Thursday, 16 October 2008

Zoo Taiping

Sabtu, 25hb Oktober 2008, aku bersama wife dan anak2 pergi ke Zoo Taiping.. Alhamdulillah, semalam tak hujan... tapi cuaca panas... leguh berjalan... Baru pertama kali sampai ke situ, so kitaorang decide naik zebra coach lawat sekitar tempat...besar juga Zoo Taiping rupanya... kalau berjalan.. penat juga...Areena, bila aku tengok...dia observe je haiwan2 kat sini... dia pun baru first time tengok haiwan... gajah, zirafah, badak... dan lain2... tetapi banyak jugak sangkar yang tengah diubahsuai.. so binatang pun tak banyak jugak... aku notis jugak... kat situ... hidupan air dalam akuarium tak ada, cuba mereka biarkan habitat semula jadi di kolam-kolam so, tak nampak ikan2 yang berenang... buaya pun aku tengok ada 2 ekor, satu yang kerdil... zoo taiping ada juga bela ba alif ba ya.... kena samak la kalau terpegang sangkarnya. hehehe... Bila aku perhatikan, jurumudi coach ( train) memang berkaliber... mereka jadi tourist guide, bagitahu, kedudukan haiwan... Oleh kerana, masa kami sampai tengahari tu, waktu panas, banyak binatang yang menyorok atau berehat tempat teduh... so ada yang tak nampak... tapi kena ambik konsep... cari binatang tersembunyi.... cari2 baru nampak... aku ingat next time nak stay di Taiping.. and visit night safari... mesti best...... lepas ke Zoo Taiping..kami berkelah di Taman Tasik Taiping.... next entry lak ye

Selamat datang ke Zoo Taiping... Kami bermula naik coach sbb nak tahu berapa besar antara satu tempat ke tempat yang lain

Areena khayal tengok haiwan kat zoo.. so kami nyanyi lagu safari dalam barney... nampak la dia enjoy...

Antara haiwan2 yang sempat kami snap...

Gambar penuh dengan attitude... jauh...sebenarnya susah nak amik gambar Areena...

Gambar ayah dan ibu tak banyak...ni je yang sempat diambil... susah nak bergambar

Areena sampai penat...terpaksa naik stroller...kena tolak.. tak pe la at least dia appreciate

Berkelah depan zoo centre..orang pun pandang sebab kami bentang tikar... pelawat kali ni ramai budak2 sekolah...

Wednesday, 15 October 2008

Kampung Halaman

Raya baru-baru ini, aku sempat balik kampung, Melaka... dah lama tak balik, jalan dah banyak berubah, dulu ada bulatan tapi sekarang dah tak de... Emmp, perubahan tu satu hal la .. tapi umah arwah nenek aku pun dah lain.. mak cik aku dah reformed into new look kat umah tu, sekarang dah jadi cantik.. Kat umah tu, ada perigi...best mandi kat perigi , airnya sejuk... yang hairannya, air perigi tu tak pernah surut walaupun pada masa dulu Melaka ada krisis air dan kemarau, perigi tu tetap ada air, dan semua orang termasuk bukan orang kampung tu pun menumpang untuk amik air tu... memang hebat kuasa Allah... teringat jugak satu hari, aku jatuhkan gayung ke dalam perigi tu, takut kena marah oleh nenek, aku panggil cousin aku tolong timba ( keluarkan air dari perigi sehingga kering). tapi bila kami buat, semua orang tengok, tapi diaorang tak marah, lagi tolong adalah, elok juga ditimba, sebab boleh bersihkan di bahagian bawah perigi. Nampak tak serambi kat bahagian depan tu, aa, kat situ la aku jadi dewasa..berkhatan...hehehe...

Ini la kampung aku... aku dilahirkan pun di rumah ini...

Tuesday, 14 October 2008

Sayang sampai mana???

Last 2 weeks we went to watch a most likely not funny at all movie. We had to watch this movie cause:

1. There were no movies available during that times
2. So bored during 2nd or 3rd hari raya. everybody visited their own family, but we decided to visit our so called 'old family' which has not been visited since we get marreid.
3. already bought that ticket.. hhuuuhhh.. Wonder how did we buy those tickets in the first place..
4. Need to have quality time since we have children, we didnt have ample time together like we used to go and spend...

Actually, I dont want to elobarate more about that movie.. You guys can watch next hari raya on national tv.. I just wanna say that a few lines to my wife... It was a joke made by one of the actor... I have been telling my wife that joke which she could not get that I was ciplak from that movie.. At the last lines, i added my own lines....

I said " Sayang, kawan saya ada jet ski kat umah dia"

She listened : " ok"

I continued " Kawan saya tu selalu bawak dengan jet ski tu, Awak nak tahu, dia bawa jet ski tu sampai mana?"

She answer " entah, bawak sampai satu Malaysia la kot.."

I said " Salah, Dia main jet skit tu sampai rosak, hahahahaha"

I asked her, " Yang, Yang, awak sayang saya sampai mana"

She replied, " Sampai rosak""..

My mind... #$#$$&^^

"Terkena juga aku akhirnya..."

Monday, 13 October 2008

Aquaria 08

Masa2 raya pun ada juga masa untuk bawak anak2 ker Aquaria.. dah lama dah aku cakap dengan wife nak bawa mereka ke sana. tapi tak berkesempatan...maklum la kami tinggal jauh... so weekend terhad...masa raya ni la dapat bercuti panjang.... Raya ke 5, kami ke aquaria. Nasib baik tak jem dan ramai orang.. mungkin ramai yang belum balik dari kampung... Sampai di Aquaria... Areena sungguh teruja tengok ikan2.... sempat jugak aku dengar dia jerit ''fish''fish''..Sejuk hati kami berdua... anak dah boleh recognise benda.. Lepas ni aku plan nak bawak anak2 ke Zoo Taiping..nak tengok Areena jerit nama2 haiwan.. Kami juga sempat ambil gambar di sana... kita layan jer......

Jenuh nak ambik gambar, dah la belakang tu kolam, buatnya jatuh...nauzubillah

Areena suka akuarium ni, banyak ikan dalamnya

Syok betul Areena tengok ikan

Wife kata macam X-ray film

Areena tengok apa tuh?

Amsyar pun tak ketinggalan.. nanti Amsyar dah besar skit...ayah n ibu bawak lagi...tunggguuu...

Sunday, 12 October 2008

Beraya di Tronoh

Setelah beraya di umah orang... bila lagi nak beraya di rumah sendiri.. My wife pun bersiap2 la untuk raya.. dia kata dia pening... cuti....rupa2nya dia berkemas dan masak untuk raya di rumah... My wife sms kata malam nanti pakai baju raya... kita raya kat umah pulak... aku kata ok.....( tapi masa tu tgh sibuk2 kat opis..maklumla bos rindu kat aku... so bertempek la dia kat depan meja aku.....).. Kita layan gambar-gambar... aku suka gambar2 raya kat umah sendiri.... syoikkkkkkkk

Nie la masakan yang my wife prepared.

Cute bila Areena betulkan songkok adiknya


bila dah dibetulkan songkoknya...dia kiss adiknya...'Selamat Hari Raya Adik" in versi kami...sebenarnya... dia cakap german...kami tak paham pun

Yang, mintak maaf....

Areena dah salam dan cium tangan, dia kissed saya.

Bila time ibunya mintak kiss.... tengok la rupanya macam nak kena gigit... ibu benggang jer.. time nak susu je dia recognise ibu dia..

Puas ibu gantungkan kad raya yang tak berapa banyak tu.... bagi credit kat wife...mmmmuahhh

Gambar yang spontaneous snapped

Beraya di Tronoh

Setelah beraya di umah orang... bila lagi nak beraya di rumah sendiri.. My wife pun bersiap2 la untuk raya.. dia kata dia pening... cuti....rupa2nya dia berkemas dan masak untuk raya di rumah... My wife sms kata malam nanti pakai baju raya... kita raya kat umah pulak... aku kata ok.....( tapi masa tu tgh sibuk2 kat opis..maklumla bos rindu kat aku... so bertempek la dia kat depan meja aku.....).. Kita layan gambar-gambar... aku suka gambar2 raya kat umah sendiri.... syoikkkkkkkk

Nie la masakan yang my wife prepared.

Cute bila Areena betulkan songkok adiknya


bila dah dibetulkan songkoknya...dia kiss adiknya...'Selamat Hari Raya Adik" in versi kami...sebenarnya... dia cakap german...kami tak paham pun

Yang, mintak maaf....

Areena dah salam dan cium tangan, dia kissed saya.

Bila time ibunya mintak kiss.... tengok la rupanya macam nak kena gigit... ibu benggang jer.. time nak susu je dia recognise ibu dia..

Puas ibu gantungkan kad raya yang tak berapa banyak tu.... bagi credit kat wife...mmmmuahhh

Gambar yang spontaneous snapped

Saturday, 11 October 2008

Balik Kampung Melaka

Nie baru dikatakan balik kampung.... kampung yang berumahkan kayu dan beratap rumbian... Tapi bila sampai jer kampung.... rumah yang diangankan musnah... separuh dah transform menjadi batu.... berhabis duit jugak bila tanya mak cik aku tu.... Apa yang pasti raya kat kampung kali best sebab Areena dah pandai jalan. dan jugak dia dah pandai salam n cium tangan.. so, dia salam atuk/nenek dia dan meronda jer satu umah... pegi beraya umah makcik kampung...Areena boleh siap kejar Ayam dan berjoget di serambi rumah sambil angkat2 kain... yang lain tu.... occasion biasa... ni beberapa snap kat kampung....

Cousin Areena(Hafiz) bagi instruction macamner nak tangkap ayam...


Masa ni la Areena berjoget sambil angkat2 kain.. Video taken but cant upload.

My wife friend kata posing ala2 hindustan...

My lovely wife with Areena, mak, makcik, sister,cousin, niece

Plus my uncle

Apa ntah moralnya aku bergambar macam ni...layannnnn

Friday, 10 October 2008

Hari Raya

Gambar Pendekar dan Gadis Melayu abad ke 21..

Macam biasalah, aku gi kubur selepas subuh, sebab ikut ustaz g ramai2 dan baca tahlil... Balik dari kubur, aku dan wife bersiap2 la nak ke masjid solat Aidilfitri... Macam biasa jugak... lepas sembahyang, aku dan wife bermaaf2an dengan mak... Then... aku dan wife berangkat pulak ke Klang, beraya di Klang, habis raya dengan SIL, kami pun beramai2 pergi umah saudara mara sebelah my wife dan jugak balik Meru..kampung wife...Cerita best pasal Areena, my minta salam dengan nenek dia, dia tak mau, my wife bagitahu dengan aunty, Areena tak paham bahasa melayu, cuma english, so mak cik wife pun cakap shake hand... terus Areena salam, kissed nenek dia... bukan main gelak besar diaorang.... Tak nak banyak cerita... LAYAN je gambar2 ni.... Layannnnnnn

Raya tahun ni, semua orang nak amik gambar jam yang besar gedabak ni..(marah mak kalau dia tahu)

My family

My SIL

What a HUGE family we have...(not quantity,,but u can see the size)...marah makcik2 wife aku...hehehe

Wednesday, 8 October 2008

Sebelum Raya

Raya tahun ni seperti raya last year, cuma keadaan berbeza sbb kali ini puasa aku dah kat perak.. cuma dapat berpuasa dengan mak nak puasa dan 2 hari sebelum raya... kali ini adalah rasa balik kampung, maklumla dah jadi anak perantau.. walaupun sebenarnya balik bandar.. Yang best balik kampung ni..opppsss bandar ni,... jalan tak jem... so, jalan memang lancar...

Balik kampung, as plan balik hari Isnin... So hari sabtu tak de rancangan la sebab nak tunggu orang renovate umah... tapi hari sabtu tak datang2...benggang jugak... kata hari sabtu nak datang keje..tapi tak datang, dia kata ada hal, ntah apa ntah.. benggang kami dibuatnya. panggil dia datang umah, so..kami cakap la apa masalah kami,...sempat jugak amik gambar dia..supaya kalau dia buat hal, kami report polis..... So Sabtu tengahari, aku ajakla wife dan anak2 balik kampung.... tergesa2... raya kali ni, kami bagi hadiah..rendang tok kat makcik2...tahun lepas bagi duit raya...kali ni biar kelainan skit pulak... Cakap dengan wife, tak kan nak bagi togel je macam ni... so aku cakap wrap kot biar nampak seronok skit kalau terima...phsycological... orang suka terima hadiah regardless hadiah tu tak bernilai sangat... Nak jadikan cerita... aku kena la beli wrapping paper... sbb aku yang syorkan... terpaksa la, aku beli dan wrapped.... jadinya balik kampung dah kul 4 lebih.... terus balik dan stay umah mak untuk 2 kali buka puasa...

Nie la one of the hadiah yg aku dan wife bertungkus lumus membalutnya

Hampeh!!!!, janji tinggal janji....kesudahannya lepas raya la gamaknya nak siap...

Dah dua hari kat umah mak, aku n wife serta anak2..pun berangkut pulak balik kelang, kali ni berbuka puasa kat klang, wife nak berbuka dengan adik2nya sebb parents wife dah tak de... n aku tak patut la tak bagi atau halang..kesian mereka..Raya kali ni juga keluarga along beraya di Johor, so tinggal mak, angah, ijan dan izad... Aku plan dengan wife.... a day before raya aku tolong persiapan raya di rumah mak kat Shah Alam, manakala dia tolong adik2nya di Klang... So kami divide 2 la... nasib baik umah kedua2nya dekat.. senang skit berkejaran... Wife kata, masa nak buat persiapan raya,(masak2) dapur diaorang rosak... menurut wife, sampai tengahari dia dan SIL gi cari dapur...nasib baik ada juga kedai buka( dikatakan banyak kedai lain tutup).. Part aku pulak,,, kat umah mak... tolong mana yang aku pandai la...

So, malam raya....aku balik klang, kami tido di Klang...Manakala esoknya , sebelum subuh, wife aku pulak bangun kul 4 pagi, dan kami gerak pulak umah mak.. sebab mak nak gi kubur selepas subuh... aku bawak sekali anak2nya. balik umah mak shah alam...alhamdulillah Areena dan amsyar masih kecik, boleh la didukungnya... tapi kalau dah besar... aku tak tahu la...macam ner nak kejutkan diaorang....bercinta kot....minta2 tak de la macam tu... moga senang membesarkan mereka...

Tuesday, 7 October 2008

Selamat Hari Raya

....Emmmphh dah 7 Syawal, baru sempat buat entry... macam-macam nak ceritakan tapi nak curi masa kat opis ni, waktu rehat pulak, server slow gila.... aduihhhh... tension....nanti gua criter : -
1. time beraya.. areena kejar ayam, joget kat serambi kampung....banyak dapat duit raya..hehehee
2. Amsyar dah pandai tegur orang... emmmmphh belum meniarap lagi..huhuhuhu
3. gi akuaria... areena excited tengok fish...
4. Areena tersungkur kat lantai umah, bibir berdarah....

Later lah..... post picture sekali....

Tuesday, 23 September 2008

E65

Hari ne hari ke 27 umat Islam berpuasa, insyaallah,lg 3 hari hujung ramadhan, sedih rasanya,Lepas sahur ne, aku ingat nak tido balik, cuba nak lelap tunggu sampai subuh, perut pulak tak selesa, jd aku dok belek2 hp, nak browse internet via handpon guna wireless, laju jugak la, so browse blog, aku pun cubalah update entry menggunakan handphone nokia E65, ada WLAN, ne la hasilnya...taa...daa... Tapi lambat skit org yg nak mnaipnya, kalau keyboard boleh guna semua jari, tp ne guna ibu jari saya..emmpp..apa2 pun aku berjaya meng'explore' satu kemajuan(sbnrnya dah lama ada tp aku je yg visual impact..hehehe)...so,nak subuh..later..

Monday, 22 September 2008

Wild Vs Tame

Cerita pasal binatang especially pets, memang best.. teringat masa dulu aku ada bela kucing, tapi dah meninggal, aku sempat tengok kucing aku sakit dan mati..Sedih..satu keluarga sedih macam ada kematian keluarga.. Kucing pertama aku bernama Simba dan yg kedua Chiko... masa simba mati, aku ada di Melaka, so sempat tgk dia sakit sehingga perutnya besar... Manakala Chiko pula mati masa aku ada... Pagi tu gi kerja seperti biasa, memang masa tu chiko dah sakit dan nazak,.. Masa waktu kerja, mak aku call, chiko dah nazak, rasanya macam nak mati, tercunggap2.. Aku apa lagi, bagitahu staf aku ada hal kat rumah..tapi sebenarnya tgh bersedih sebab chiko dah nak mati... Sedih beb, aku rasa mcm keluarga sendiri.. Aku sampai je rumah, aku tengok chiko, dah nazak...sempat juga aku tengok masa dia last bernafas....Menangis2 juga satu keluarga... Lepas mati, aku bergegas cari cangkul sebab nak tanam.... jiran2 tanya kenapa menangis, dan bergegas... Mak aku dengan nada sedu...huhuhuhuh... Chiko dah mati... Aku pun tanam la bangkai chiko... So berakhir riwayat chiko... Sampai sekarang, aku malas nak bela kucing, sbb bila dia nak mati, bersedu sedan dibuatnya....
Teringat pasal binatang ni, malam tadi, rumah aku kat perak ni, dimasuki anak ular hitam... kecik betul.. aku tengok apa yang hitam kat tepi dinding tu... tengok ular.... Aku terus amik penyapu dan penyodok sampah, masukkan dalam penyodok bawa binatang tu keluar... Persoalan aku sekarang, adakah itu memang ular atau jelmaan dari benda2 ghaib...aku tak dapat nak pastikan... Wallahualam.. Aku risau sebabnya takut Areena dan Amsyar terkena... jiran umah kanan kami ni dah tak de, cuma yang ada lalang jer... tu yang merisaukan aku tu... musim panas... takut haiwan tu cari tempat baru.. Nauzubillah.... aku mohon dan doa kepada Allah supaya keluarga aku dilindungi dari kecelakaan, binatang liar, sihir dan apa-apa yang buruk.. Semoga kami menjadi insan yang bertaqwa.

Thursday, 18 September 2008

Kasut

Cerita pasal kasut ni memang best juga.. Bermacam-macam jenis kasut boleh didapati di shopping complex, dari kasut baby hingga la kasut orang dewasa..
Tapi apa aku nak criter...semalam...staff aku datang opis, masuk bilik aku, sbb hari kelmarin dia
lupa punch out,minta aku initial kat tepi tu...Then dia crite..
"Tengokla kasut I"
Aku jawab " Kenapa dengan kasut"..tapi aku terus tengok kasut dia la...
Emmmphhh.aku..tersengih....rupanya dia pakai kasut lain, sebelah lain... tapi yang aku pelik, dia tak perasan ker dia pakai kasut lain tu...I mean can't she feel the difference of wearing different shoes. According to her, she is not wearing any shoes while driving, when she gets out of the car, she will put in any shoes under her seat...emmmppphh..different style i guess

Sebenarnya..semua orang pernah merasa, pakai kasut sebelah lain..aku pun pernah, tapi bila dia explain tentang kasut dia, gesture dia...hentak 2 kaki, macam gedik... tapi cute cara dia express herself to me...
Morale : kena hati2 la bila pakai kasut dan susun kasut ditempat yang betul supaya kita dapat tengok pair of the shoes line up accordingly.

Wednesday, 10 September 2008

Gigit

Khamis lepas 11/09/08, dok Areena main-main sendiri. Then, kiss adik dia Amsyar.. Emmphh, mungkin dia geram tengok peha Amsyar gebu macam peha ayam KFC kot, dia gigit peha adik dia sampai berlubang dan berdarah...


Morale : Jangan biarkan anak-anak leka main sendiri.. Sesekali kena perhatikan mereka..

Nie dia bekas yang Areena gigit... Apa la Areena baik sangat nie.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails