Ini adalah antara gambar-gambar yang dapat diambil. Suhu ketika itu amat sejuk, tapi
permandangan di sana,memang mengasyikkan. Lawatan di UK ini sungguh bermakna buat kami selepas hampir setahun kami berkahwin dan tengah carry Areena (5 bulan) hehehehe... Bagi saya, ini adalah pengalaman pertama walaupun isteri saya pernah beberapa kali ke sana. Banyak tempat yang kami lawati antara di Bath, Manchester, Sheffield, Peak District(masa tu snow baru turun, semua permandangan putih) dan tidak ketinggalan di London. Banyak bahan sejarah yang boleh dilihat, antaranya castle, tapi apa yang menarik yang saya lihat adalah perkampungan di UK kalau tidak silap di Sherborne. struktur kampungnya hampir sama antara satu kampung dan kampung yang lain. Kampung di sana tersusun, bersih dan cantik. Ada satu perkampungan( saya lupa nak catat nama tempat tu), memang cantik, kalau baca sejarah kampung tersebut, ada tempat membasuh dan folk gathering, mcm di Malaysia di perigi la. Insfrastucture kat sana memang best, toiletnya bersih, boleh baring-baring. emmpph banyak lagi kenangan yang seronok di sana... Insyaallah kami akan ke sana lagi...emmmphh tapi tak tahu lagi bila.....
Permandangan di kaki bukit peak disrict, saljinya tebal, sejuk....
No comments:
Post a Comment