Tuesday, 23 September 2008

E65

Hari ne hari ke 27 umat Islam berpuasa, insyaallah,lg 3 hari hujung ramadhan, sedih rasanya,Lepas sahur ne, aku ingat nak tido balik, cuba nak lelap tunggu sampai subuh, perut pulak tak selesa, jd aku dok belek2 hp, nak browse internet via handpon guna wireless, laju jugak la, so browse blog, aku pun cubalah update entry menggunakan handphone nokia E65, ada WLAN, ne la hasilnya...taa...daa... Tapi lambat skit org yg nak mnaipnya, kalau keyboard boleh guna semua jari, tp ne guna ibu jari saya..emmpp..apa2 pun aku berjaya meng'explore' satu kemajuan(sbnrnya dah lama ada tp aku je yg visual impact..hehehe)...so,nak subuh..later..

Monday, 22 September 2008

Wild Vs Tame

Cerita pasal binatang especially pets, memang best.. teringat masa dulu aku ada bela kucing, tapi dah meninggal, aku sempat tengok kucing aku sakit dan mati..Sedih..satu keluarga sedih macam ada kematian keluarga.. Kucing pertama aku bernama Simba dan yg kedua Chiko... masa simba mati, aku ada di Melaka, so sempat tgk dia sakit sehingga perutnya besar... Manakala Chiko pula mati masa aku ada... Pagi tu gi kerja seperti biasa, memang masa tu chiko dah sakit dan nazak,.. Masa waktu kerja, mak aku call, chiko dah nazak, rasanya macam nak mati, tercunggap2.. Aku apa lagi, bagitahu staf aku ada hal kat rumah..tapi sebenarnya tgh bersedih sebab chiko dah nak mati... Sedih beb, aku rasa mcm keluarga sendiri.. Aku sampai je rumah, aku tengok chiko, dah nazak...sempat juga aku tengok masa dia last bernafas....Menangis2 juga satu keluarga... Lepas mati, aku bergegas cari cangkul sebab nak tanam.... jiran2 tanya kenapa menangis, dan bergegas... Mak aku dengan nada sedu...huhuhuhuh... Chiko dah mati... Aku pun tanam la bangkai chiko... So berakhir riwayat chiko... Sampai sekarang, aku malas nak bela kucing, sbb bila dia nak mati, bersedu sedan dibuatnya....
Teringat pasal binatang ni, malam tadi, rumah aku kat perak ni, dimasuki anak ular hitam... kecik betul.. aku tengok apa yang hitam kat tepi dinding tu... tengok ular.... Aku terus amik penyapu dan penyodok sampah, masukkan dalam penyodok bawa binatang tu keluar... Persoalan aku sekarang, adakah itu memang ular atau jelmaan dari benda2 ghaib...aku tak dapat nak pastikan... Wallahualam.. Aku risau sebabnya takut Areena dan Amsyar terkena... jiran umah kanan kami ni dah tak de, cuma yang ada lalang jer... tu yang merisaukan aku tu... musim panas... takut haiwan tu cari tempat baru.. Nauzubillah.... aku mohon dan doa kepada Allah supaya keluarga aku dilindungi dari kecelakaan, binatang liar, sihir dan apa-apa yang buruk.. Semoga kami menjadi insan yang bertaqwa.

Thursday, 18 September 2008

Kasut

Cerita pasal kasut ni memang best juga.. Bermacam-macam jenis kasut boleh didapati di shopping complex, dari kasut baby hingga la kasut orang dewasa..
Tapi apa aku nak criter...semalam...staff aku datang opis, masuk bilik aku, sbb hari kelmarin dia
lupa punch out,minta aku initial kat tepi tu...Then dia crite..
"Tengokla kasut I"
Aku jawab " Kenapa dengan kasut"..tapi aku terus tengok kasut dia la...
Emmmphhh.aku..tersengih....rupanya dia pakai kasut lain, sebelah lain... tapi yang aku pelik, dia tak perasan ker dia pakai kasut lain tu...I mean can't she feel the difference of wearing different shoes. According to her, she is not wearing any shoes while driving, when she gets out of the car, she will put in any shoes under her seat...emmmppphh..different style i guess

Sebenarnya..semua orang pernah merasa, pakai kasut sebelah lain..aku pun pernah, tapi bila dia explain tentang kasut dia, gesture dia...hentak 2 kaki, macam gedik... tapi cute cara dia express herself to me...
Morale : kena hati2 la bila pakai kasut dan susun kasut ditempat yang betul supaya kita dapat tengok pair of the shoes line up accordingly.

Wednesday, 10 September 2008

Gigit

Khamis lepas 11/09/08, dok Areena main-main sendiri. Then, kiss adik dia Amsyar.. Emmphh, mungkin dia geram tengok peha Amsyar gebu macam peha ayam KFC kot, dia gigit peha adik dia sampai berlubang dan berdarah...


Morale : Jangan biarkan anak-anak leka main sendiri.. Sesekali kena perhatikan mereka..

Nie dia bekas yang Areena gigit... Apa la Areena baik sangat nie.

Tuesday, 9 September 2008

Pitam

Semalam aku terasa macam nak pitam kat Opis..Pagi tu, kerja macam biasa...Sampai tengahari, Bos pulak duduk kat depan meja sampai pukul 1 lebih, tiba-tiba kepala aku berpinar-pinar...rasa nak terbang, bila tengok sekeliling, macam berpusing-pusing. Aku minta excuse dengan bos aku nak rehat...Bos pun beredar dari bilik aku... Aku cuma nak baring, tapi aku terasa macam terbang.. tak boleh jadi... lepas pukul dua, aku minta time off untuk aku balik dan rehat... Sampai rumah, masuk bilik, aku terus pitam dan pengsan.... first time, aku rasa perkara terjadi.... Orang kata aku tekanan darah rendah... tapi macamner pulak nak check sebab aku pun tak stable sorang-sorang bawak kereta... Pagi tadi, pagi-pagi bos cari aku... tanya khabar...emmmph... sayang juga bos dengan anak buahnya...hehehehe....

Tuesday, 2 September 2008

2nd day of fasting

Emmpph... it is, indeed, challeging for breaking fast with 2 children at home... Areena especially, she wants to have her own set of meals.. dah pandai makan sendiri.. but what is the cutest momment when she picks her own rice, she picks one by one...hehehe, lama2 biasa la kan... Masa buka, ibu dia pegang sorang anak, ayah dia pegang sorang, so bergayut la kedua2 anak nie.. Areena sekarang lasak. dan dah boleh main sorang-sorang... jadi tak payah lah nak jaga sangat dalam rumah... Tapi sejak pandai main sendiri...dia asyik jatuh jer, benjol sana, benjol sini..lepas dia jatuh berbenjol... dia bub tempat dia tersungkur tu....hehehehe.. (ayah dia ajar dia) Apa2 apa pun biar dia belajar berdikari...

Salam Ramadhan

Hari ini 1 Ramadhan, bagi semua orang muslim, selamat menunaikan ibadah puasa. Moga-moga puasa kali ini dapat melatih supaya kita berpuasa semua perkara.

Salam Ramadhan.....

Saturday, 30 August 2008

IKEA 08

Dua hari before puasa, aku n family aku balik kampung( Shah Alam.. hehehe ) sbb nak sambut 1 Ramadhan dengan emak aku..Maklumlah, dia je yang aku ada selain adik beradik. Alang-alang dah balik kampung, my wife nak sangat makan kek kat IKEA. So, kami pun pegi lah IKEA. My wife kata nak bawa Amsyar ker, aku cakap bawa la sekali sebab selalunya kami pergi mana-mana, Amsyar kena tinggal... Nak bawak Amsyar.. tapi stroller lupa bawa..habis camner???? Kami bawa jer..kesian kat budak2.. Sampai IKEA, kami cuba tanyakan ada tak service stroller...Customer service kata tak ada... Emmpphh.. kalau kat Australia tu, benda-benda macam ni available kat customer service... tapi tak pe la... kami terpaksa kendong Amsyar dan Areena duduk dalam trolley.... Penat juga bawa budak2 ni...tapi itu la pengalaman sebuah keluarga.

Letih betul Areena sampai boleh tertido....

Areena dah bangun, ganti adik pulak..penat ayah dukung Amsyar

Thursday, 7 August 2008

Areena dan Amsyar

Areena dan Amsyar buat posing macam gambar 'Friends'



Ayah pun nak join bergambar la...hehehe

Areena sekarang ini dah mula berjalan. Dulu dapat lesen L aje. Jalan terhuyung hayang.. Tapi sekarang dah masuk 1 tahun sebulan.. makin laju jer.. Masa wife pantang, kena jadi single parents la, so bawalah areena gi shopping barang2 dapur... Nasib baik Areena dengar kata, tak la menangis..Masuk Tesco, first thing yang aku buat adalah, cari mainan untuk Areena main. so, senang skit aku nak tolak trolley..Akhirnya berjaya aku beli barang2


Sejak Areena dah ada adik ni, Amsyar.. Dia asyik tengok adik dia jer, asyik2 cium...Areena pun dah pandai cakap "Atik", dia pun dah boleh panggil aku 'Ayah' tapi ibu jer belum lagi.. sebab huruf I tu jauh sangat dari huruf A, then aku ajar Areena panggil 'Abu' instead of panggil ibu... Kelmarin, pagi2 dia panggil 'ibu' 'abu', dah my wife kata saya ajar yang bukan2...hahaha...

morale: Jangan ajar dengan perkataan n perbuatan depan anak.. nanti dia akan immitate apa yang kita buat...

Thursday, 17 July 2008

Cuti Nuzul Al-Quran

Alhamdulillah hari ini sudah 17 hari umat islam berpuasa, insyaallah lagi 2 minggu lagi kita nak menyambut hari raya.. Tahun ini kami beraya empat beranak..Alhamdulillah Allah kurniakan kami sepasang putera-puteri yang comel...
Sebenarnya, aku nak cerita hal semalam kat opis.. Aku dok sibuk-sibuk nak habiskan baucer-baucer yang nak disemak dan diluluskan, ada juga kerja-kerja lain nak aku luluskan contoh JV (orang akaun tahu la apa tu). Sorang staf ini, jumpa aku suruh aku semak luluskan JV, so, aku biasa la, berbual la dengan staf...dan tetiba aku teringat pulak aku nak kena call staf di Shah Alam utk aku bertanyakan pasal imbuhan untuk aku bayar baucer-baucer, sebab hari Rabu dah cuti...

So staff ini, pun menyampuk, "En. Hairi esok pun saya dah apply cuti (maksud masa cuti Nuzul al-Quran)"
Aku pun mencelah la .."Saya pun cuti esok"
Dia terperanjat dan respond " Kalau kita dua2 cuti, jangan bagitahu bos, nanti dia tak bagi kita cuti dua2"
Aku balas balik dan buat lawak" Bukan saya sorang jer yang cuti esok, staf-staf kat luar tu pun cuti esok"
Dia macam confius, "aik, semua orang apply cuti ker?"
Aku dah tergelak dah..Emmmphh nampak sangat la, staf ini lupa yang hari Rabu cuti Nuzul Al-Quran.....
Dia bagitahu "Malunya saya"...
Saya pula tak henti-henti tergelak dan tersegih..

Morale : Kalau nak cuti, cuba-cuba la check samaada hari yang kita nak cuti tu, cuti umum ker...

Thursday, 3 July 2008

Areena : Merangkak

6.3.2008, areena starts merangkak.. emmphh laju je dia merangkak, Dah pandai naik tangga.

Friday, 13 June 2008

Pindah

Dah bertahun2 tinggal, membesar, bekerja dan sebagainya di Shah Alam, sekarang tiba masanya untuk berhijrah. Rasa sedih pun ada nak tinggalkan Shah Alam, tinggalkan mak, adik beradik dan kenangan, tetapi untuk mencari rezeki dan membina keluarga, saya terpaksa mengharungi juga.. Ini semua ada hikmah di sebalik penghijrahan saya ke negeri orang ni


Tempat
What can i say about new place..Emmph cantik. terletak di kawasan jauh dari bandar...A lot places need to be explored, nanti la baru first week masuk office


Environment
First day masuk office baru, bos dah kecoh2, I mean, she is not complaining, What I have been told, She is always kecoh... Saya dah mula pening.. macam ner pulak nak handle bos macam ni. tapi bila saya observe, she is good and fine boss, but might be influenced by top management and others.

Staffs
Not really known them well tapi mereka friendly

Baru seminggu di sini, Banyak lagi pengalaman akan berlaku.so kita tunggu la apa yang akan terjadi nanti.. Mudahan-mudahan semuanya dipermudahkan.

Thursday, 12 June 2008

Firas Amsyar


12 Jun 2008, jam 12.50 tengahari, saya dikejutkan oleh panggilan dari my wife. Dia mengatakan dia dah ada tanda nak bersalin.(tanda darah). Saya semacam tidak percaya kerana due date sepatutnya awal bulan Julai dan hari sebelum itu, my wife sakit, tetapi doktor cuma katakan ada infection. Dalam nampak cool, tapi dalam hati betul ker dah nak bersalin. Apa-apapun saya minta isteri saya ke hospital bersama kawan dia supaya apa2 pun yang terjadi dia berada di hospital..

Jam 1.30 tgh, saya pulang ke rumah, untuk bersiap pulang ke Perak dan ajak mak jika dia hendak ikut saya. Jam 2.00 ptg, semasa nak start engine, wife sekali lagi called, doktor checked and said ''You're going to Labor. It's 4cm'.. Apalagi bila saya dengar berita macam tu.. Terus memandu ke Perak bersama mak..

Di dalam perjalanan, sekali lagi dikejutkan panggilan dari kawan my wife, dia kata dah buka 8 cm..masa itu saya masih di Bidor.Terasa lama pula perjalanan kali ini. tetapi alhamdulillah kerana perjalanan saya berjalan lancar tanpa traffic jam... Saya sampai 4.30 di Hospital Pantai Putri dan terus masuk di dalam Labor room. Saya lihat wife dalam kesakitan. saya comfort dia. Saya nampak Doktor begitu tenang menunggu untuk menyambut kelahiran anak kami..Nurse di sana juga ramah dan sungguh cooperative. Saya puji dengan sifat professionalisme mereka. Tepat pukul 4.58ptg, lahirlah seorang baby lelaki yang sihat. Alhamdulillah. Kami namakan bayi lelaki ini sebagai Firas Amsyar bermaksud cerdik dan cergas..

Saturday, 7 June 2008

Mekah dan Madinah

Welcome to Jeddah.. Sebelah kiri, Jeddah Airport dan kanan, Bus Stop Jeddah(bersebelahan Jeddah Airport

Sebelah Kiri, Masjid Bir Ali, sekiranyna jemaah dari Madinah, mereka perlu berniat di Miqat di sini. Manakala, gambar sebelah kanan, masjid 2 Kiblat.


Disebelah kiri, jemaah perempuan berkumpul di Miqat Bir Ali sebelum bertolak ke Mekah. Gambar Kanan, Masjid Nabawi.. Sungguh indah masjid ini, saya terpengun bila melihat di dalam masjid ini. Alangkan hebatnya, arkitek Islam membina masjid ini.

Friday, 6 June 2008

Happy Birthday Areena

Hari ni 6/6/08, besday anak kami Fatin Areena..Pejam celik, dah 365hari Areena bersama kami.


Wishing you a Happy Birthday Fatin Areena. Semoga Areena beroleh rahmat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, disenangi, dan banyak lagi yang baik2...

Friday, 30 May 2008

Sinus

Dah lama tak update entry dalam blog ni. Pada 21hb Mei 2008, kena masuk wad disebabkan ada something blocking in my nose.Doctor kaata sinus(resdung) dalam hidung tetapi bila operate, unexpectedly, banyak nanah yang dah keras ( patutlah selalu sakit kat pipi n gigi)..emmphh. lepas operate, doctor bagi nanah tu nak tunjuk kat aku, macam tak percaya dia boleh berada kat dalam pipi sebelah kiri. Pengalaman masuk dalam OT memang tak dapat dilupakan. First time, nurse bawa masuk holding room sementara para nurses sediakan bilik OT. Perasaan berdebar pun ada, semasa tunggu nak masuk OT room, pakar bius jumpa aku, he gave me explanation tentang apa nak dibuat..emmpph, gementar jugalah.
Tepat kul 10.30 pagi, doktor yang nak bedah tu datang jumpa aku. Doktor ni yang tolak aku masuk dalam bilik bedah bersama seorang nurse( rasa macam aku ni orang terkenal pulak)..Bilik tengok bilik OT, berdebar jugak la, mereka suruh baring di tempat pembedahan, Then, Pakar bius datang dan bius aku, since then dah tak sedar sampai kul 2.00 petang,..Alhamduillah, operation berjalan lancar, dan mereka bawa aku naik wad..tapi, disebabkan bius masih ada dalam badan, aku muntah2 sampai ke petang.. Darah juga keluar dari hidung... memang tak boleh bernafas, gunakan mulut masa tu....tak selesa.
Esoknya, doktor datang untuk keluarkan Spongne dalam hidung yang disumbat semasa operation. bila spongne tu keluar dari hidung, darah memancut-mancut keluar tetapi alhamdulillah, darah tu cepat kering..dan petang tu aku discharge dan balik rumah..
Di sini, aku nak ucapkan kepada Doktor Hazim yang melakukan pembedahan ke atas hidung aku.( dia seorang doktor yang bagus- siap blh buat marketing, heheheh)..Juga nak ucapkan kepada isteri ku yang sanggup cuti untuk jaga aku walaupun dia tengah sarat mengandung. Terima kasih aku ucapkan( nasib baik la dah kahwin, kalau tak duk sorang2 aku kat wad tu, huhuhu) tak dapat aku balas cuma tenaga dan kasih sayang terhadap dia n anak-anak.
Begitu juga mak aku, tanpa leteran dia, aku tak akan buat check up dan operate hidung ni...terima kasih mak
Dan juga my siblings( izad yang temankan aku tido dalam wad), relatives as well as my staffs yang datang melawat aku semasa di wad .
Thanks So much...

Tuesday, 20 May 2008

Al-Fatihah

Hari ni 20 Mei 2008, Genap 5 tahun, arwah ayah Ramli Ngah pergi meninggalkan kami. Cuma apa yang kami boleh beri doa untuk roh ayah dicucuri dan dirahmati. Al- Fatihah...

Tuesday, 13 May 2008

Happy Mother's day

Kepada Semua Ibu2,

Selamat Hari Ibu


11 Mei 2008

Untuk Ibu Kami, Hajah Che Wa Bte Saleh, We love u

Untuk Ibu Areena, Selamat Hari Ibu, Ayah n Areena Sayang Ibu.

Monday, 5 May 2008

Umrah 08

Alhamdulillah, aku dan mak telah mengunjungi Mekah pada 16 April - 27 April 2008. Banyak pengalaman yang diperolehi. Sepanjang di sana, ada beberapa tempat kami ziarah, antaranya Masjid2 di Madinah dan Mekah, tidak lupa juga tempat2 bersejarah semasa zaman Rasulullah. Next Post saya akan ceritakan berserta gambar yang sempat kami ambil semasa melawat di sana.

Monday, 31 March 2008

Pesta Buku AntaraBangsa

06.04.08, my wife kena keje di Pesta Buku, nak cari buku-buku untuk company dia dan dia selesai keje tengahari... Aku pun decided nak bawak Areena ke Pesta Buku guna public transport, Komuter dari Shah Alam ker Stesen Putra.. Merasa jugak Areena naik Train, emmmpphh, dah lengkap la Areena guna transports di Malaysia ni :-
Kapal Terbang ---checked
Train ------------ checked
Kereta----------- checked ( dah selalu naik)
Motor ------------checked
Bas---------------checked
Basikal------------checked
Cruise ------------emmpph not yet----Ibu!!!!, bila kita nak naik kapal pulak????

Areena bergayut kat ayah..

Control ayu je areena ni masa dalam train...

Ngantuk pulak Areena, Ayah!, Areena tido yea..

Ayah!, nie sapa, Areena tak kenal pun... Empph Ayah pun tak kenal.. Kita bergambar aje... Character : GO GO..(BO GO) - entah....

Lepas gi Pesta Buku, Areena temankan Ibu n Ayah..Oppps makcik pun ada, makan kenny rogers

Empph, nape lama sangat diaorang nak entertain kita nie...

Hah, ada apa tu....jangan nak nyorok2
Kenyang, Areena makan muffin... opppsss... Areena nak yak2 la ibu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails