluarga india, diaorang buat tempat berubat cara india la, tiap2 malam ada jer yang bunyi2 sumting(tak tahu apa dia), orang sekeliling dah complain termasuk orang india juga komplen..sebb buat sampah bersepah2. dan buat bising. tapi pihak berwajib terutama state govt..apa dah jadi...mana tindakan? Allah tu Maha Kaya, malam tadi upacara berubat dan bunyi mercun pulak.. jiran2 kata, dah buat style bakar2 pulak... entah macam ner, mercun tu, terpelanting kot ker arah barang2 yang mudah terbakar, pommm..terus merebak... dan dimaklumkan, rumah tu bukan milik diaorang pun, umah keluarga cina, diaorang sewa dan nak beli, loan tak approve, dah la tak approve, keluarga ni, duduk tanpa bayar apa2 kepada keluarga cina tu 2 tahun.. Ishkk.. tulah aku no komen.. tapi boleh paham2 la, apa maksudnya dalam kontek untuk satu negara... bukan nak sifat perkauman, tapi sepatutnya kalau bukan hak kita, jangan la nak buat macam2 hak tu kita punya.

Tuesday 23 December 2008

Memori

Malam2 ni, aku tak boleh tido lepas buat caramel..tension kali ni banyak buble2 kat tepi2.. puas aku pikirkan apa salahnya...rasa give up nak buat...tapi aku kena digest apa yang tak betul aku buat... sama ada ingredientnya atau prosesnya... Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal caramel yang tak jadi tu.. Cuma entri aku kali ni, aku godek2 internet.. then jumpala gambar kawin aku yang ditangkap oleh fotographer masa kami akad nikad.. banyak jugak gambar tu..

Kekawan boleh layari fotopages hanafi dan satu gambar yang diambil gambar bawah ni... gambar ni banyak maksud... seolah2nya aku bercinta 3 zaman, zaman black-white, zaman 70-80an dan gambar abad 21..

Gambar 1 tu, masa kami gi genting... sejuk..dok dekat2..hehehe Gambar 2 tu, masa wife gi datang umah aku for the first time..macam dah biasa jer sayang..Gambar 3 tu, masa wife jemput aku di Seremban lepas hantar adik wife ke stesen bus untuk ke Melaka

Saturday 20 December 2008

Ketua Unit Kualiti... Part 2

Semalam, Bekas Ketua Unit Kualiti- emmmpphh..aku pun tak tahu status dia dah berhenti atau tidak..sbb dia tak tender resignation pun.. so, status dia pun hilang begitu saja.. Aku pun tak tahu apa nak cakap orang macam ni.. kalau suka, keje, kalau tak, merajuk dan hilang...

Sebenarnya aku nak criter, dia call aku semalam kat opis, tanya kenapa gaji dia tak masuk... dalam hati aku, dah sah2 ko hilang diri, belakang, tanya kitaorang kenapa gaji tak masukk...yeee naaa deee... sendiri mau ingat la... tapi aku cakap baik2 dengan dia, ada orang bagi surat tahan gaji, so dia cakap, tahan sebab dia hilang diri tak datang keje... dah tahu, nape tanya....

Friday 19 December 2008

Caramel for Sales

Rasa terperanjat jugak.. sebab ramai yang order caramel ni... rezeki.. so kalau ada yang berminat nak order bolehla order..sbb caramel nie special..homemade... tapi next monday ni, bermula la episode business aku dan wife aku...

PRoMotion !!!!!

Since I can cook caramel and I was thinking that I can sell my caramel for those who interested in that caramel.. Promotion, : 1 slice - RM1.99; whole:RM12.99 nett.. Free delivery.(applicable Seri Iskandar and Klang Valley only). For Klang Valley prior order is advisable.

Yummy yummy Areena's Caramel
Watch out for other promotion... Yum Yum Amsyar's Lasagna

Sleepless

Today, I am too sleepy, last night Amsyar could not sleep. He has sore throat, flu, cough, as well as fever.. So he cranky every 5 - 10 minit...
Hopefully, he will recover soon

Wednesday 17 December 2008

Poll

Hello Friends.

In order to make my blog more attractive, Please feel free to answer my survey questions..The poll is on your right sidebar..

Thanks for you co-operation..

Alhamdulillah

Alhamdulillah, Yesterday surgery was a success. I was not around. just gave a call to Along and Emak to know how Aqi's condition..According to Along, Aqi cried at the momment he entered into the OT, Along as well...I managed to call Along early in the morning, I can feel how sad she was. Along said, Aqi cried at the momment he woke up from the operation, the doctor panic whether Aqi feels hurt or sumthing... emmppph, but Aqi cried not because of he feels hurt but HUNGRY... so funny. Next entry.. I will write the disease.

Pictures below curtesy from Ijan/along Facebook.

Macam yo yo o jer diaorang ni tengok report

Aqi selepas Operation.. muka Lapar

Aqi's drawing, x-ray.

Tuesday 16 December 2008

Operation

Hari ni anak buah aku( aqi- anak along) jalani operation kaki, sbb ada masalah kaki.. di Hospital Pakar Damansara.
Aku berdoa agar segala urusan perjalanan operation dan selepas operation berjalan lancar.. Amin

Sunday 14 December 2008

Baby Health Info: Hives

According to babycenter.com.uk, Hives can be referred to the big rashes which is swallen areas on the skin that are ithcy. In my daughter case, the rashes were appeared between her abdomen to the leg. The rashes appeared on any part of her body dan started spreading all over her body. We went to see a doctor, and doctor gave us calamine cream (which is to prevent the itchyness and uncomfortable body). So, we asked several friends, they called in malay 'Gegata' i.e from geligata insect. In medication term called urticaria.

In the articles ; hive rash(gegata) can be seen in a several characteristics. There are small raises areas ( 1-2cm) of the skin which develop suddenly, very itchy,they can appear in red or white spot.

We were studied what was the cause of the hive( gegata). In the articles, there are two causes of hive(gegata) :

1. Food allergic( which can be referred to seafood allergic)
2. Enviromental allergens (which can be referred to air pollution or chemical reaction)

So, in my daughter's case, the cause of hive was enviromental allergen, a day before it was happens, I did some gardening at the backyard and took down the banana, she followed me. she might be get insect bite which caused the hives.

Now, she seems better, the red rashes disappeared from time to time.Hopefully, this is first and last time she suffered from this hive(gegata)

Friday 12 December 2008

Alahai

Alahai la blog ni, makin banyak entri ko, dia pun pening...

Risau...

Risau aku pada anak aku yang sulong ni. Si Areena, tetiba jer dapat ruam.. merebak ke seluruh badan... ada sesiapa boleh beri pandangan macam ner nak atasi..petua orang tua2... dah pegi hospital, and doctor asked to come back.. on monday... emmpph..

Wednesday 10 December 2008

Kelmarin, Semalam dan Hari ini

Semalam aku sepatutnya keje tapi aku tak larat nak keje dan aku call bos kata aku kurang sihat.. Mana taknya.. Hari Ahad on the way balik umah Perak, hujan tak henti2 dari Sabtu, jalan lecak. bila sejuk2 ni terasa pulak nak terkucil, aku pun berhenti la kat hentian behrang, nak kencing.. bila kuar dari tandas. gedubuk... aku tergelincir... sakit punggung... so ada brother ni. nampak aku, aku bangun.. aku marah lantai tu licin sbb nak cover malu punya pasal... sepatutnya aku nak beli keropok lepas tu, so tak jadi beli dulu, terus ke kereta... malu dan sakit punggung aku... tula, sapa suruh pakai selipar yang haus tapaknya..salah sendiri... :p
Berbalik cerita aku cuti, memang punggung aku sakit , tak boleh duduk. kena duduk atas cushion.rehat je la kat umah, tapi rehat pun, wife kata badan Areena macam kena rashes, petang aku kena pegi klinik, lepas gi klinik, aku singgah parkson (emmphh, kalau bos tahu, mampos aku).. Belek2 baju... teringat nak beli swimming suit untuk areena dan amsyar... emppph.. boleh la diaorang gi kelas swimming lepas ni...hehehe..aku pun boleh join sekali la..
Hari ni pulak keje macam biasa..mula2 kena masuk workshop pasal ISO tapi tak jadi sebab department aku dah dapat ISO dari HQ, buat apa nak ISO2 lagi... diaorang tu dengki suruh masuk juga. sebab orang kat sini orang suka dengki mendengki.. tak boleh orang senang... nanti ada je yang nak menyampai.. bos besar pulak bukannya nak dengar apa pun, tahu nanti nak hentam jer... dugaan... Petang gi pasar dua kali... bawak duit skit... so balik kena minta wife skit duit untuk beli sayur pulak...ishhhh..barang2 kat sini mahal2, tapi elaun COLA dapat RM100.00 aje, kitaorang pun orang malaysia juga, makan gaji bukan petani/nelayan boleh dapat ikan free... Tolong la Pak Lah sebelum ko berundur... bela la nasib kami yang tinggal kat sini... (rasanya Pak Lah baca ker blog aku),hehehehe

Tuesday 9 December 2008

Tag..

Tag ni dari Dayah...emmmpphhh layan ajer

"WHAT IF UR EX SAID THIS TO U?"

1.hi,how r ya?
Dah berapa tahun ko tak tanya kabar aku, buang tebiat ker budak ni... buat2 gi masjid, bertobat..

2.hey! you wanna go to mall?
sure, I 'll bring my wife and kids.. berani ker ikut.

3.i love you!
Why me???You should consider your current/ex-hubby... not me...

4. do you want some cookies?
Ko masak ker... tak pernah lak aku dengar ko masak..selalu order kat kedai..hahaha

5.can u take me a picture?
boleh... boleh bla..

6. help me in my homework?
Apsal aku lak,..hubby/ex-hubby ko tak de tangan kaki ker nak tolong...

7. here's my gift to you.
hadiah.?? better you give your hubby/ex-hubby to consideer u back

8. let's just be textmates
textmates dengan wife aku je...my wife is my best secretary

9. do you want me to buy u an ipod?
hadiah pun aku tak nak, ni kan ko nak bagi aku ipod... apa guna.. meh sini duit ko, aku sedekah kat masjid

10.lets sit together in the bus
ko dah miskin ker naik bus..dulu berlagak tak nak naik bus.. maklum la, taste ko sume orang kaya2

11.hi baby
buang tebiat ke apa budak ni... nak ber'baby2' dengan aku... wife aku tahu...kes pecah pinggan kang...

12.you still cuteya..ya..
my kids - cute....not me... dah beruban

13.i still love you
thanks but no thank... banyak lagi lelaki kaya ko boleh pisau cukur kan mereka.. aku ni bukan orang 'ada2'

14.can i visit your house?
boleh... nanti wife aku sambut dengan penyapu..tak pasal2 ko dapat sial 44 hari..

15.do u love me?
let me think again...emmmphh... sayang aku telah berubah kepada wife n anak2 aku

Follow these instructions:named 3 candidates on ur list, ask them to complete this tag repost on their blogwrite the title "WHAT IF UR EX SAID THIS TO U?"
1,
2,
3.... sume dayah dah kebas orang yang aku nak tag... especially dayah...nah... layan tag ni.hehehe..

Saturday 6 December 2008

3rd immunisation Jap

Aku tak sempat nak update pasal Amsyar.. Hari Khamis, 4 Disember 2008, Amsyar kena cucuk for his 3rd Immunisation, Kali ini aku tak temankan sebab lately, office aku mcam kapal nak pecah..
1. dengan bajet tak cukup hujung2 tahun ni, so banyak permohonan tergendala.. kena buat viremen,
2. aku ni disibukkan benda2 social pulak.. Ketua Sambutan a.k.a penyambut tetamu.. (hensem sangat ke aku sampai dilantik jawatan tu) bila tanya Badrul (ex-perak) dia kata dia tak pernah dilantik benda2 macam ni...cuma AJK Kewangan jer... Konfius pak cik
3. Lagi satu, dengan masalah2 yang sepatutnya dah selesai sebelum aku tak transfer sini.. eee.. ni tak tahan sbb nak cuci kotor orang....
Balik cerita Amsyar, my wife kata he is young strong kid sbb jap tu dia tak nangis... Kental sungguh anak aku... Kali ni peha sebelah kiri jadi mangsa nurse tu.. sbb dia tengok peha amsyar... tembab...hehehe.
Tapi kali ni, peha yang kena jap tu, ada bengkak sikit.. sbb mungkin bila kita dukung2 terkena peha kat injection tu.. bengkak.. dah jumpa doktor, cuma doktor bagi ubat sapu 'Fabancon Cream'.. Kita cuba cream ni.. Tengok outcome dia mcam ner..

Sunyi

Aku pun tak tahu nak cerita...tapi aku rasa terasa sunyi bagaikan aku kehilangan sesuatu yang berharga.. Lately ni, aku asyik bermimpi arwah ayah aku.. terasa seperti dia masih hidup...Adakah dia ingin menjemput ku atau ingin memberitahu sesuatu...Entahla, itu kuasa yang maha Esa, hanya aku mampu berserah segalaNya... Semalam sesuatu badai telah melanda dalam hidup...aku terasa seolah2 tidak dapat mengawal ombak yang besar menimpa ku... Aku berdoa aku dilindungi ombak yang besar ni supaya aku dapat bernafas di bumi ini..entahlah... mungkin dugaanNya..

Thursday 4 December 2008

Sad Story...

I do not know how to tell you friend that I feel sorry to one of my fav blogs..During my past time, When I was looking an attractive blog which can be my idol blog.. It was a year ago...I find this blog very attractive.. It's belong to a guy.. the word he presents himself.. ok and understandable... I continue reading from day to day, because he updates his blog everyday... but now he seldomly updates his blog, once a time... Last month, I read his blog stated he got a new jobs and a little bit busy, but yesterday, I read his blog.. now he suffers his blood cancer... the way he writes, he is gonna die soon... but what I do hope.. He gets well soon. and continues to write his blog.. I will update you the progress if he writes until he will be taken away...

Benggang aku

Emmpphh.... macam tak best jer entry aku kali ni, mana taknya, aku mcm hidayah la, nak masuk template baru, konon2nya nak masuk advertisement nuffnang tu, but unfortunately, I put and ammend the HTML language..so the screen looked terrible.. I was panic because most entries which are my best masterpiece..gonna b deleted... thanks god... everything is ok... But I have to transfer one by one to another blog address.. tak ke haru biru semalam sampai tengah malam dok menggodek entry..... Kalau macam kawan aku tu, adenium./mayang mesti sekejap je settle, sbb dia doktor komputer...


Morale of the strory, ye hidayah.. kena do the back - up template and save in the hardisk.. So, kalau corrupt sekalipun... bolehla upload jer template lama... huhuhu...

Monday 1 December 2008

Ketua Unit Kualiti

Empph, bunyinya macam bestnya entry aku kali ni.. Tapi sebenarnya ada yang best dan ada yang tak best.. Ketua Unit Kualiti kat sini baru saja letak jawatan.. Empph,dia nia adalah lecturer tetapi telah pencen dan dilantik sebagai ketua unit kualiti, Sifatnya yang tegas, ramai orang gerun dengan dia...dah beberapa tahun sebelum aku transfer sini dia jawat jawatan tu.. Kisah dia letak jawatan.. empp..biasa la dah tua, ada masa sensitif tetapi mungkin dia terasa sangat sampai dia boleh berhenti.. Ada beberapa pro dan con dia berhenti:-

Pro
1.Tak de la orang nak membebel suruh buat kerja.
2.Biarla orang lain pulak pegang jawatan tu, lain orang lain caranya

Contra
1. Aku sedih juga sebab aku baru nak belajar tentang protokol majlis..emmmphh dah berhenti.
2. Sunyi le, bila dia tak de, kalau tak, memang selalu kena paksa
3. Emmph, orang/staf ni macam baru kehilangan ayah, so happy sakan... tak de orang nak contra dema..
4. Ilmu yg dia ada tak dapat la disalurkan...

Sunday 30 November 2008

Adenium a.k.a mayang tag aku

tag from Mayang

Three Things That Scare Me:
1. sumone that I love leaving me forever
2. Black magic....bahaya tu...
3. ghost

Three People Who Make Me Laugh:
1. My daugther - Fatin Areena
2. My son - Firas Amsyar
3. wife - Kartini

Three Things I love:
1. my mum - Che Wa
2. my wife - Kartini
3. my children - Areena and Amsyar

Three Things I Hate:
1. unhearted boss - ni yang aku tak suka...suruh kerja 24 jam...
2. unskilled boss - ni yang aku susah hati, bila nak cuti lama2, bos tak pandai2 komputer
3. being selfish - biasa la, kalau dah kiasu tu, kiasu jugak... malas layan org macam ni

Three Things I Don't Understand:
1. Why my daughter can't sleep before 10 p.m - pelik, aku ngantuk je b4 10 p.m
2. Why can't i be millionaire - kalau jadi kaya, lupa daratan kot
3. Why can't i be prime minister- boleh ke aku...pimpin keluarga pun belum nampak hasil

Three Things I'm Doing Right Now:
1. surfing internet - tengah do update blog
2. stay in the dark as my daughter can sleep-susah betul nak tido kan budak sorang ni
3. Thinking of what to happen 2morrow - apa la nasib tempat keje esok

Three Things I Want To Do Before I Die:
1. raise my family - tu penting, nanti macam ne diaorang nak hidup tanpa aku
2. donate as many as i afford - sedekah...amal jariah
3. go around the world - aku memang suka bab2 melancong ni

Three things I can do:
1. sleeping - itu je kerja yang senang dibuat
2. dreaming - berangan jadi kaya
3. loafing - lepak kat umah je... kat shopping complex, -not my type

Three Ways To Describe My Personality:
1. Hardworking - my weakness... lupa kekadang dah berkeluarga
2. realistic - jangan nak berangan jadi kaya
3. loving - sayang terhadap family...

Three Things I Can't Do:
1. pregnant - women can
2. feeding children - women can
3. hipokrit - stupid people can

Three Person I want to Tag:-
1. My ex-staff - Hidayah - ha amik ko hidayah..... buat tambah2 entry, hehehe
2. Hajar - bagi ko update blog sebagai teman blogger baru
3. Mimi - biar update skit blog tu... tak nampak news pun dalam blog ko...

Saturday 29 November 2008

Karisma 08

Macam best jer entry aku kali ni,tapi emmmpphh idea tak de la...hehehe.. Sejak aku pindah kat sini, aku rasa semua benda nak kena involve walaupun kerja hakiki nak kena buat jugak.. tapi bagi aku, satu cabaran yang patut aku ambil... lagi pun aku rasa kerja-kerja sosial ni, aku tak pernah nak involve.. So, buat pertama kali, aku dilantik sebagai Ketua AJK Sambutan.. Aku rasa satu task yang perlu kesabaran dan comitment semua AJK kecil yang aku lantik..bayangkan, lantikan aku adalah di saat2 akhir, lagi seminggu event nak dilangsungkan.. Mula2 aku rasa kerja ni membebankan.. bayangkan aku asyik pikir sehari semalam pasal AJK sambutan.. dah la lantikan aku tu last2 minute, nak cari orang satu hal... pening kepala... tapi alhamdullilah, nasib baik aku dapat senarai nama yang hadir kursus protokol.... so aku pick jer nama2 yang aku rasa perlu..( dengan bantuan staf- sebab aku tak kenal semua orang)..Nasib memang menyebelahi aku... semua yang aku lantik turned up... So, aku mulakan la tugas sebagai ketua.. bagi floor plan..macam ner nak sambut VVIP, sapa yang perlu tunggu, dan sebagainya... Semuanya berjalan dengan lancar pada malam perasmian....Aku tak sempat nak amik gambar AJK2 aku tu... sebab aku sibuk nak uruskan semua perkara..Tugas terakhir aku pulak, majlis penutup...
doakan aku berjaya...

Sunday 23 November 2008

Katarak

Dah lama aku tak update entry ini..Disebabkan mak aku menjalani pembedahan mata kerana ada katarak.. Pembedahan, Alhamdulillah, berjalan lancar..dan mak aku pun dah keluar hospital pada hari jumaat.. Aku sebenarnya risau pada mulanya sebelum pembedahan kerana sejarah keluarga arwah atuk aku pergi kerana pembedahan mata... Sekarang mak aku diberi rehat oleh doktor selama 3 bulan( seeloknya) dan bila aku tengok mak aku, dia nampak boring kerana tidak boleh buat apa2, selalunya dia yang beriya2 untuk kemas rumah.. tapi kali ini dia, hanya mampu tengok kami berkemas..
Lagi satu, perkara pertama mak beritahu kami,,emmphh, lepas ni, tak boleh angkat pasu...huhuhu...(mak memang suka ber'gardening') mungkin darah gardening turut kat aku...hehehe.perasan aku nie
Apa2 apapun, Mak, aku dan isteri serta adik beradik, tidak lupa juga ipar duai, kami doakan mak secepat sembuh, dan boleh melakukan kerja-kerja biasa dan boleh beribadah dengan sempurna.

Hari pertama mak masuk hospital... kami 4 beradik kecuali ijan, datang ziarah. ijan kerja.

ijan control lawa, masa lawat lepas mak operate..

Sunday 16 November 2008

Lasagna Vs Cream Caramel

Last sunday, I made my yummy yummy cream caramel..So, kengkawan... layan jer la... tak dapat makan, dapat tengok hasilnya.. pun dah mengenyangkan.....BTW I made lasagna as well.


Sungguh menyelerakan...

Nampak tak cantik.. but my wife said..perhhhh, mav..okla tu kan

Friday 14 November 2008

Tension

Hari ini tension betul aku dibuatnya.. bukan pasal apa... tension sbb keje kena ada due date... kerja-kerja lain ada juga... tapi sebenarnya tak masuk job scope aku pun..keje2 lebih kepada social jer..... malas aku nak buat... tapi disebabkan rasa tanggungjawab.. aku buat jugak..walaupun mengomel sendiri...
Itu la..kata pepatah 'Keluar kandang harimau, masuk kandang buaya.'' memang cari nahas.. Aku sebenarnya tak la kisah sangat keje banyak... tapi kengkangan masa yang tak mengizinkan... nak kejar bajet, dateline 21 Nov, daily operation nak kena buat sebelum 7 hari... kerja2 carca merba, nak juga kena buat.. akaun interim ke 4 dan final closing bulan 12 nak kena tengok, dah la orang HQ nak buat single closing.. semuanya nak cepat.... skrg nasib baik la ada staf yang lama kat situ, boleh aku tinggalkan je dia buat... buatnya dia dah tak keje lagi... naya aku nak kena belajar... isshhhk..... Kekadang buat aku terpikir.... Allah tidak akan menguji seseorang tu sekiranya mereka tidak boleh pikul.. maknanya.. aku boleh la...hehehehe...

Moral : jangan nak mengomel.... buat jer yang terbaik...kat luar sana, ramai beratur nakkan kerja ni.... nanti orang lain dapat..baru nak meraung...hahahaha... (hari ni aku sasau skit, so layan.....)

Wednesday 12 November 2008

Amsyar : Meniarap

Rabu 12 Nov 08, Amsyar turned 5 months old... Sekejap je masa berlalu, Jumaat, 14 Nov 2008, Amsyar started roll his body for the first..Alhamdulillah...tembab2 dia, dah boleh meniarap.. ada anak kawan tu, 3 months dah boleh meniarap....tapi tak pe, I said "Amsyar, slow-slow, nanti boleh beat semua...hahahaha"

Ni gambar Amsyar when he turned 5 months old.

Malam 12 Nov jugak, my wife celebrated my besday.. She cooked for me... Grilled Salamon, spagetti, and cake... She also gave me a suprise present.... 'A drill,' Nampaknya aku tak de alasan la kalau dia suruh drill dinding...hehehehe... Anyway thank sayang.... Another present will be a trip... until now, I could not decide whether to accept or not...
From my siblings, they gave me 'titus watch'... Thank you Along, Angah, Ijan dan Izad... My mom wished me via SMS,(sekarang mak dah pandai ber'sms'..hehehe.)

Tuesday 11 November 2008

Secret Recipes

Secret Recipe ni macam tahu2 jer besday aku ni esoknya.... Tula, Hidayah,, macam ner nak beli... jauh dari Perak... Tapi kalau Hidayah nak belikan, pos laju pun saya terima.. kan trademark diaorang... dijamin sampai Esok...

Secret Recipe memang favarite aku, biasanya makan satu slide rasa dah puas.... Hidayah... saya tunggu kat perak..... nie bagi credit kat secret recipe untuk aku promote kat u guys..... CEO secret recipe, bagi kitaorang free sebab dah promote ni....

To accept or not

Hey guys, I am in delimma whether to accept trip to Turkey.. Should I? The trip might be in March next year, but need to corfirm as early as end of this month... A bit confuse... I love to go but since I have been working here.. I think I have less freedom to decide my own leave.. My current bos, I dont think she will accept my long leave....Guys.. help me...to decide....huhuhuhuhu..

Tuesday 4 November 2008

Speechless momments

I am speechless when I read my wife which is the first ever posting from her.... She writes with her passions and I could not say much more but I just wanna say thank to her.. Just now she asked me to log onto my blog so that she can write the piece...It took too long to write, I guess, she might want the piece to be more memorable.. So, I let her write anything she desires.... Wonderful words and wisdoms.. Thanks sayang for giving me a opportunity to share my life with you and raise our beloved 2 kids (so far)... Hope there will be more next,next year.... Insyaallah....

Sunday 2 November 2008

INVITED WRITER: WHEN SHE STARTS TO WRITE



I know, usually, we expect people to read our postings, but now, I wish to break that tradition. I am writing this piece for Harry's reading pleasure.

I have been thinking rather hard on what should I get him this year. The list went on and on. Finally, I think I would just write (The gift is coming soon, hon.).

Today (1 Nov 08), I had to work despite a Saturday. He was supposed to go to work too, but last minute change, he decided to just stay at home with the kids. I went to work anyway. When I got home, what waited for me was my-frequently-requested dish, lasagna. Ya Allah, he prepared lasagna for me. Soooo sweeet !!!!!

He is just so good with the kids. Areena and Amsyar has the best teacher in this world. Areena learnt numerous words with him.. He has always insisted that he is no good when it comes to training and teaching. But Areena proved him wrong.

I have never-ever has the passion for gardening. I planted some of the trees just for it to double as a shade. Hence, the lawn frontyard and backyard was rather `empty'. But now, since he moved to Perak, we seem to grow the passion for gardening (not only restricted to non-eating plants) Now, we have assorted veges, fruits (my daughter simply loves the ciku) and other beautifying plants.

Many-many memories, which will take so much space to write them down.

I stayed here in Tronoh, since 1998, I have always been on my own. When I met him in 2005 and finally married in 2006, I was still thinking the same. But now, after 2 kids and many-many-many memories, I simply can't picture my life without him.

I have been to different continents in the world with him, been into funny and not-so-funny fights with him, been into emotion turmoil because of him, but in the end, I just want to be with him.

Thank you for taking me as your wife, thank you for showing me how to live to the fullest and thank you for sharing your life with me.

Saturday 1 November 2008

Coming - up 12/11

12/11 - what is the big deal.???

That might come across your mind. Yeap, 12/11 is D day for me as I was born on that date. As in every year, there were plans on what present to get the birthday boy/girl. So, every November is present time for yours truly.

Last Thursday when I went back to Shah Alam, my mum told, I am gonna get my besday present... I said " what besday present" Mum did not wanna tell me because it was to be a big secret.. but after I persuaded and provoked her, she couldnt resist... At last.. she told me what is it... But... you guys...have to wait until the big deal arrives...... SURPRISE..... heheehe..

Now, you guys can try to guess what my family gave me hehehe.


Mom, thank you for bringing me to this world, you have been by my side, married or otherwise. You mean a lot to me and I love you so very much.
A super duper special thanks to my siblings who spared their hard-earned money for my gift. For my wife, who, behind my back, spurred the idea on what to get me this year. Well, after 32 years of living, the best gift of all is my kids, Areena and Amsyar. Thank you my dear.

Quiz of the year : What is my birthday gift?? hehehe

Thursday 30 October 2008

PPUM

Yesterday, 30/10/08, I went back to Shah Alam for a day, sent my mum to the hospital for her pre-hospitalization check up.. It has been long time, (a few years back) I have not visited this hospital after my mum hospitalized due to stone in her bladder. So, yesterday, I come again for my mum treatment and this time is for her cataract.. When I stepped into the hospital, I was quite amazed that PPUM has given the facelift... more to the professional interior.. So that we are welcome to the hospital, i guess, The department that I used to visit, is now more cheerful than last time. Now, PPUM is in the process of transform its department, we can see the renovation, here and there...

One thing I wanted them to change is the communication... I am not blaming that PPUM is lacking of this... but It needs to improve the quality of services.. For example, the process flows of the service.. The flows should be well defined so that the patients are giving the directions what will be the next process. In my mum case, we were asked to take blood test.. But when can't see the process flows... For those who used to get this service, might be well known... but people like us.. I think the process flows should be put in the notice or flyers.. So everybody knows the process.. I was looking the suggestion box, so that I can place the suggestion, unfortunately, I cant find it anyway...

Tuesday 28 October 2008

Haji 1429

Bulan syawal semakin hampir di penghujung bulan, bulan depan, insyaallah, ramai jemaah haji akan berangkat ke Mekah untuk mengerjakan rukun islam itu.. Aku terasa sebak jer bila terkenangkan Mekah dan Madinah.. rasa tak puas untuk pergi ke sana walaupun aku pergi sekadar menunaikan umrah, tapi aku rindu dengan keadaannya di sana... bayangkan Mekah dan Madinah adalah tanah haram, semua kawasan adalah bersih dari sebarang kotoran... Apabila masuk waktu, berduyun2 umat Muhammad keluar dan menuju ke masjid.. kalau la kat Malaysia seperti di sana, memang seronok nak beribadah... Aku juga mengingatkan diri aku supaya tidak lalai... kekadang itu,,ada juga yang lalai... emmmpphh.. mengeluh juga... aku rasa banyak dosa yang aku lakukan.. Semoga Allah menerima taubat hambaNya ini..Amin... Bagi sesiapa yang bakal ke Tanah suci... bolehlah layari web rakan saya untuk mengetahui tips haji... dari sudut emosi atau pun keperluan semasa berada di sana... http://ridzwan-bakar.blogspot.com/ selamat melayar.... Bagi sesiapa yang telah dijemput ke Makkah, saya doakan semoga selamat pergi, selamat mengerjakan ibadah, dan selamat pulang ke tanah air.. Kirimkan salam saya kepada Nabi junjungan kita...Nabi Muhammad S.A.W...

Monday 27 October 2008

bercucuk tanam

Sejak aku pindah di Perak, tak de aktiviti yang boleh di manafaat.. kalau nak tengok wayang ke, main bowling ker... atau berjalan2.. kena amik perjalanan jauh 1 jam perjalanan ke Ipoh dan 1 jam perjalanan ke Lumut... So, kalau weekend aku tak balik Shah Alam, aku duduk umah ajer... penat bekerja pun ye jugak... Sekarang hobi aku ada bercucuk tanam... Aku dan wife termasuk maid(bagi credit la skit kat dia nia... masuk jugak dalam blog aku ni) dah mula mengumpul tanaman, tak kira bunga, pokok atau pun sayuran... Alhamdulillah, aku dah merasa juga la kacang botol, petola, cili padi, kailan,sawi hasil dari tanaman kami...yang syoknya, aku puas...dan semua orang puas...ni la sebahagian dari tanaman kami...

Ni petola, kacang botol dan mangga, nampak skit, tapi boleh makan untuk 5-6 orang

Ni pokok mangga wife aku tanam, biar pun tak banyak buahnya, tapi puas jugak kami makan

Ni kailan, belum besar lagi, skit lagi dah boleh makan..

Friday 17 October 2008

Picnic di Taman Tasik Teiping...(memang sengaja eja macamtu)

Inilah family yang aku dan wife bina....taa daa

Bila penat berjalan.... perut pun lapar....ingatkan nak je makan kat dalam zoo... tapi tempat tak sesuai... kalau makan ringan2 ok la...tapi kitaorang bawak bekal nasi lemak... nasib baik ada picnic bag..semua lengkap dalam tu, dari pinggan sehinggala tikar.... Lepas keluar dari zoo, kitaorang mula gerak cari spot yang sesuai untuk berkelah...memang syok berkelah di sana.. compare to tasik shah alam.. tasik taiping is the best sebb permandangan memang cantik denga pokok2 yang besar2 dan rendang... Areena boleh naik atas branch dan buai..... (ni dah kira promote la ni...) ..haaa..majlis daerah taiping kena bagi royalti la skit..hehehehehe

Permandangan membelakangi tasikk... kalau bercinta mesti yang indah2 kat sini... dont ge me wrong, tak baik...orang tengok...hehehehe

Areena lapar betul... dia makan nasi lemak... sementara Amsyar tunggu kakak makan

Lepas makan, Areena main kat dahan ni...tak nak turun...

Areena menyanyi2, ntah apa lagunya.. tapi nampak seronok jer... Adiknya dah masam... bila2 dia boleh main macam kakak Areena.

Thursday 16 October 2008

Zoo Taiping

Sabtu, 25hb Oktober 2008, aku bersama wife dan anak2 pergi ke Zoo Taiping.. Alhamdulillah, semalam tak hujan... tapi cuaca panas... leguh berjalan... Baru pertama kali sampai ke situ, so kitaorang decide naik zebra coach lawat sekitar tempat...besar juga Zoo Taiping rupanya... kalau berjalan.. penat juga...Areena, bila aku tengok...dia observe je haiwan2 kat sini... dia pun baru first time tengok haiwan... gajah, zirafah, badak... dan lain2... tetapi banyak jugak sangkar yang tengah diubahsuai.. so binatang pun tak banyak jugak... aku notis jugak... kat situ... hidupan air dalam akuarium tak ada, cuba mereka biarkan habitat semula jadi di kolam-kolam so, tak nampak ikan2 yang berenang... buaya pun aku tengok ada 2 ekor, satu yang kerdil... zoo taiping ada juga bela ba alif ba ya.... kena samak la kalau terpegang sangkarnya. hehehe... Bila aku perhatikan, jurumudi coach ( train) memang berkaliber... mereka jadi tourist guide, bagitahu, kedudukan haiwan... Oleh kerana, masa kami sampai tengahari tu, waktu panas, banyak binatang yang menyorok atau berehat tempat teduh... so ada yang tak nampak... tapi kena ambik konsep... cari binatang tersembunyi.... cari2 baru nampak... aku ingat next time nak stay di Taiping.. and visit night safari... mesti best...... lepas ke Zoo Taiping..kami berkelah di Taman Tasik Taiping.... next entry lak ye

Selamat datang ke Zoo Taiping... Kami bermula naik coach sbb nak tahu berapa besar antara satu tempat ke tempat yang lain

Areena khayal tengok haiwan kat zoo.. so kami nyanyi lagu safari dalam barney... nampak la dia enjoy...

Antara haiwan2 yang sempat kami snap...

Gambar penuh dengan attitude... jauh...sebenarnya susah nak amik gambar Areena...

Gambar ayah dan ibu tak banyak...ni je yang sempat diambil... susah nak bergambar

Areena sampai penat...terpaksa naik stroller...kena tolak.. tak pe la at least dia appreciate

Berkelah depan zoo centre..orang pun pandang sebab kami bentang tikar... pelawat kali ni ramai budak2 sekolah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails